BTC USD 83,450.9 Gold USD 4,163.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Prononton

Henti penggunaan produk tradisional Pronoton

UALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya berhenti menggunakan produk tradisional “Pronoton” kerana ia mengandungi racun berjadual “analog sildenafil” yang tidak dibenarkan bagi ubat tradisional.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman, berkata pendaftaran produk itu sudah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

“Ubat yang mengandungi sildenafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dengan preksripsi doktor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Eisah berkata penggunaan produk tradisional mengandungi sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain.

"Sesiapa yang masih mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaanya dengan serta-merta," katanya.

Beliau berkata, pemilikan untuk jualan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Bagi syarikat, ia boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya. - Bernama

p/s:: ... any komen???.....:-? :-? :-?
 
la ni ok dah ker
sapa leh sahkan??
sbb la ni depa buat road tour satu malaya menerangkan apa yg terjadi
dngar kata bahan ge;atin tu yg ada racun..yg cover dia tu laaa
tp rasa mcm depa nk cover je..ish..ishhh
leh saman tak???
jom pakat2 saman
 
masih lagi menunggu jawapan dari org yg dok proma duu2
hehehe
mana pi menghilang nie
 
Sorry....

masih lagi menunggu jawapan dari org yg dok proma duu2
hehehe
mana pi menghilang nie

Salam semua,

Hehe...sori bro, lama menghilang...baru subsribe internet...pindah rumah... skang pakai wireless baru senang...

ok, mengikut org HQ MayFirst, mereka akan reapply balik lesen dari KKM dan produk PRONOTON ini akan diperbaharui...dan pihak MayFirst juga akan memperketatkan lagi QC terhadap syarikat yg memproses produknya pada masa hadapan...... sekiranya ada produk baru nnt, aku akan menjelaskan lebih lanjut akan khasiatnya nnt dan sudah pasti pihak MayFirst akan lebih berhati-hati terhadap mutu dan tahap keaselamatan produknya nnt demi menjaga nama baiknya....

ps: jualan pronoton/andromexx telah aku hentikan dilaman web aku sementara waktu...kpd pelanggan setia aku yg dihargai, tunggu pelancaran produk baru yg lebih hebat...harap bersabar dan minta maaf banyak2....
 
tn_vco31_m.jpg

RM70? mahal bro..
 
pronoton jangan makan bahaya woooo.... kalau udah tidak keras nanya bro!!!
 
Back
Top
Log in Register