rinoa99
Legendary Member

- Messages
- 19,483
- Joined
- Jun 5, 2022
- Messages
- 19,483
- Reaction score
- 2,596
- Points
- 261
Anwar bersama dari kiri, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution; dan Pengarah Konvensyen, Nga Kor Ming pada perasmian Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh. - Foto NSTP/Danial Saad
IPOH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan gabungan itu akan menjalin kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Selain itu, Presiden PKR itu memaklumkan PH akan turut mengadakan kerjasama dengan beberapa parti lain, antaranya Parti Sosialis Malaysia (PSM), namun tidak memperinci parti lain.
Menerusi kerjasama itu, katanya, PH akan turut mengagihkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan rakan kerjasamanya, dan mencadangkan semua parti bertanding menggunakan logo PH dalam PRU15.
"Pembahagian kerusi PH sudah selesai. Cuma kita tengah runding dengan rakan kerjasama pilihan raya, maknanya MUDA, PSM dan yang lain-lain.
"Jadi, kita tangguh pengumuman itu (perincian pembahagian kerusi). Tapi PH, terutama di Semenanjung iaitu DAP, AMANAH, PKR, itu selesai.
"Memang ada (pengagihan kerusi pada rakan kerjasama pilihan raya), tapi ia sedang dirundingkan. Tepulang pada mereka (untuk pilih logo), tapi kita cadang guna logo PH," katanya kepada pemberita di Konvensyen PH di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perincian agihan kerusi dalam kalangan parti komponen PH menjelang PRU-15.
Terdahulu, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan rundingan agihan kerusi di antara parti komponen PH sudah selesai, manakala rundingan dengan rakan kerjasama PH akan dimuktamadkan dalam dua atau tiga hari lagi.
Pada 10 September lalu, Setiausaha Agung DAP; mengesahkan Majlis Presiden PH menerima permohonan MUDA untuk menyertai PH secara rasmi, dengan permohonan itu dihantar oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.