BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: Kerusi yg dipertandingkan BN/UMNO

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Barisan Nasional (BN) dikatakan mencatur strategi baru dalam agihan calon dan kawasan Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Khairy, Asyraf, Zahida Tanding Kawasan Baru?​






31/10/2022



PRU15.jpg



KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dikatakan mencatur strategi baru dalam agihan calon dan kawasan Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
BN pada PRU kali ini dikhabarkan menempatkan calon di luar radar kawasan mereka bagi tujuan mencipta kelainan atau eksperimen ubah angin.

Difahamkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) akan berhijrah ke Parlimen Sungai Buloh di Selangor.

Manakala Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan bakal ditempatkan di Parlimen Padang Besar, bagi menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin yang didakwa tidak lagi dicalonkan pada PRU ini.

Selain itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang sebelum ini pernah menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi di Parlimen Pasir Puteh akan dihantar berentap di Gerik.
Nama lain yang disebut tanding di kawasan baru ialah, Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan akan ke Alor Gajah.

Namun, Umno dan MCA dikhabarkan masih berunding kerusi berkenaan.
 
Senarai penuh calon BN yang diumumkan sebentar tadi oleh pakZahid
MIC - 10 kerusi.
MCA - 43 kerusi
IPF - 1 kerusi.
KIMMA - 1 kerusi.
PCM - 1 kerusi
Selebihnya UMNO

senarai penuh calon bertanding

Muhamad Harris Nasril


· 3m ·

Senarai penuh calon BN yang diumumkan sebentar tadi oleh Wak Ponogoro.

1667312505450.png

1667312513596.png

1667312522336.png

1667312531094.png

Shahidan beri bayangan bahawa dirinya 'digugurkan' dan tidak tercalon pada PRU15

'Bilik gerakan ditutup, bendera BN diturunkan'- Shahidan​


31 Oktober 2022 11:06pmMasa membaca: 1 minit



1964590.jpg

Shahidan Kassim. - Foto Bernama


KANGAR - Tindakan jentera pilihan raya UMNO Bahagian Arau menutup bilik gerakan dan menurunkan bendera BN menguatkan lagi spekulasi Datuk Seri Shahidan Kassim tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu hantaran melalui Facebook beliau, Shahidan berkata, tindakan menutup bilik gerakan dan menurunkan bendera BN itu adalah kali pertama dalam sejarah di kawasan parlimen tersebut.


"Malam ini malam kesedihan teramat sangat.
"Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan," katanya menerusi Facebooknya di sini pada Isnin.

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa penyandang Parlimen Arau itu akan digugurkan bersama penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pada PRU kali ini.

Berdasarkan rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau sejak Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.
 

Annuar dakwa pemilihan calon BN tak ikut perlembagaan parti​

31 Oktober 2022 11:55pmMasa membaca: 2 minit


1964632.jpg

Annuar -Foto Bernama

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pemilihan calon BN untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak mengikut kaedah ditetapkan perlembagaan parti.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, spekulasi calon BN berlegar biarpun parti lawan sudah mengumumkan senarai calon mereka yang dikatakan sarat dengan personaliti 'big and heavyweight'.


Bakal calon sudah dibawa menandatangani dokumen dan akujanji tertentu sejak dua hari yg lalu...Justeru rumours (khabar angin) mula tersebar.
"Nampaknya, walau perlembagaan menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada malam Isnin.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu mendakwa, biarpun Top 5 (lima pemimpin tertinggi UMNO) diberi kuasa berunding bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT), senarai calon ditapis lagi oleh 'pihak lebih tinggi'.

"Janji kononnya bakal dipilih adalah para WALI (winnable, acceptable, and likeable), namun kedengaran sana sini banyak sudah 'winners' dipancung, terutama yang dekat dengan YAB PM. Tapi itu khabar angin (yang tidak semestinya tidak berasas).

"Apapun kita berilah ruang secukupnya kepada pucuk pimpinan untuk merunding dan memilih. Menjadi calon tidak boleh diminta minta. Tak perlulah melobi-lobi. Ia satu amanah. Tanggungjawab untuk memenangkan cukup kerusi bagi parti.

"Jika tidak, berkubur dua kali. Kurangkan spekulasi. Tunggu saja pengumuman rasmi sehari dua saja lagi," jelasnya.
 
Majlis Pengumuman Calon BN akan diadakan pada Selasa, 1 November 2022 pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

Zahid Umum Calon BN Esok!​






31/10/2022



BN.jpg



KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) nampaknya sudah selesai memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding mewakili parti itu.
Majlis Pengumuman Calon BN akan diadakan pada Selasa, 1 November 2022 pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

Pengumuman senarai calon BN akan disampaikan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Juga dalam surat jemputan itu, hadirin yang hadir melibatkan ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Exco Sayap (Wanita, Pemuda dan Puteri), calon BN serta kepimpinan parti peringkat negeri dan bahagian diminta memakai baju rasmi BN warna biru.

Difahamkan sejak dua hari lalu, calon-calon yang terpilih bertanding atas tiket BN sudah dipanggil untuk menandatangani dokumen dan surat Aku Janji.
 
Muka2 lama ni elok la turun. Presiden, bung, kunang, kuli. Dah x relevan dah.
 

PRU15: Shahidan, Zahidi gugur?​

hidan.jpg
SHAHIDAN KASSIM

  • 1 November 2022, 7:22 am



ARAU: Selepas empat penggal menguasai kerusi Parlimen Arau, nama Datuk Seri Shahidan Kassim dikatakan digugur sebagai calon Parlimen berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).





Selain Shahidan, seorang lagi pemimpin ‘otai’ Datuk Zahidi Zainul Abidin juga dikatakan tidak terpilih mempertahan kerusi Parlimen Padang Besar.

Menurut sumber, calon muka baharu dalam kalangan pemimpin pemuda dikatakan akan dipertaruhkan di Parlimen Arau dan calon wanita di Parlimen Padang Besar.

“Setakat ini, ‘confirm’ gugur dan apa pun kena tunggu pengumuman rasmi jika ada perubahan sebaliknya. Calon mungkin diumumkan esok,” katanya.

Shahidan yang sudah lebih 30 tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berdepan dua Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din (bekas) dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 (DUN Tambun Tulang), 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Parlimen Arau).

Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar pula menguasai Parlimen Padang Besar sejak dua penggal iaitu pada Pilihan Raya Umum 2013 dan 2018. Sebelum itu, pada pilihan raya umum 1999 dan 2004, Zahidi menjadi penyandang DUN Beseri.

Sebelum ini, Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau memberi ingatan kepada pucuk pimpinan agar tidak memperjudi kerusi boleh menang termasuk Parlimen Arau dengan meletakkan calon sembarangan.

Shahidan dilaporkan berkata, PRU15 sangat penting dalam menentukan pembentukan kerajaan dan setiap kerusi Parlimen sangat berharga.



Sementara itu, sumber memaklumkan, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dikatakan akan mengekalkan kerusi DUN Bintong dalam PRU15.

Dalam pada itu, kata sumber tersebut, nama lain seperti Datuk Ismail Kassim juga dikatakan gugur dengan muka baharu akan diketengahkan di DUN Tambun Tulang. – UTUSAN
 

Nazri Aziz sah tidak bertanding, Mohd Ariff disebut ke Padang Rengas​

MOHAMED-NAZRI-AZIZ.jpeg


MOHAMED NAZRI AZIZ

  • 1 November 2022, 7:15 am




MENJELANG pengumuman calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka dibuat hari ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, 64, yang mengumumkan bersara daripada politik dikatakan sudah muktamad dengan keputusannya itu.

Beliau dikatakan sah tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas walaupun Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan nama Mohamed Nazri ada dalam senarai yang diserahkan kepada lima pemimpin tertinggi UMNO untuk bertanding PRU15.

Mohamed Nazri berada dalam senarai itu atas kapasiti sebagai penyandang kerusi Parlimen Padang Rengas, namun beliau membuat keputusan tidak bertanding pada PRU15 bagi memberi laluan kepada muka baharu.



Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Ariff Abd Majid antara nama disebut-sebut antara calon yang dipertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Padang Rengas.

Ketika Mohamed Nazri antara pemimpin politik veteran di Perak yang bakal mengakhiri karier politiknya, seorang lagi pemimpik politik veteran Perak, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, 74, pula bakal mengetahui nasibnya sama ada dicalonkan atau tidak pada PRU15.

Walaupun digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana sikap dan pendirian yang bercanggah dengan parti, peluang Tajuddin untuk dicalonkan masih menjadi tanda tanya.

Ada yang meramalkan beliau akan dicalonkan atas faktor pengaruhnya yang masih kuat di kawasannya.

Semangat UMNO Tajuddin masih kuat sehingga menolak pelawaan Pas Perak agar beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili Pas di Parlimen Pasir Salak jika diketepikan UMNO kali ini.

Tidak mustahil Tajuddin akan diberi peluang mempertahankan kerusi Parlimennya apatah lagi beliau dilihat mesra dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada satu program di Bagan Datuk baru-baru ini yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Ramai yang menyifatkan pertemuan Tajuddin dan Ahmad Zahid pada majlis itu menjernihkan hubungan mereka. – UTUSAN
 
Back
Top
Log in Register