eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JOHOR BAHRU - Jika anda menyangka pil ekstasi dihasilkan dengan peralatan canggih dalam makmal, anda tersilap.
Hasil serbuan polis di sebuah rumah di Gerisek, Muar baru-baru ini mendapati proses menghasilkan pil khayal itu tidak ubah seperti membuat kuih raya yang lazimnya dilakukan oleh umat Islam pada bulan Ramadan.
Dalam serbuan itu, polis bukan sahaja menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya yang berusia 23 tahun tetapi juga peralatan yang digunakan seperti mesin pengisar, loyang mengayak tepung serta bahan perisa epal hijau, mangga dan oren.
Hasil serbuan tersebut membantu polis membuat dua lagi tangkapan membabitkan seorang lelaki berusia 49 tahun di Sungai Mati, Ledang pada awal pagi Jumaat lalu dan seorang wanita warga China berumur 31 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Saujana, Muar dua jam kemudian.