BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prospek atlet terjun di Olimpik 2012

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KEJOHANAN Akuatik Dunia di Shanghai, baru–baru ini boleh diambil sebagai gambaran kepada apa yang akan berlaku pada Sukan Olimpik di London, tahun depan.

China sebagai tuan rumah yang membolot kebanyakan pingat dalam acara yang dipertandingkan telah membuktikan dominasi atlet terjun mereka dalam sukan itu sejak 10 tahun lalu.

Bagi negara-negara lain kecuali Rusia, peserta mereka hanya mampu memenangi satu pingat emas atau pun perak serta gangsa. Penerjun Rusia yang berada di tangga kedua dari segi kutipan pingat iaitu tujuh emas, manakala China unggul dengan 10 emas.

Dominasi penerjun China yang ternyata handal dalam sukan tersebut, telah menyebabkan penerjun-penerjun lain sudah cukup berpuas hati jika mereka sekurang-kurangnya dapat meraih perak atau pun gangsa.

Tom Daley, penerjun England yang merupakan jaguh terjun juga mengakui bahawa terdapat jurang antara dirinya dengan pemenang pingat emas dari negara Tembok Besar itu.

Kejohanan dunia tersebut merupakan medan untuk atlet-atlet yang bertanding mengintai tempat untuk mereka beraksi di kota London pada 2012.

Penerjun negara yang diketuai, Pandelela Rinong dan diikuti oleh Bryan Nickson Lomas telah pun berjaya menempah tiket untuk bertanding ke temasya tersebut.

Daripada empat orang penerjun yang disenaraikan dalam Program Road to London 2012, Leong Mun Yee dan Yeoh Keen Nee masih belum lagi berjaya melayakkan diri. Bagaimanapun, peluang mereka belum tertutup kerana kedua-dua atlet itu masih boleh berbuat demikian pada tahun depan.

Pada Kejohanan Dunia itu, tiada seorang pun penerjun negara yang meraih pingat buat Malaysia. Jurulatih dan juga atlet yang telah layak ke London perlu mempertingkatkan disiplin terjunan masing–masing jika mereka berhajat memenangi pingat pada temasya itu.

Walaupun, Pandelela merupakan penerjun terbaik negara yang disenaraikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pencabar untuk membutirkan pingat emas pertama buat negara.

Tetapi, saya rasa strategi yang lebih berkesan ialah menyediakan atlet kelahiran Sarawak itu beserta rakan-rakannya yang lain dengan teknik terjunan yang lebih kemas, selain mencuba rutin yang lebih rumit.

Sekiranya pasangan penerjun wanita kita dapat melakukan terjunan yang senada dan sekata melalui hasil latihan tubi yang begitu tinggi, saya berpendapat peluang mereka untuk merebut pingat sememangnya cerah.

Apa pun pujian perlu diberikan kepada penerjun–penerjun kita yang telah berjaya meletakkan nama negara di kalangan negara–negara yang mempunyai penerjun terbaik di dunia di belakang penerjun China.

Ini bukan satu usaha yang mudah yang mana pembangunan sukan terjun telah dimulakan pada awal tahun 1990-an lagi dan ia diperkukuhkan melalui Program Jaya ‘98 sehinggalah sekarang.

Namun, kita masih lagi bergantung kepada jurulatih dari China. Usaha mesti dilakukan supaya jurulatih tempatan dikenal pasti dan dilatih untuk terlibat dalam program melatih penerjun baru dalam jumlah yang lebih ramai.
 
Back
Top
Log in Register