BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PSM tuntut gaji minimum RM1,500

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
IPOH – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut kerajaan melaksanakan polisi gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,500 bagi kira-kira 10 juta golongan pekerja swasta seluruh Malaysia secepat mungkin.

Penyelaras Pekerja PSM, M Sugumaran berkata, sehingga kini tuntutan pelaksanaan gaji minimum masih mendapat tentangan pihak majikan dengan alasan ia membuatkan pekerja menjadi malas dan kurang produktif.Bagaimanapun katanya, beberapa perkara harus diteliti dan dikaji sebelum andaian sedemikian dibuat.

“Ketika ini pendapatan negara tinggi tetapi masih dikuasai pihak atasan dan sebanyak 40 peratus rakyat bawahan hanya menguasai 14 peratus kekayaan negara manakala 20 peratus rakyat kaya mengusai 51 peratus daripada kekayaan itu.

“Malah Malaysia antara negara yang mempunyai jurang perbezaan tertinggi dalam pengagihan kekayaan negara,” katanya ketika ditemui pada sidang media berkaitan ‘Tuntutan Pekerja RM1,500 Gaji Minimum, Berapa Kerajaan BN Nak Umum?’ di Jelapang, dekat sini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy.

Beliau berkata, pihaknya Beliau berpendirian tegas bahawa dengan pelaksanaan polisi gaji minimum tidak akan memiskinkan negara.

Ia merujuk kepada negeri Selangor yang hanya mempunyai pendapatan tahunan berjumlah RM1 bilion tetapi boleh melaksanakan gaji minimum untuk Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan (GLC).

Beliau turut membangkitkan masalah penswastaan perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan dan pengangkutan yang juga semakin membebankan rakyat.

“Golongan pekerja harus bersatu dalam usaha menuntut gaji minimum yang adil iaitu sebanyak RM1,500,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/psm-tuntut-gaji-minimum-rm1-500-1.31139
 
apa beza kerajaan dan swasta??
kerajaan kene ingat sndiri la..:):)
 
apa yng malas tah...dah overload kerja nie..kbnyakkan managing2 nak makan duit lebih dari operator2 dan maintenence2 dan engineer..
 
betul2 untuk swasta bila nak buat..alih2 untuk kerajaan je...apa yg aku tgk sekarag ni dibahagian pembuatan..gaji masih rendah lg..sama mcm aku 10 thn lepas diorg punye gaji...
 
ala.. kerajaan boleh jer buat..
klu nak adil buatkan budget lautk golongan swasta..
klu pikirkan dari keseluruhan budget gaji untuk kerajaan tu diagihkan sikit utk swasta..
kata 100 peratus dari budget tu bahagikan la.. klu kata nak bagi 70% untuk gov dan 30% untuk swasta pun boleh klu nak buat.. :):)
 
kalau swasta pun buat boleh lingkup jawabnye
syarikat sekarang bukan untung banyek kecuali syarikat
yg besor gilernye

nak pendapatan tinggi, tapi pengangguran yg berlaku
semua nih kena buat step by step
naik skt2 dahulu ikut perkembangan ekonomi dunia
nih tidak ekonomi dunia merundum tapi gaji mahu naik
 
kalau swasta pun buat boleh lingkup jawabnye
syarikat sekarang bukan untung banyek kecuali syarikat
yg besor gilernye

nak pendapatan tinggi, tapi pengangguran yg berlaku
semua nih kena buat step by step
naik skt2 dahulu ikut perkembangan ekonomi dunia
nih tidak ekonomi dunia merundum tapi gaji mahu naik

soalnya.. dari mana kerajaan bayar gaji2 untuk pekerja gov ni??
betul tak saya cakap sebahagiannya adalah dari cukai2 syarikat swasta?? kenapa tidak pertimbangkan untuk gaji swasta dari cukai tersebut?? andai kata negara tak selamat dan takde pekerja2 swasta adakah syarikat luar hendak melabur? bila adanya pekerja swasta berlakunya perlaburan disini..
:):)
 
Back
Top
Log in Register