ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
JELEBU 23 Ogos - Tindakan kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP yang menggunakan tema Bersih untuk sambutan Hari Kebangsaan ke 58 tahun ini dilihat mempunyai niat provokasi melampau.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, tindakan berkenaan disifatkan beliau sebagai tidak kena pada tempatnya dan tidak wajar kerana sambutan itu tidak pernah berlaku dalam tema berbeza.
Malah kata beliau, tindakan berkenaan yang dicadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang pada awalnya membawa tema Bersih telah mengundang kemarahan orang ramai.
“Apa sebenarnya ‘Bersih’? Apabila orang marah tukar pula kepada slogan Bersih Cekap Amanah. Saya hendak nyatakan bahawa kita perlu ada had dan batasan apabila berpolitik dalam negara kita hendak menyambut Hari Kebangsaan.
“Takkanlah dalam kerakusan politik kita pula sanggup melakukan tindakan di luar batasan. Kita ini sehati sejiwa sebagai rakyat Malaysia yang hendak berdepan dan menyambut Hari Kebangsaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Dewan D'Sury dekat Kuala Klawang dekat sini hari ini yang dihadiri oleh Ketua Bahagiannya, Datuk Jalaluddin Alias.
Yang turut hadir, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim serta kepemimpinan sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian berkenaan.
Beliau juga khuatir jika sambutan Hari Kebangsaan juga hendak dipolitikkan maka tidak mustahil rakyat akan berpecah belah biarpun sesuatu itu dilakukan dengan niat baik untuk menghargai usaha yang dilakukan oleh pejuang kemerdekaan.
Kata Hishammuddin, beliau akan meminta pihak Badan Perhubungan UMNO negeri untuk meneruskan tema Sehati Sejiwa bagi tema Hari Kebangsaan kali ini.
Menyentuh mengenai perbarisan sempena Hari Kebangsaan di Pulau Pinang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hishammuddin berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin
“Saya telah memberi mandat kepada beliau untuk membuat keputusan, terserah kepada ATM sama ada menyertai ataupun tidak. Kita tidak mahu berkawad ATM nanti berkawad dalam tema yang berbeza,” katanya.