BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU13: Teringat hasrat DAP untuk guna lambang PAS

Kenit

Active+ Member
Messages
4,431
Joined
Aug 15, 2014
Messages
4,431
Reaction score
54
Points
30
Email| Print |
PRU13: Teringat hasrat DAP untuk guna lambang PAS
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL | 26 Mac 2015.


SAYA teringat ketika DAP berhadapan dengan saat genting apabila terdapat ura-ura bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan membatalkan pendaftaran DAP sebelum PRU yang ke-13 akibat kesilapan semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

Terasa ketika itu bagai ada 'tangan-tangan ghaib' yang berusaha untuk memastikan DAP diharamkan sehinggakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan hasrat untuk menggunakan lambang PAS sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya DAP dibatalkan.

Hasrat LKS itu disambut dengan hati yang terbuka oleh Presiden PAS kerana mahu melihat rakan sekutunya di dalam PR dapat bertanding bagi mengalahkan BN. Ia adalah satu keputusan yang sangat besar ertinya kepada seluruh pendukung dan penyokong PR pada ketika itu.

Mungkin peristiwa itu sudah menjadi kenangan namun kenangan itulah yang membuktikan sifat keterbukaan Presiden PAS.

Sebagai mengingatkan mereka, Presiden PAS ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sama pada ketika ini yang telah diputuskan hubungan oleh DAP.

Saya memberi sokongan penuh kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana TGHA adalah Presiden saya. Saya percaya TGHA tidak berkecil hati dengan keputusan ini cuma saya bimbang ia akan merugikan DAP.

Terus berjuang! - HARAKAHDAILY 26/3/2015

Penulis ialah Penolong Setiausaha Agung II PAS.

http://m.harakahdaily.net/index.php...13-teringat-hasrat-dap-untuk-guna-lambang-pas
 
Biasala tu.

Mcm peniaga Cina la jugak.

Beras cap masjid la,bihun cap surau la.

Tp,sebenarnya di belakang,semuanya cap sepet.
 
Hati2 jangan sampai ada yang mengambil kesempatan menggunakan lambang parti tertentu. Berpakat berpakat juga, tapi perlu jaga batasan bersama.
 
Back
Top
Log in Register