BTC USD 83,600.0 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PSG mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,917
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,917
Reaction score
99
Points
80
3176820.webp

Achraf Hakimi menyerlah di Seattle. Foto Agensi

GERGASI Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), berjaya menewaskan Seattle Sounders 2-0 di Stadium Lumen Field, Seattle, Washington, sekali gus mengesahkan tempat Les Parisiens ke pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab.

Juara Eropah itu menjuarai Kumpulan B dan akan menentang naib juara Kumpulan A, yang dijangka adalah Palmeiras atau Inter Miami.

Gol pembukaan PSG sedikit bernasib baik apabila percubaan Vitinha pada awalnya tersasar, terbias belakang Khvicha Kvaratskhelia sebelum menerjah jaring.

Gol kedua wakil Perancis berkenaan pula terhasil menerusi serangan balas pantas, apabila Achraf Hakimi menyudahkan hantaran Bradley Barcola.

PSG wajar melebarkan kemenangan di Seattle, apabila Desire Doue memaksa penjaga gol Sounders, Stefan Frei, melakukan tiga penyelamatan.

Peluang terbaik pasukan tuan rumah hadir apabila Gianluigi Donnarumma memberikan bola terus kepada Jesus Ferreira, namun rembatan Ferreira dari sudut sukar melambung tinggi.

 
Back
Top
Log in Register