BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Promosi hidroponik

ann86

Junior Member
Messages
75
Joined
Jan 4, 2009
Messages
75
Reaction score
0
Points
6
Lagi promosi untuk hidroponik

PAKEJ PROMOSI SEKOLAH (RM450)

Harga jualan kami di pasaran adalah RM45 setiap set.
  • Set kazzponik adalah:
  • Takung Hidroponik
  • Penutup Polisterin
  • Bakul media
  • Benang
  • Baja Hidroponik

PAKEJ RM450 = 10 set hidroponik

CD penanaman tentang hidroponik
Pamphlet

PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA (semenanjung sahaja)

Untuk maklumat hubungi
En Ramiz 019-7546867
Cik Ain 017-3058353

KAZZ MARKETING
 
PROSPEK HIDROPONIK DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN


PENGENALAN

Hidroponik berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos yang bermaksud bekerja. Ia adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini hanya menggunakan air dan larutan nutrien atau baja khas sebagai agen utama untuk pertumbuhan.

Produk syarikat KAZZPONIC adalah kaedah penanaman hidroponik tanpa pum atau dikenali sebagai hidroponik pasif. Ia tidak melibatkan penggunaan kos yang tinggi, oleh itu ia sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat usia atau sesiapapun.

Dalam aspek institusi pendidikan ini, hidroponik dapat memberi banyak peluang-peluang dan juga faedah-faedah yang dapat dimanfaatkan oleh pelopor-pelopor pendidikan. Terutama sekali kepada pihak sekolah iaitu para guru dan pelajar. Berikut adalah prospek penting yang dapat dimanfaatkan dan juga peluang yang akan diperolehi dalam bidang pertanian hidroponik.


1. HIDROPONIK SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN

Di sekolah konsep penanaman hidroponik boleh dijadikan sebagai medium pembelajaran atau alat bantuan mengajar. Sebagai contoh hidroponik boleh diterapkan dalam mata pelajaran elektif iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu dan Sains Pertanian di sekolah-sekolah. Kebanyakan mata pelajaran di sekolah lebih kepada penggunaan teori pembelajaran berbanding dengan latihan elektif iaitu yang berkaitan dengan kemahiran. Kemahiran penting bagi membantu pelajar mempraktikkan teori yang dibelajar dalam sudut kemahiran mereka sendiri.

Oleh itu konsep penanaman hidroponik ini sesuai untuk melahirkan kemahiran para pelajar dalam bidang penting dalam negara iaitu pertanian. Adalah di syorkan setiap seorang pelajar dibekalkan dengan 1 set hidroponik. KENAPA?

Sebabnya ia dapat melahirkan rasa keinginan dan tanggungjawab pelajar tersebut terhadap tanaman yang dilakukan. Di sini para guru lebih mudah untuk mengajar pelajar tersebut secara lebih berkesan dan mereka berusaha untuk menghasilkan tanaman yang terbaik berbanding pelajar lain.

2. PENJIMATAN KOS

Kos merupaka. satu elemen penting yang akan dititikberatkan oleh mana-mana individu. Dari segi penjimatan kos memang tidak dapat dinafikan bahawa Kazzponic adalah yang terbaik. 1 set hidroponik yang dikeluarkan oleh KAZZPONIC hanya berharga RM45. Kos ini adalah murah tetapi ia amat menguntungkan, praktikal dan menjimatkan. Apa yang pihak sekolah akan perolehi adalah:

- Kos permulaan yang murah tapi manfaat untuk semua
- Penjimatan ruang penggunaan tanah dan kawasan
- Penjimatan tenaga berbanding penanaman di tanah
- Kurang serangga makhluk perosak
- Bersih dan bebas dari semburan racun

3. PENGHASILAN PENDAPATAN

Hidroponik dapat membantu pihak sekolah untk mencari dan menambah pendapatan sekolah atau dana bagi pihak sekolah. Pendapatan dapat diperolehi daripada hasil penjualan tanaman (sayuran) ke kantin sekolah, guru-guru atau orang perseorangan. Hasil penjualan boleh diserap kedalam tabung PIBG sekolah atau di gunakan sebagai dana pelaburan untuk projek pertanian lebih besar dan digunakan dalam merangka pembangunan sekolah dan aktiviti yang dapat memanfaatkan pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar.

Pihak sekolah boleh mewujudkan koperasi pertanian bagi menguruskan aktiviti penjualan yang akan dikendalikan oleh pelajar sekolah yang akan dipantau oleh guru yang telah dilantik sebagai ketua. Dengan penubuhan koperasi pertanian di sekolah yang di sertai oleh para pelajar ia dapat membantu melahirkan sifat keusahawanan dalam diri pelajar dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan urusan perniagaan. Ia dapat membantu pihak sekolah melahirkan ushawan pelajar yang berjaya dalam usia yang muda.

4. PENJIMATAN KAWASAN PERTANIAN
Penanaman hidroponik tidak memerlukan kawasan pertanian yang besar. Bagi sekolah yang mempunyai konstrin kawasan ia bukan sesuatu masalah untuk menceburi aktiviti pertanian. Berbanding penanaman di tanah, ia memerlukan kawasan yang luas. Andai kata seorang pelajar diberi satu batas untuk menanam sayuran. Jika 10 ke 20 pelajar kan dah banyak kawasan yang digunakan. Maka ia akan menyebabkan ada pelajar yang terpaksa berkongsi batas. Jadi set hidroponik ini dapat menjimatkan kawasan pertanian di sekolah. Para pelajar dapat menanaman sayuran tanpa memerlukan kawasan yang besar dan memudahkan proses penanaman sayuran.

5. LANDSKAP

Pastinya sekolah mahukan permandangan yang indah dan cantik.. suasana kehijauan dengan tanaman yang segar. Semua itu bukan mustahil. Set hidroponik bukan sahaja sesuai untuk tanaman sayuran tetapi juga sesuai untuk bunga-bungaan. Menggunakan air bukan satu masalah. Serangan nyamuk dapat di atasi dengan meletakkan ikan hiasan sebagai penyeri dan juga penghalau nyamuk. pastinya tiada nyamuk.

Selain lanskap bertemakan bunga-bungaan, pihak sekolah boleh membuat landskap contohnya. HYDROPONIC GARDEN dimana landskap tanaman sayuran. Seolah olah saranan kerajaan dalam konsep EDIBLE GARDEN. Ini pasti akan menambahkan seri sekolah dengan landskap yang menggunakan sayuran sebagai penyeri sekolah.

6. ADAPTASI TEKNOLOGI TERBARU.

Sekolah adalah medan dimana pelajar menuntut ilmu. Dan guru-guru adalah pengajar yang menurunkan seberapa banyak ilmu berguna kepada pelajar. Dengan teknologi penanaman hidroponik ini guru-guru boleh mengajar para pelajar tentang revolusi pertanian moden yang berkonsepkan Hidroponic yang dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tanah dan juga sebagai tempat permulaan pembelajaran dalam bidang keusahawanan dan pertanian moden. Penggunaan teknologi atau kaedah terbaru ini bukan sahaja memudahkan malah sesuatu yang berguna untuk manusia di masa hadapan yang belum tentu terjamin

Ilmu ini harus dikembangkan dan para guru adalah orang yang paling sesuai untuk memberi penerangan tentang pemnbelajaran sistem hidroponik.

7. MONITOR PERKEMBANGAN PELAJAR DENGAN LEBIH BERKESAN

Dari sudut pemantauan perkembangan pelajar dalam aktiviti penanaman hidroponik ini, ia adalah lebih berkesan. Ini adalah kerana, apabila setiap pelajar di beri satu set hidroponik, dia akan menjalankan aktiviti tanaman itu sendiri tanpa peprlu berkongsi dengan pelajar lain. Secara tidak langsung prestasi pelajar dapat diukur secara individu.

Jika mereka berkongsi, mungkin ada sebarang masalah yang timbul misalannya tanaman tidak jadi atau salah seorang dari mereka tidak mengikut procedur yang telah ditetapkan. Jadi, ia akan menukarkan untuk menilai prestasi pelajar itu sendiri.

8. MENGADAKAN KURSUS ATAU SEMINAR UNTUK PELAJAR DAN GURU

Pihak Kazzponic akan datang ke sekolah untuk mengadakan kursus atau seminar berkaitan pertanian hidroponik untuk mendedahkan para pelajar dan guru-guru serta kakitangan sekolah tentang konsep penanaman hidroponik dengan lebuh berkesan. Dengan adanya kurfsus dan seminar ini para pelajar dan guru akan lebih terdedah kepada konsep hidroponik dengan lebih mendalam dan mahir.

9. BOLEH MENDIDIK PELAJAR KEARAH ”KEMPEN BUMI HIJAU”

Program Bumi Hijau adalah program yang disarankan oleh kerajaan untuk menggalakkan orang ramai melibatkan diri dengan amalan bercucuk tanam (sayur-sayuran atau ulam-ulaman) dan menternak (ayam kampung atau ikan keli dalam kanvas) di sekitar kediaman mereka (rumah pangsapuri, rumah teres, sekolah atau rumah kampung). Konsep program ini adalah bercucuk tanam disamping menghias persekitaran rumah dengan tanaman yang boleh dimakan (konsep edible landscape atau kitchen garden).

Program Bumi Hijau Ini bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia malah seluruh dunia dalam usaha untuk menjadikan bumi dipenuhi kehijauan semula. Masalah pencemaran yang sedang meruncing dapat diatasi dengan menghijaukan kawasan sekolah contohnya. Kawasan sekolah yang tidak diliputi dengan tumbuhan hijau akan mengurangkan kadar oksigen. Menurut kajian NASA kawasan yang meliputi hampir keseluruhan dengan konkrit terdedah kepada sindrom bangunan sakit iaitu sick building. Sindrom ini berlaku dimana bahan- bahan binaan dan plastic lama kelamaan akan mengeluarkan asid yang akan mencemarkan udara. Jika konsep hidroponik dapat dijalankan di sekolah kadar pencemaran udara dapat dilkurangkan kerana tumbuhan akan mengeluarkan oksigen dan udara yang bersih serta menyerap toksd yang ada di persekitaran sekolah.

Keadaan ini akan menambah kualiti udara di sekolah dan kesihatan para pelajar dan guru akan lebih terjamin.

10. KESEDARAN TERHADAP KESIHATAN PELAJAR DAN KELUARGA.

Kesihatan yang baik adalah kunci utama dalam kehidupan manusia. Kesihatan yang baik membantu manusia untuk terus menjalankan aktiviti harian dengan lebih teratur dan berkesan. Hidroponik ini adalah kaedah penanaman yan sihat. Buktinya sayuran hidroponik tidak mengandungi bahan pencemar. Kualiti sayuran juga adalah tinggi. Ini adalah kerana penanaman hidroponik tidak memerlukan semburan racun perosak atau pengawetan sayuran yang kebanyakan dilakukan sesetengah peniaga sayuran di pasar.

Pihak sekolah boleh menanam sayuran hidroponik dan membekalkannya ke kantin sekolah. Sayuran hidroponik ini adalah lebih berasih berbanding sayuran yang di beli dipasar. Secara tidak langsung fenomena pencemaran makanan di sekolah dapat dikurangkan kerana penggunaan sayuran yang bersih.

Kesihatan para pelajar juga penting kerana sayuran adalah penting dalam pertumbuhan dan perkembangan minda para pelajar. Dengan mempunyai kesihatan yang baik dan mind yang sihat para pelajar dapat menum[ukan perhatian kepada proses pembelajaran dengan lebih berkesan.
 
Back
Top
Log in Register