BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: Kerusi yg dipertandingkan oleh PKR

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
PRU15 | Penyandang Adun Behrang, Aminuddin Zulkipli pula digugurkan dan digantikan oleh Ketua Pemuda Amanah negeri, Khairol Najib Hashim. https://cstu.io/968d49

1667003339584.png


PRU15: Mujahid, Hatta Ramli pertahan Parlimen Parit Buntar dan Lumut


Diterbitkan: Oct 28, 2022 12:32 PM

Dikemaskini: 2:13 PM




PRU15 | Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa akan mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, dengan harapan dapat mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal keempat.

Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi juga mengumumkan Setiausaha Agung parti itu, Mohd Hatta Ramli akan turut mempertahankan kerusi Parlimen Lumut.

Sementara itu, penyandang Adun Behrang, Aminuddin Zulkipli digugurkan dan digantikan oleh Ketua Pemuda Amanah negeri, Khairol Najib Hashim.

Khairol, 30, juga merupakan calon termuda daripada Amanah Perak.




Ditanya sama ada Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada allahyarham bekas Mursyidul Am, PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ahli parti itu, Asmuni berkata dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu tentang itu, anda mesti tanya kepada kepimpinan PH," katanya kepada media di Wisma Amanah Perak, Ipoh hari ini.

Untuk rekod, Nik Omar menyertai Amanah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Nik Omar, yang merupakan bekas ahli PAS, bertanding di kerusi DUN Chempaka sebagai ahli Amanah pada PRU14.

Bagaimanapun, kali ini Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan Nik Omar telah diberikan kerusi di Perak.

Nik Omar adalah salah seorang daripada tujuh calon berprofil tinggi PKR yang akan bertanding di bawah tiket PH dalam pilihan raya umum bulan depan.


 
1667176138186.png


Amanah gugur Hanipa, 3 lagi penyandang PRU kali ini


Diterbitkan: Oct 30, 2022 5:57 PM

Dikemaskini: Oct 31, 2022 8:20 AM



Amanah menggugurkan empat penyandang kerusi Parlimennya daripada senarai calon bagi PRU15.
Parti itu juga akan bertanding di 54 kerusi Parlimen - meningkat 35 peratus berbanding PRU lalu.

Empat penyandang yang digugurkan adalah Hanipa Maidin (Sepang), Anuar Tahir (Temerloh), Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) dan Hasan Bahrom (Tampin).

Dalam pengumuman rasmi hari ini, Amanah turut mengumumkan Khalid Samad tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam, tetapi akan menjadi calon di Parlimen Titiwangsa.




Muka baru iaitu Azli Yusof akan menggantikan Khalid di Shah Alam.

Turut diumumkan adalah bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari yang akan bertanding di Alor Gajah.

Amanah menukar kerusi itu dengan DAP yang akan bertanding di Jerai, Kedah. Terdahulu hari ini, Amanah memecat pengerusi negeri Phahrolrazi Mohd Zawawi yang membantah pertukaran itu.

Berkenaan penyandang yang digugurkan, Khalid yang merupakan pengarah komunikasi Amanah berkata keputusan itu adalah sebahagian daripada pelan peralihan Amanah, di mana parti itu ingin memberi peluang kepada muka baru.




"Ini tidak bermakna mereka tidak jalankan tugas dengan baik. Tetapi ia proses peralihan di mana kami ingin menggalakkan pemimpin baru agar diberi peluang untuk bertanding.

"Seperti Hasanuddin di Hulu langat, Hanipa di Sepang, Hasan di Tampin, semuanya tunjuk prestasi yang baik. Tetapi berdasarkan perkiraan tertentu, kami ambil ini sebagai peluang untuk muka baru," katanya ketika sidang media di ibu pejabat Amanah di Kuala Lumpur.

Berkenaan Anuar pula, Khalid berkata di pada mulanya tersenarai sebagai calon tetapi kemudian digugurkan atas masalah kesihatan.
Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli pula berkata mereka akan bertanding di tambahan 19 kerusi dalam PRU kali ini.

Antara kerusi baru yang diperuntukkan kepada Amanah adalah Langkawi dan Baling di Kedah; Sri Gading, Kota Tinggi dan Pengerang di Johor; Alor Gajah di Melaka; Jempol di Negeri Sembilan; Sabak Bernam di Selangor; and dua kerusi Wilayah Persekutuan, iaitu Titiwangsa dan Labuan.

Antara muka baru yang ditampilkan Amanah adalah bekas timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Latipah Md Yatim (Sik) dan Nik Faizah Nik Othman (Pengkalan Chepa), yang memulakan kempen kibar bendera putih ketika penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

82c29a578db1b60318b0beba372bcc0c.jpg

Liyana Marzuki

2j ·

CALON PRU15 PARTI PKR

1. Semalam saya tonton secara live, pengumuman calon PRU15 bagi parti PKR. Massive turnout dalam gambar. Impressive. Parti perlu harapkan turnout yang ramai tu ialah di kalangan pengundi atas pagar yang dah mula condong ke PH. Bukan hanya penyokong parti.
2. Satu perkara utama yang saya boleh komen. RAFIZI is the Renaissance Man in PKR. He revives PKR dari parti yang lesu, kalah berturut2 dalam PRN dengan telur ayam, kepada parti yang punya prospek besar masa PRU. Kita sangka akan ada Renasissance Man dalam Parti Keramat Melayu, tapi PKR yang buat dulu.

3. Bukan saja ada orang segar dan baru, PKR juga tampilkan pembaharuan lain dari yang lain. Calon mereka kena isytihar harta dan buat akujanji potong gaji/ elaun nanti kalau menang. Serahkan amaun tu pada rakyat. Selain itu, biodata dan CV calon juga akan dimuatnaikkan dalam website. Untuk orang rujuk dan nilai calon SAFT. Ini pada saya, inovatif sekali. Menggalakkan pengundi bijak memilih.

4. Line up mereka rata2 mengekalkan incumbent atau MP sedia ada di tempat safe seat, kecuali Tuan Presiden. Dia akan bertanding di kerusi berisiko. The greater the risk, the greater the reward. Mungkin itu strategi PKR kali ini untuk Presiden mereka. Mereka kena harap Langkah Tambun ini tidak ada orang kona baring. Mungkin next PM kita dari sana.

5. Heavyweights PKR dan calon popular diletakkan di Perak. Seperti Siti Aishah Shaik Ismail dan Ustaz Nik Omar. Melawan warlords dari UMNO. Presiden juga bertanding di Ipoh. Pada saya, menunjukkan kesungguhan PH nak tawan Perak kembali. Fokus utama PKR di sana nanti.

6. Ramai line up di kalangan anak muda berpendidikan dan wanita. Mereka angkat Pensyarah OKU juga. Melawan di Putrajaya. Diversiti dan Inklusiviti. Ini ramai akan suka. Parti yang buat langkah begini akan sentiasa stay relevant. Kalau yang dok isi warlords tu, parti yang makin menua dan boleh lah ditolak tepi.

7. Apa yang saya dapat rumuskan, PKR buat langkah tepat umumkan calon sebelum Parti lain. Dengan pelbagai inovasi baru. Ini antidot atau pengubat politik lesu. Sama ada ia dapat diterjemahkan di kotak undi, kita lihat masa PRU.

8. Apapun, bravo PKR! Nice move. Saya tak sabar nak tengok line up parti lain pula. Mari kita angkat MP berkualiti. Bukan lagi pangkah ikut parti.

Salam hormat,
Liyana Marzuki


1667015266111.png




1667015275820.png

1667015284865.png


Update lah TS mana2 penyandang Parlimen seat PRU14 gagal dicalonkan lagi oleh PH untuk PRU15 nih

e.g Tony Pua Damansara
Teresa Kok Seputeh
Si lontong 3 line putih didahi
Dll..
jika PKR berikut dibawah ni


Natrah Ismail (Sekijang),
-tewas pada pemilihan ketua cabang PKR Sekijang

June Leow (Hulu Selangor),
gagal merebut jawatan dalam kepimpinan parti

Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya),
-tidak mempunyai pengaruh dalam parti

Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh),
gagal merebut jawatan dalam kepimpinan parti

Tan Yee Kiew (Wangsa Maju),
-hasrat untuk bersara selepas penggal mereka berakhir

Lee Boon Chye (Gopeng),
-hasrat untuk bersara selepas penggal mereka berakhir



Chan Ming Kai ( Alor Setar) dan
-gagal merebut jawatan dalam kepimpinan parti

Johari Abdul (Sungai Petani)
gagal merebut jawatan dalam kepimpinan parti



DAP is coming soon :D

1667003397269.png


Husam 'pindah' ke PKR jadi calon di Pasir Mas


Diterbitkan: Oct 28, 2022 11:33 PM

Dikemaskini: Oct 29, 2022 2:38 AM




Bekas naib presiden Amanah Husam Musa akan bertanding sebagai calon PKR di Pasir Mas, Kelantan.
Perkara itu diumumkan pada majlis pengumuman calon PKR di Ampang, malam ini.

Ketika ditanya Malaysiakini mengenai keanggotaan partinya, Husam menjawab pemimpin Amanah telah dimaklumkan mengenai keputusannya “berpindah kepada PKR.”

“Keahlian, saya kena isi borang PKR,” katanya.




“Akan masuk (PKR),” jelasnya lagi.


4a4957d312c7f30e8ad5dc588dc350ee.jpg


Pasir Mas kerusi majoriti Melayu, yang menyaksikan PAS menang kerusi itu dengan majoriti besar dalam tiga pilihan raya umum sejak 2008.

"Saya rasa berat kerana bertanding di kubu kuat PAS, satu tempat di mana PAS menang majoriti yang besar.

"(Keputusan bertanding) ini berasaskan kepada sokongan kebanyakan rakyat terutamanya generasi muda. Mungkin dengan sokongan mood perubahan ini saya boleh sumbang kemenangan kepada PH," katanya.




Menjawab soalan jika tindakannya itu boleh merosakkan hubungan antara Amanah dan PKR, Husam memberi kiasan ia ibarat permainan bola sepak.


PH tak boleh hilang Husam
“Tengok mana posisi yang boleh memberi kemenangan.
“Saya harap Kellantan dan Terengganu dapat beri kemenangan pertama kepada PH,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengeluarkan kenyataan mengimbau persahabatannya yang lama dengan Husam sejak di zaman siswa.


c0cd1ccb8a02ac74156dcdc03736428b.jpg


"Justeru saya cukup mengenalinya. Husam ulat buku. Bacaannya luas sekali. Oleh demikian idea banyak, ori dan segar. Dalam beberapa hal agak mendahului zaman.

"Amalannya juga terjaga. Solat dan wirid sangat berdisiplin," katanya.
Menurut Saifuddin lagi hubungannya serasi dengan Husam yang meskipun mengakui pemimpin itu "ada kelemahan."




"Dia juga ada banyak kelebihan. Saya bersyukur akhirnya dapat membantu sedikit sebanyak meredakan 'sedikit ribut' yang beliau hadapi.
"PRU15 ini suatu pentas besar. PH tidak boleh kehilangan Husam," jelasnya lagi.

Pada PRU14, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menang kerusi parlimen Pasir Mas dalam pertandingan empat penjuru meraih 28,080 undi dengan majoriti 13,075.

Ahmad Fadhli menewaskan calon Umno Nor Azmawi Ab Rahman yang memperolehi 15,005 undi dan calon bebas Ibrahim Ali yang mendapat 5,373 undi.
Sementara itu, calon Bersatu Che Ujang Che Daud meraih 5,093 undi.

 
1667003532041.png


Rafizi kembali ke Pandan


Diterbitkan: Oct 28, 2022 11:44 PM

Dikemaskini: Oct 29, 2022 2:15 AM





Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan bertanding di kerusi parlimen Pandan pada pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini.
Perkara itu diumumkan pada majlis PKR di Ampang malam ini.

Kerusi Pandan disandang Rafizi sebelum memberi laluan kepada bekas presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail pada PRU14 lalu.
Pada pilihan raya umum 2013, Rafizi merampas kerusi Pandan yang menjadi kubu kuat MCA sebelum ini apabila meraih 48,183 undi dengan majoriti 26,729 undi.

Rafizi menewaskan calon MCA Lim Chin Yee yang mendapat 21,454 undi dan calon bebas Tan Yew Leng dengan 2,415 undi.

 
1667003593108.png


Sah Amirudin tanding di Gombak, Rodziah di Ampang


Diterbitkan: Oct 28, 2022 11:12 PM

Dikemaskini: Oct 29, 2022 12:58 AM




PKR mengumumkan 72 calonnya yang bakal bertanding pada PRU15 pada satu majlis ceramah di Ampang malam ini.
Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari akan berhadapan dengan bekas pemimpin PKR Azmin Ali di Gombak.
Sementara itu, penyelaras PKR Ampang yang juga Adun Batu Tiga Rodziah Ismail akan menghadapi Zuraida Kamaruddin di kerusi parlimen Ampang.

Ketua AMK Adam Adli seperti yang dispekulasikan akan bertanding di parlimen Hang Tuah Jaya.


83e32f4e48aea911df239979dc674bf8.jpg





Kumpulan calon seramai sepuluh orang naik ke pentas secara berperingkat untuk memeterai akujanji setia bersama parti itu.
Antara penyandang kerusi parlimen yang terus diberi kepercayaan ialah Dr Maszlee Malik yang akan mempertahankan Simpang Renggam, Hassan Karim di Pasir Gudang dan Akmal Nasir di Johor Bahru.

Bekas presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail pula diletakkan bertanding di Bandar Tun Razak.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil akan mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai.




Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek akan bertanding di Nibong Tebal manakala Nurul Izzah Anwar pula akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Senarai calon PKR
Johor:

  • Yuneswaran - Segamat
  • Dr Zaleha - Sekijang
  • Iskandar Shah - Pagoh
  • Syed Ibrahim - Ledang
  • Onn Abu Bakar - Batu Pahat

  • ADS

    Dr Maszlee Malik - Simpang Renggam
  • Zuraidah Zainab - Tenggara
  • Jimmy Puah - Tebrau
  • Hassan Karim - Pasir Gudang
  • Akmal Nasir - Johor Bahru
  • Saiful Arifin Abdul Karim - Pontian
Melaka:
  • Rusnah Aluai - Tangga Batu
  • Adam Adli - Hang Tuah Jaya
    Negeri Sembilan:
  • Ustaz Nor Azman - Kuala Pilah
  • Jufitri Johar - Rembau
  • Aminuddin Harun - Port Dickson
Selangor:
  • Saiful Yazan - Sungai Besar
  • Dr Sathia Prakash - Hulu Selangor
  • William Leong - Selayang
  • Amirudin Shari - Gombak
  • Rodziah Ismail - Ampang
  • Rafizi Ramli - Pandan
  • Wong Chen - Subang
  • Lee Chean Chung - Petaling Jaya
  • Ramanan - Sungai Buloh
  • Abdullah Sani - Kapar
  • Manivanan Govin - Kuala Langat
    Wilayah Persekutuan:
  • Prabakaran - Batu
  • Zahir Hassan - Wangsa Maju
  • Nik Nazmi - Setiawangsa
  • Fahmi Fadzil - Lembah Pantai
  • Wan Azizah Wan Ismail - Bandar Tun Razak
  • Dr Nuraisyah - Putrajaya
Perak:
  • Anwar Ibrahim - Tambun
  • Jurilatif - Lenggong
  • Siti Aishah - Bagan Serai
  • Kamil Munim - Padang Rengas
  • Tan Kar Hing - Gopeng
  • Ustaz Nik Omar - Pasir Salak
  • Shamsul Iskandar - Bagan Datuk
  • Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Pulau Pinang:
  • Nurul Izzah - Permatang Pauh
  • Fadhlina Sidek - Nibong Tebal
  • Sim Tzen Zin - Bayar Baru
  • Bakhtiah Wam Chik - Balik Pulau
Kedah:
  • Fadzil Ali - Jerlun
  • Aizuddin Ariffin - Kubang Pasu
  • Simon Ooi - Alor Setar
  • Dr Azman Ismail - Kudah Kedah
  • Zulkifli Mohamad - Pendang
  • Nurin Aina - Merbok
  • Taufik Johari - Sungai Petani
  • Karupayya - Padang Serai
  • Saifuddin Nasution - Kulim Bandar Baharu
Perlis:
  • Fathim Amelina - Arau
  • Amin Ahmad - Kangar
Kelantan:
  • Husam Musa - Pasir Musa
  • Azmiza Mamat - Bachok
  • Rahimi Muhamad - Ketereh
  • Supardi - Tanah Merah
  • Dr Rosli - Machang
  • Asharun Uji - Gua Musang
Terengganu:
  • Mohamad Ngah - Setiu
  • Alias Ismail - Hulu Terengganu
  • Johari Mohamad - Dungun
  • Hasuni Sudin - Kemaman
Pahang:
  • Abbas Salleh - Bera
  • Erman Shah - Rompin
  • Hassan Basri - Jerantut
  • Zuraidi Ismail - Indera Mahkota
  • Fuziah Salleh - Kuantan
  • Naim Zainal Abidin - Pekan

 
1667003667484.png


DAP, Amanah bertembung di DUN Changkat Jong


Diterbitkan: Oct 28, 2022 11:04 PM

Dikemaskini: Oct 29, 2022 12:46 AM




DAP dan Amanah dua komponen PH bakal bertembung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini selepas kedua-dua parti itu mengumumkan calon mewakili parti masing-masing bagi kerusi DUN tersebut.

Sementara, Amanah pagi tadi mengumumkan Muhaimin Sulam sebagai calon PH, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengumumkan Badrul Hisham Badarudin selaku calon mewakili parti itu.

Pada PRU 2018, Changkat Jong dimenangi calon BN Mohd Azhar Jamaluddin kalahkan calon PH Muhammad Faizul Mohamed Ismail (Bersatu) dengan majoriti tipis 67 undi.



a82b130ffd3def557ff89c039d32c0cb.jpg





Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika ditanya mengenai isu ini berkata tiada pertembungan antara Amanah dan DAP di kerusi Changkat Jong.

"Keputusan (DAP bertanding di Changkat Jong) yang telah pun dicapai secara konsensus di peringkat Majlis Presiden PH.

"Saya, Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu dan disaksikan oleh ketua setiausaha Saifuddin Nasution, telah mengadakan mesyuarat sebelum Konvensyen PH. Persetujuan telah dicapai pada ketika itu, sebelum kita mengadakan Konvensyen di Ipoh.

"Jadi, kita (DAP) bukannya mengumumkan sesuatu yang belum ada keputusan. Malam ini saya sebagai setiausaha DAP apabila sampai ke majlis pengumuman ini sudah tentu keputusan-keputusan (pengagihan kerusi) telah dimuktamadkan," katanya kepada pemberita di selepas majlis pengumuman calon DAP peringkat Perak di Hotel River Front, Ipoh.



bc1514919595763086764c6bcb4621ab.jpg




Loke juga berkata dia tidak tahu mengenai pengumuman calon oleh Amanah berhubung kerusi Changkat Jong.
"Mungkin sedikit salah faham. Saya serah kepada Amanah mengendalikannya.

"Apa yang saya boleh pasti, hanya satu calon PH di setiap kawasan yang bertanding," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Amanah Teluk Intan Ahmad Munzirie Ahmad Kabir berkata bahawa Changkat Jong akan kekal milik Amanah.
"Kami ingin menjelaskan bahawa penetapan semua kerusi yang ditandingi Amanah mewakili PH adalah seperti yang telah diumumkan dalam Majlis Pengumuman Calon Amanah Perak pagi tadi oleh Pengerusi Amanah Perak merangkap Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Mujahid Yusof Rawa.

"Di peringkat Amanah Teluk Intan, kami tidak menerima sebarang perubahan melibatkan DUN Changkat Jong daripada Jawatankuasa Amanah Negeri Perak mahupun kepimpinan di peringkat nasional.

"Justeru, pertikaian atau perebutan kerusi Changkat Jong seharusnya tidak timbul dan harus dihormati oleh semua parti anggota dalam PH," katanya padakenyataan hari ini.

Changkat Jong merupakan salah satu dari dua DUN di bawah parlimen Teluk Intan.

Selain bertanding diparlimen Teluk Intan, DAP juga meletakkan calon di DUN Pasir Bedamar.

 
1667003842629.png


Misi tumpaskan 'gergasi' buat Sheikh Umar di Ayer Hitam


Diterbitkan: Oct 28, 2022 2:34 PM

Dikemaskini: 3:24 PM




Ahli jawatankuasa eksekutif (CEC) pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali akan menentang Presiden MCA Wee Ka Siong di kerusi parlimen Ayer Hitam.

Perkara itu diumumkan semasa majlis makan malam kutipan dana di Muar, Johor semalam.

Semasa pilihan raya umum (PRU) 2018, Wee mempertahankan Ayer Hitam dengan memperoleh 44 peratus undi, mengatasi lawannya Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dengan hanya 303 undi.
Bercakap kepada pemberita selepas makan malam itu, Liew berkata walaupun dia boleh berdepan Wee kali kedua, keadaan sekarang berbeza berbanding 2018.



“Dengan sentimen anti-Umno dan anti-Ahmad Zahid Hamidi dalam kalangan pengundi Melayu sekarang, kami berpendapat meletakkan Sheikh Umar (atas, kiri) adalah sesuatu yang baru dan boleh membawa kepada kemungkinan dan kejayaan baru.
"Formula lama (mungkin tidak sesuai). Setiap PRU adalah berbeza," kata Liew.


dcb27768e3b841436d3abd1c13ced91c.jpg

Berdasarkan keputusan pilihan raya dewan undangan negeri Johor pada Mac, Sheikh Umar akan memulakan kempennya bukan sebagai calon pilihan.

Ayer Hitam merupakan majoriti Melayu yang telah diwakili oleh Wee selama empat penggal. Walaupun hanya menang tipis pada PRU lalu, pilihan raya negeri (PRN) pada Mac menandakan perubahan dalam sentimen pengundi kawasan itu.




Terdapat dua DUN di Ayer Hitam - Semarang dan Yong Peng. Semasa PRN Mac, BN merampas kembali Yong Peng dan bertahan di Semarang.
Secara kolektif, BN memenangi 57.3 peratus undi di Semarang dan Yong Peng ini - perubahan besar 13.32 peratus memihak kepada mereka berbanding 2018.


94170b68790a3ddad1617e94cb451857.jpeg


Di Semarang, calon Pakatan Harapan (PH) tidak berjaya mengekalkan depositnya.

Pada 2018, Sheikh Umar berkhidmat sebagai Adun Paloh namun gagal mengekalkan kerusinya semasa PRN pada Mac.

Dalam satu kenyataan, Sheikh Umar mengakui bahawa dia berdepan dengan cabaran yang sukar tetapi percaya anggaran 21,000 pengundi baru di Ayer Hitam akan menyokong PH.

Dia juga mengingatkan pengundi bahawa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pernah menamakan Wee dalam ucapannya yang menjadi kontroversi pada mesyuarat agung tahunan MIC pada 10 Okt lepas.

"Bagi BN, mereka takut diheret ke mahkamah... Bagi kami, pilihan raya ini adalah mengenai tadbir urus yang baik, pemulihan ekonomi, ringgit yang stabil dan keharmonian dalam kalangan rakyat," katanya.

Sementara itu, DAP juga mengumumkan bekas Adun Skudai Tan Hong Pin akan diletakkan sebagai calon bagi kerusi parlimen Bakri.




Dia akan menggantikan penyandang Yeo Bee Yin, yang akan diletakkan sebagai calon di Puchong, Selangor.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, yang mengumumkan langkah itu pada majlis makan malam tadi, berkata Yeo "dihantar" ke Selangor kerana lebih ramai calon wanita diperlukan di sana.

Loke juga mengumumkan bahawa Pang Hok Liong akan mempertahankan kerusi Labis.

Majlis makan malam itu turut menyaksikan replika lukisan penyandang parlimen Damansara Tony Pua dilelong pada harga RM4,888. Secara berasingan, RM11,696 lagi berjaya dikutip pada majlis itu.

 
1667004002008.png




PRU15: Amanah Perak pertaruh lebih 50 peratus muka baru

Diterbitkan: Oct 28, 2022 12:26 PM

Dikemaskini: 12:26 PM



PRU15 | Parti Amanah Perak mempertaruhkan lebih 15 muka baru daripada sejumlah 26 calon di kerusi parlimen dan DUN yang akan ditandingi parti itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi dalam sidang media hari ini berkata, parti itu akan bertanding di enam kawasan parlimen dan 20 kerusi DUN.

Ia merupakan penambahan dua kerusi parlimen dan lapan kerusi DUN berbanding pada PRU lalu.

Asmuni berkata dia juga akan mempertahankan kerusi DUN Manjoi, manakala Mohammad Nizar Jamaluddin akan bertanding di DUN Sungai Rapat dan Yahaya Mat Nor di DUN Pasir Panjang.


 
1667004113856.png


Nik Omar percaturan PH mahu tawan Pasir Salak

Diterbitkan: Oct 27, 2022 8:30 PM

Dikemaskini: 8:30 PM



PRU15 | Anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz, bakal menjadi tawaran terbaik Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi parlimen Pasir Salak pada PRU akan datang.

Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Muhaimin Sulam, mengesahkan percaturan tersebut kepada Malaysiakini hari ini.
Katanya, langkah membawa anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dianggap mampu memberi pilihan terbaik buat pengundi di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno-BN.

Muhaimin yang juga anggota Jawatankuasa Amanah Pasir Salak yakin kemunculan Nik Omar di situ akan mampu menarik sokongan pengundi termasuk dalam kalangan pengundi atas pagar.




“Pengumuman rasmi mengenai pencalonan Nik Omar akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Nik Omar merupakan anak lelaki sulung kepada Nik Abdul Aziz dan pertama kali menyertai pilihan raya pada 2018 apabila dicalonkan untuk bersaing dengan PAS bagi kerusi DUN Chempaka.

Selepas PH menjadi kerajaan pusat, Nik Omar dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Bagaimanapun khidmatnya berakhir selepas Langkah Sheraton.

Dalam PRU lalu, Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan kerusi tersebut dengan meraih 20,003 undi dan mengalahkan dua pencabar lain dengan perbezaan undi 7,712 undi.




Di bawah kawasan parlimen Pasir Salak ada dua kerusi DUN iaitu Sungai Manik dan Kampung Gajah.
Sementara itu Ketua PKR Cabang Pasir Salak, Mohamad Maharani Md Tasi, berkata parti itu turut mengalu-alukan kedatangan Nik Omar ke kawasan tersebut.
"Kami percaya pencalonan Ustaz Nik Omar menjadi momentum besar kedua di Perak selepas Anwar Ibrahim mengistiharkan dia bertanding di Tambun.
"Ini tentu sekali memberi tenaga baru kepada PH Perak," katanya.


 
DAP Perak mengumumkan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada PRU15.
https://www.utusan.com.my/.../pru15-dap-tanding-8-kerusi.../

PRU15: DAP tanding 8 kerusi Parlimen, 19 DUN, letak calon Melayu di Parlimen Gerik​

PRK-DAP-UMUM-CALON-re.jpeg



ANTHONY Loke Siew Fook (depan, tengah) bersama calon dan ahli parti pada majlis pengumuman calon DAP yang bertanding pada PRU15 di Ipoh semalam. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

  • 29 Oktober 2022, 8:39 am









IPOH: DAP Perak mengumumkan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU).





Jumlah itu masing-masing mencatat pertambahan satu kerusi DUN dan Parlimen berbanding tujuh Parlimen dan 18 kerusi DUN yang ditandingi parti itu pada PRU14.

Pada majlis pengumuman calon oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di sini semalam, DAP mengumumkan buat pertama kali meletakkan calon bertanding di kawasan Melayu iaitu di Parlimen Gerik, Ahmad Tarmizi Mohd. Jam.



Ahmad Tarmizi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penaja DAP Cawangan Parit yang baru ditubuhkan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Howard Lee Chuan How yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji diumumkan bertanding di Parlimen Ipoh Timor.

Penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh berpindah ke Parlimen Taiping.

Penyandang kerusi DUN Keranji, Chong Zhemin pula diumumkan bertanding di Parlimen Kampar, menggantikan Thomas Su Keong Siong.
Sementara itu, penyandang lain-lain kerusi Parlimen kekal bertanding termasuk M. Kulasegaran (Ipoh Barat), V. Sivakumar (Batu Gajah), Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) dan Nga Kor Ming ) Teluk Intan.

DAP turut mengumumkan seorang lagi calon Melayu, Badrul Hisham Badarudin bertanding di kerusi baharu yang ditanding parti itu iaitu DUN Changkat Jong.




Namun terdahulu Amanah Perak mengumumkan kerusi itu ditandingi calonnya, Muhaimin Sulam. – UTUSAN


SENARAI CALON DAP DI PERAK
PARLIMEN

P54 GERIK: Ahmad Tarmizi Mohd. Jam
P065 IPOH TIMOR: Howard Lee Chuan How
P065 IPOH BARAT: M. Kulasegaran



P70 KAMPAR: Chong Zhemin
P66 BATU GAJAH: V. Sivakumar
P068 BERUAS: Ngeh Koo Ham
P060 TAIPING: Wong Kah Woh
P076 TELUK INTAN: Nga Kor Ming

DUN



N17 Pokok Asam: Ong Seng Guan
N18 Aulong: Teh Kok Lim
N22 Jalong: Loh Sze Yee
N25 Canning: Jenny Choi Tsi Jen
N26 Tebing Tinggi: Dr. Abdul Aziz Bari
N27 Pasir Pinji: Goh See Hua




N28 Bercham: Ong Boon Piow
N30 Buntong: M. Thulsi Thivani
N31 Jelapang: Cheah Pou Hian
N32 Menglembu: Chaw Kam Foon
N33 Tronoh: Tiw Tee Siang
N37 Pantai Remis: Wong May Ing




N38 Astaka: Jason Ng Thien Yeong
N41 Malim Nawar: V. Bavani
N42 Keranji: Koo Haai Yen
N55 Pasir Bedamar: Woo Kah Leong
N57 Sungkai: A. Sivanesan
N29 Kepayang: Nga Kor Ming



N56 Changkat Jong: Badrul Hisham Badarudin


 

PKR pertaruh calon di 72 kerusi Parlimen Semenanjung​

22 Oktober 2022 01:50amMasa membaca: 4 minit

1960837.jpg

Calon menunjukkan borang dan dokumen ditandatangani pada Majlis Pengumuman Calon PKR yang diadakan di Padang MPAJ, Taman Kosas pada Jumaat.

AMPANG - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 72 kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Pilihan Raya PKR yang juga Timbalan Presiden parti, Rafizi Ramli diumumkan akan kembali bertanding di Parlimen Pandan manakala penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bersaing di Parlimen Bandar Tun Razak.


Majlis Pengumuman Calon PKR yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Kosas di sini pada Jumaat turut mengumumkan calon daripada parti itu yang akan bertanding di kerusi panas disandang oleh bekas Ahli Parlimen PKR.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diletakkan sebagai calon PKR bagi Parlimen Gombak dengan beliau dijangka berdepan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail pula diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Ampang dan bakal berdepan dengan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin.

Dalam pada itu, majlis pengumuman calon yang dihadiri kira-kira 3,000 orang itu turut menyaksikan kesemua calon menandatangani dokumen surat dan borang berkaitan bon aku janji dan persetujuan pemotongan elaun wakil rakyat sebagai sumbangan untuk parti.

Berikut merupakan senarai penuh calon Parlimen PKR bagi PRU15:

P140 Segamat - Yuneswaran Ramaraj


P141 Sekijang - Dr Zaliha Mustapha

P143 Pagoh - Iskandar Shah Abd Rahman

P144 Ledang - Syed Ibrahim Syed Noh

P150 Batu Pahat - Onn Abu Bakar

P151 Simpang Renggam - Maszlee Malek

P155 Tenggara - Zuraidah Zainab Mohd Zain

P158 Tebrau - Jimmy Puah Wee Tse

P159 Pasir - Gudang Hassan Karim

P160 Johor Baharu - Akmal Nasrullah Mohd Nasir

P164 Pontian - Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim

P136 Tangga Batu - Rusnah Aluai

P137 Hang Tuah Jaya - Adam Adli Abd Halim

P129 Kuala Pilah - Noor Azman

P131 Rembau - Jufitri Joha

P132 Port Dickson - Datuk Seri Aminuddin Haron

P093 Sungai Besar - Saipolyazan Mat Yusop

P094 Hulu Selangor - Dr Sathia Prakash Nadarajan

P097 Selayang - William Leong

P098 Gombak - Datuk Seri Amirudin Shari

P099 Ampang - Rodziah Ismail

P100 Pandan - Rafizi Ramli

P104 Subang - Wong Chen


P105 Petaling Jaya - Lee Chean Chung

P107 Sungai Buloh - Ramanan Ramakrishnan

P109 Kapar - Abdullah Sani Abdul Hamid

P112 Kuala Langat - Manivanan Gowin

P115 Batu - Prabakaran M Parameswaran

P116 Wangsa Maju - Zahir Hassan

P118 Setiawangsa - Nik Nazmi Nik Ahmad

P121 Lembah Pantai - Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

P124 Bandar Tun Razak - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

P125 Putrajaya - Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz

P055 Lenggong - Jurey Latiff Mohd Rosli

P058 Bagan Serai - Siti Aishah Shaik Ismail

P061 Padang Rengas - Muhammad Kamil Abdul Munim

P063 Tambun - Datuk Seri Anwar Ibrahim

P071 Gopeng - Tan Kar Hing

P073 Pasir Salak - Nik Omar Nik Abdul Aziz

P075 Bagan Datuk - Shamsul Iskandar Mohd Akin

P077 Tanjong Malim - Chang Lih Kang

P044 Permatang Pauh - Nurul Izzah Anwar

P047 Nibong Tebal - Fadhlina Sidek

P052 Bayan Baru - Sim Tze Tzin

P053 Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik

P005 Jerlun - Mohamed Fadzil Mohd Ali

P006 Kubang Pasu - Mohd Aizuddin Ariffin

P009 Alor Setar - Simon Ooi Tze Min

P010 Kuala Kedah - Azman Ismail

P011 Pendang Zulkifly Mohamad

P014 Merbok - Nor Azrina Surip

P015 Sungai Petani - Mohammed Taufiq Johari

P017 Padang Serai - Karupaiya Mutusami

P018 Kulim Bandar Baharu - Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

P003 Arau - Fathin Amelina Fazlie

P002 Kangar - Noor Amin Ahmad

P022 Pasir Mas - Datuk Husam Musa

P025 Bachok - Nor Azmiza Mamat

P026 Ketereh - Rahimi L Muhamud

P027 Tanah Merah - Mohamad Suparadi Md Noor

P029 Machang - Dr Rosli Allani Abdull Kadir

P032 Gua Musang Asharun Uji

P034 Setiu - Mohamad Ngah

P038 Hulu Terengganu - Alias Ismail

P039 Dungun - Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad

P040 Kemaman - Hasuni Sudin

P081 Jerantut - Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan

P082 Indera Mahkota - Zuraidi Ismail

P083 Kuantan - Fuziah Salleh

P085 Pekan - Mohd Naim Zainal Abidin

P090 Bera - Abas Bin Awang

P091 Rompin - Erman Shah Jaios

 
Back
Top
Log in Register