BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU-13 selepas janji dikotakan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 13 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pilihan raya umum akan dapat diadakan "tidak lama lagi" tetapi menurutnya kerajaan masih perlu membuktikan bahawa pembaharuan ekonomi berjaya memberikan kesan sebenar sebelum bersedia mengembalikan semula kuasa kepada rakyat.

Dalam satu wawancara yang diterbitkan Wall Street Journal hari ini, Najib berkata, secara dasarnya "pilihan raya adalah satu tindakan yang perlu dilakukan berasaskan faktor keyakinan, dan ketika itulah anda melakukannya. Tetapi akhirnya ia adalah suatu keputusan yang mengikut gerak hati.

"Anda boleh memiliki semua tarikh tetapi anda mesti merasakan bahawa inilah masa yang sesuai.

''Saya berharap ia akan menjadi satu masa tepat tidak lama lagi, tetapi kami masih perlu mengotakan janji kami dan ini amat penting kepada rakyat untuk merasakan bahawa pembaharuan yang dijanjikan sebenarnya memberi manfaat kepada mereka," kata beliau.

Dalam wawancara itu, Najib dilaporkan sebagai mengakui bahawa suasana ekonomi global yang merosot terutamanya krisis hutang yang berterusan di Eropah boleh menyukarkan beliau membuat keputusan berhubung bila pilihan raya boleh diadakan.

Laporan itu menyebut ramalan ekonomi yang semakin merudum juga boleh menyebabkan Najib membubarkan Parlimen sekaligus memberi laluan pilihan raya diadakan lebih cepat daripada yang dirancang.

"Namun setakat ini, kami masih agak selesa kerana daripada segi jumlah dagangan yang melibatkan Kesatuan Eropah hanya melibatkan kira-kira sembilan peratus, oleh itu kami tidak begitu terjejas," kata beliau.

"Tetapi kejatuhan zon Eropah atau bentuk bencana lain akan menjejaskan seluruh dunia."

Pilihan raya umum lepas diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Najib berkata, kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang akan meningkatkan usaha untuk menguasai medan politik Malaysia dalam tempoh beberapa bulan ini.

Merujuk keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, sebaik keputusan itu diketahui, "kesemua ketegangan yang menyelubungi perbicaraan itu hilang dan orang ramai kini menyedari bahawa ada perkara lain yang lebih penting daripada hanya isu Anwar."

"Apa yang penting kini ialah kita mesti meneruskan kehidupan," kata beliau dan menyebut tindakan yang diambil untuk menjadikan pilihan raya umum akan datang yang lebih telus
 
kecut perut beb! die tgh servay negara mane d nk lari...
 
sbb tu dilepaskan .... trick x menjadi..
 
baru rasa tertekan....mmg tak blh dan tak nyenyak tidur ni
 
tau plak Anwar bukan isu utama dan ekonomi lagi penting...dah terlambat lah PAK JIB oii...rakyat dah tolak kau dan perompak2 UMNO..
 
tak sabar-sabar aku nk tgk Be end jatuh telengkup
 
teringin nak tgk bn tak memerintah lagi ...

nak suasana baru lak ...
 
mana penjilat amngok xnak komen ke?
 
Back
Top
Log in Register