BTC USD 107,300 Gold USD 3,357.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Promosi diskaun tiket kapalterbang MAS Oktober-Disember 2023!

Fly to Bangkok from MYR746​

Book before 31st December 2023.

Thailand’s capital has an incredible variety of attractions. Marvel at opulent palaces and temples; savour gourmet meals or chow down on tasty street food; shop at high-end stores or haggle for amazing bargains; enjoy its vibrant nightlife and recover at a serene spa retreat. With everything for everyone at every price point; it’s little wonder that Bangkok is one of the world’s most popular tourist destinations. Book a flight to Bangkok now and experience Malaysian Hospitality on your journey.

==> CLICK HERE TO BOOK YOUR TICKETS <==
 
Sponsored Post

Fly to Langkawi from MYR218​

Book before 31st December 2023.
Langkawi is known as the "Jewel of Kedah" and is a UNESCO World Heritage Site. Explore the lush jungles and look out for impressive wildlife. Enjoy great dining options at local pubs and night markets. Shop for duty-free souvenirs to bring back for friends. Book a flight to Langkawi and experience Malaysian Hospitality.

==> BOOK HERE <==



Fly to Kota Kinabalu from MYR424​

Book before 31st December 2023.

Kota Kinabalu is Sabah's capital city, where old-school charm meets modern city vibes. Hike up to Mount Kinabalu for breathtaking views or go island hopping at Tunku Abdul Rahman Park. Book a flight to Kota Kinabalu and experience Malaysian Hospitality.

==> BOOK HERE <==

Modal RM1,000 boleh bercuti di Langkawi atau Hatyai?​

Pulau-Langkawi-re.jpg
BIJAK menguruskan perbelanjaan membolehkan anda pergi melancong sama ke Langkawi atau Hatyai, Thailand.
  • Oleh Imran Mohamad Nor
  • 8 November 2023, 4:00 pm
ALOR SETAR: Percaya atau tidak, dengan modal RM1,000 anda boleh bercuti di Langkawi atau Hatyai.
Utusan Malaysia membuat perbandingan mengenai kos kasar bagi sebuah keluarga bersama orang tiga anak untuk bercuti selama tiga hari dua malam.

Dalam perbandingan ini, kos perjalanan hanya diambil kira bermula dari Alor Setar atau Perlis walaupun pelancong berasal dari Johor, Pahang atau Lembah Klang agar perbezaan perbelanjaan ke Hatyai atau Langkawi dapat dibuat.
Bagi sepasang suami isteri yang menaiki feri dari Kuala Perlis bersama tiga anak mereka berusia bawah 12 tahun, sebanyak RM180 diperlukan untuk perjalanan dua hala dan tambahan kira-kira RM49 diperlukan jika memilih Jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi.

Selepas itu, kenderaan mereka yang diletakkan di parkir kedua-dua jeti tersebut dicaj antara RM10 ke RM15 per hari. Kemudian apabila sampai di Terminal Feri Pulau Langkawi, mereka perlu menyewa kenderaan sebagai pengangkutan untuk mengelilingi pulau legenda itu.

Misalnya jika menyewa kenderaan yang paling kecil ditawarkan iaitu Perodua Axia, caj antara RM100 ke RM120 dikenakan sehari pada waktu kemuncak atau sepanjang cuti umum dan cuti persekolahan.

Bagi keluarga kecil mungkin mereka tidak berdepan masalah untuk menyewa Perodua Axia dan kos akan semakin meningkat sekiranya memerlukan kenderaan lebih besar untuk keselesaan sepanjang bercuti bagi yang memiliki anak-anak berusia remaja.

Walaupun mempunyai pilihan untuk membawa masuk kenderaan sendiri ke Pulau Langkawi, perbezaan harga dengan feri penumpang tidak terlalu banyak iaitu RM478.90 bagi sebuah kereta sedan 1500cc termasuk empat tiket penumpang.

Setelah selesai bab kenderaan termasuk mengisi petrol RM50 jika menyewa, proses seterusnya adalah menuju ke hotel penginapan yang mengambil kira bilik keluarga bagi kategori sederhana antara RM180 ke RM250 per malam.

Perbelanjaan setakat itu sahaja sudah melebihi RM500 yang belum dicampur dengan kos makanan, memasuki tempat tarikan utama atau berbelanja barangan seperti coklat, pinggan mangkuk dan kain batik.

Berbanding ke Hatyai atau Satun di Thailand, modal perjalanan lebih banyak dijimatkan antaranya tiada kos membawa masuk kenderaan kecuali insuran wajib yang hanya berharga puluhan ringgit bagi tempoh sembilan hari dan bayaran pemandu serta penumpang yang hanya sekitar puluhan baht.

Jika memilih menaiki kereta api dari Padang Besar, Perlis pula harga tambangnya hanya RM8 sehala ke Stesen Keretapi Hatyai bagi setiap penumpang dan menginap di hotel sekitar pekan itu yang berjarak lingkungan lima kilometer.

Hatyai umpamanya menawarkan banyak pilihan hotel sekitar RM150 per malam bagi bilik kategori keluarga dengan penyediaan sarapan pagi serta kemudahan van transit ke stesen kereta api atau stesen bas selain banyak restoran atau gerai makan dengan harga berbaloi.

Maka melihat kepada kadar perbezaan kos antara kedua-dua lokasi itu, tidak mustahil Hatyai akan terus menjadi pilihan pelancong Malaysia untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan berbanding ke Langkawi.

Walaupun ada pihak yang menyatakan tidak adil membuat perbandingan antara kedua-dua lokasi itu kerana faktor Langkawi sebagai sebuah pulau dan Hatyai bersambungan jalan darat dari Malaysia, tetapi itulah realiti yang berlaku hari ini apabila ramai lebih memilih negara jiran. – UTUSAN

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register