BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton pertimbang kenaikan harga

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PROTON Holdings Bhd mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit.

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata kenaikan harga tersebut dilihat sebagai situasi industri yang ia perlu dinaikkan untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, kebanyakan daripada bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing.

"Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada vendor kepada kami," katanya.

Abdul Harith berkata Proton sedang menilai struktur harga dan peratusan kenaikan harga akan bergantung kepada model.

Proton berkata bagi mengurangkan kesan yang mempengaruhi keuntungan syarikat sejak Ogos 2015, ia berusaha untuk mengurangkan kos operasi dan menyusun semula operasi, yang mana perlu.

"Penyusutan ringgit terus memberi tekanan kepada Proton di sebalik usaha itu dan memberi kesan kepada industri secara keseluruhan," katanya. - Bernama
 
Naikkan je la. Samakan harga saga blm dgn harga bmw
 
Proton dah tenat sgt, akan buat apa saja yg difikir mungkin dapat panjangkan hayat!
 
harga baru mengalahkan honda
bila dah 2nd hand...lagi murah dr rege motorsikal

..jadi beli je proton 2nd hand...hehehe
 
Nilai wang lemah, harga barang import memang la naik. kereta plak ade cukai jd lg tinggi. patut masa ni la kereta buatan tempatan boleh bg harga lbih murah. Tp yg tempatan pun tersengih2 nak naik gak. Ke nama je kereta tempatan, part import mari?
 
Back
Top
Log in Register