BTC USD 84,170.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proses agihan kerusi PN lancar, mudah

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261

Tuan Ibrahim mendengar penerangan mengenai lokasi cadangan pembinaan loji rawatan kumbahan serantau selepas merasmikan Karnival KASA 2022 @Kubang Kerian Sejahtera di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris
Tuan Ibrahim mendengar penerangan mengenai lokasi cadangan pembinaan loji rawatan kumbahan serantau selepas merasmikan Karnival KASA 2022 @Kubang Kerian Sejahtera di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris​





KOTA BHARU: Proses agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlaku dengan mudah serta lancar dan pengisytiharan calon akan dibuat di negeri masing-masing.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pemilihan calon juga tidak memperlihatkan berlakunya perebutan namun tidak menafikan ada beberapa pertindihan dan masalah itu sudah diangkat kepada pimpinan tertinggi.

Beliau berkata, keputusan yang dimuktamadkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dicapai dalam situasi saling menghormati malah masing-masing bersedia memberi laluan bergantung kepada kekuatan parti.

"Semalam kita sudah selesai isu agihan kerusi dengan parti komponen di semenanjung, begitu juga di Sabah dan Sarawak, secara keseluruhan, agihan kerusi kita mudah, sangat mudah.

"Ada kawasan yang BERSATU fikir kalau letak calon PAS boleh menang, BERSATU beri kepada PAS dan ada juga kawasan yang PAS fikir kalau kerusi ni PAS bertanding payah menang, tapi calon berpotensi, kita beri kepada BERSATU, jadi pengagihan kerusi sangat mudah dan berjalan baik.

"Hanya ada beberapa sahaja kerusi yang bertindih tak boleh diselesaikan oleh jawatankuasa dan kita sudah angkat kepada presiden," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sokongan pengundi, Tuan Ibrahim berkata, tumpuan partinya kini adalah untuk melihat sokongan PN ke seluruh negara dan menyifatkan maklum balas yang diterima adalah positif.

Beliau menganggap PN adalah tawaran baharu kepada rakyat untuk menikmati masa depan yang lebih baik.

"Sekarang ini tumpuan kita untuk melihat sokongan PN ke seluruh negara dan saya tengok moodnya sangat positif.

"Alhamdulillah, saya turun di mana-mana pun dari segi sambutan orang ramai, anak muda sesetengah anak muda (sudah) bosan dengan kes rasuah, mahkamah, kes kegagalan 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH).

"Rakyat sudah merasai 22 bulan yang memeritkan di bawah PH dan kita harapkan PN ialah tawaran baharu kepada rakyat kita untuk lihat masa depan negara kita," katanya.

Terdahulu Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), hadir merasmikan Karnival KASA 2022 @Kubang Kerian Sejahtera di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini.
 
Pengumuman itu diiringi sorakan dan laungan "calon tempatan" oleh hadirin, dalam satu acara di Sepang malam ini. https://cstu.io/4b2bbc

1667240859880.png



Rina sah bertanding di Sepang


Diterbitkan: Oct 31, 2022 11:32 PM
⋅
Dikemaskini: 11:55 PM




Penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa Rina Harun sah tidak akan mempertahankan kerusi itu, sebaliknya akan bertanding di Sepang pada PRU15.

Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam satu acara di Sepang, malam ini.

Sorakan dan laungan "calon tempatan" mengiringi Rina ketika dia naik pentas apabila namanya dipanggil Muhyiddin.
Rina yang juga ketua Srikandi Bersatu dijangka akan berdepan seorang lagi ketua sayap wanita, iaitu Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu.




Rina bukanlah asing di kerusi Parlimen itu apabila pernah menjadi ketua puteri Umno Sepang sebelum menyertai Bersatu.

Kerusi Parlimen Sepang disandang oleh Hanipa Maidin sejak 2013. Dia bagaimanapun tidak dicalonkan oleh Amanah pada PRU kali ini.
 
Pengumuman itu diiringi sorakan dan laungan "calon tempatan" oleh hadirin, dalam satu acara di Sepang malam ini. https://cstu.io/4b2bbc

1667240859880.png



Rina sah bertanding di Sepang


Diterbitkan: Oct 31, 2022 11:32 PM
⋅
Dikemaskini: 11:55 PM




Penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa Rina Harun sah tidak akan mempertahankan kerusi itu, sebaliknya akan bertanding di Sepang pada PRU15.

Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam satu acara di Sepang, malam ini.

Sorakan dan laungan "calon tempatan" mengiringi Rina ketika dia naik pentas apabila namanya dipanggil Muhyiddin.
Rina yang juga ketua Srikandi Bersatu dijangka akan berdepan seorang lagi ketua sayap wanita, iaitu Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu.




Rina bukanlah asing di kerusi Parlimen itu apabila pernah menjadi ketua puteri Umno Sepang sebelum menyertai Bersatu.

Kerusi Parlimen Sepang disandang oleh Hanipa Maidin sejak 2013. Dia bagaimanapun tidak dicalonkan oleh Amanah pada PRU kali ini.
Maknanya sireh pulang ke ganggan la kan....peluang menang memang ada la mcm tu
 
Gabungan pimpinan Muhyiddin Yassin dijangka tanding semua kerusi parlimen di Semenanjung serta tiga di Sarawak.

Perikatan tanding 168 kerusi, kata sumber​


Dikemas kini 3 jam yang lalu · Diterbitkan pada 1 Nov 2022 11:00AM · 0 Komen

perikatan_nasional-4__full_(1)__full__full.jpeg
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman senarai calonnya yang akan bertanding pada PRU15 malam ini. – Gambar fail The Malaysian Insight 1 November, 2022.

PERIKATAN Nasional (PN) akan bertanding semua kerusi Parlimen di Semenanjung serta tiga kerusi di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang senarai calonnya akan diumumkan pada malam ini, kata sumber parti.

Pengumuman akan dibuat oleh pengerusi PN Muhyiddin Yassin di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, 8 malam ini.

Majlis pengumuman calon PN kebetulan berjalan serentak dengan majlis sama bagi Barisan Nasional (BN) yang akan berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

“Kita sudah muktamadkan pembahagian kerusi (minggu lepas). Selesai. PN akan tanding 168 kerusi, termasuk tiga di Sarawak,” kata sumber gabungan yang maklum mengenai proses rundingan kerusi.


The Malaysian Insight juga difahamkan Bersatu diberi tanggungjawab bertanding 85 kerusi, PAS 63, dan Gerakan 20.

“Ada sebahagian kerusi Bersatu melibatkan calon bukan Melayu daripada sayap bersekutu,” tambah sumber.

Minggu lalu, Muhyiddin memberitahu wartawan pembahagian kerusi antara parti dalam PN serta pelantikan calon gabungan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dimuktamadkan pada 27 Oktober.

Beliau juga berkata PN hanya bertanding lebih kurang 75% daripada 222 kerusi Parlimen.

Sejak minggu lalu, Muhyiddin juga sudah mengumumkan beberapa calon gabungan itu antaranya tiga bekas menteri iaitu Radzi Jidin (Putrajaya), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan malam tadi, Rina Harun (Sepang).


radzi_jidin_280421_tmiseth_02__full.jpg
Radzi Jidin merupakan salah seorang calon Perikatan Nasional yang akan bertanding di Putrajaya pada PRU15 akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight 1 November, 2022.
Sarawak

Dalam pada itu menurut sumber tiga kerusi di Sarawak yang akan PN tandingi ialah Saratok dan Bintulu dengan calon dari Bersatu, sementara Batang Lupar akan ditandingi oleh PAS.

Minggu lalu, The Malaysian Insight melaporkan penyandang Saratok Ali Biju akan mempertahankan kerusi majoriti Iban itu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2018 sebagai calon Pakatan Harapan.

Ketua Bersatu Bintulu Duke Janteng juga baru-baru menyatakan kesediaan jika diberi peluang bertanding mewakili PN, lapor media di Sarawak.

Keputusan bertanding di Saratok dan Bintulu khususnya akan menyebabkan PN bertembung dengan Parti Demokratik Progresif (PDP) pimpinan Tiong King Sing yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dua kerusi itu selama ini ditandingi oleh PDP. Tiong juga penyandang kerusi Parlimen Bintulu.

PDP juga pernah menawarkan Ali menyertai mereka dan bertanding atas tiket GPS namun beliau menolak, lapor media.

PAS Sarawak pula sebelum ini mengumumkan mahu bertanding lima kerusi pada PRU15 iaitu Petra Jaya, Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, dan Sibuti.

“PAS akan tanding Batang Lupar,” kata sumber.

Batang Lupar merupakan kerusi majoriti Bumiputera Muslim yang merupakan hampir 70% pengundi. Satu daripada tiga kerusi negeri bawahnya iaitu Beting Maro dianggap kubu kuat PAS di Sarawak.

49933794646_7a64f417f6_b.jpg
Penyandang Saratok Ali Biju akan mempertahankan kerusi majoriti Iban itu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2018 sebagai calon Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insight 1 November, 2022.
Sabah

Sementara itu, senarai kerusi yang akan diumum malam ini tidak termasuk 25 kerusi Parlimen di Sabah yang akan ditandingi sebahagiannya oleh komponen PN di negeri itu atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Selain Bersatu, SAPP dan Star daripada PN, GRS juga dianggotai PBS dan Usno.

Semasa lawatannya ke Kota Kinabalu pada 12 Oktober Muhyiddin berkata kemenangan Bersatu di Sabah nanti adalah kerusi PN kerana ia sebahagian daripada gabungan itu di Semenanjung.

“Itu persefahaman yang sudah dicapai, tiada isu atau masalah dalam soal itu,” katanya sambil memperakui kerjasama politik yang unik di Sabah berbanding di peringkat persekutuan.

PN juga mencapai kata sepakat untuk memakai simbol gabungan itu di seluruh Semenanjung kecuali di Kelantan dan Terengganu yang akan menggunakan lambang PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon 5 November ini dengan tempoh kempen 14 hari.

Hampir 21.1 juta pengundi termasuk 7.8 juta pengundi baharu akan memilih pada 19 November. – 1 November, 2022.
 
06:54 PM

Pengerusi PN, MuhyiddinYassin akan umum calon PRU15 bg gabungan parti itu malam ini di Mitec. Kru Astro AWANI, Rahimah Abdullah dan Mohd Airulrezal ada di lokasi.

1667303489126.png

1667303501401.png
 
[MOJO LIVE] Perkembangan terkini pengumuman calon Perikatan Nasional pada PRU15 di Kuala Lumpur, lapor wartawan Sinar Harian, Hazwan Mokhtar dan Fahiz Ariff.

 
Back
Top
Log in Register