BTC USD 80,308.4 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek final

Kalau nak cari cara yang lebih mudah memandangkan pendekatan menggunakan microcontroller agak mengelirukan, alternatif yang lain adalah mengunakan PC, atau laptop lama yang ada parallel port (printer port 25 pin), atau membeli usb to parallel adapter (kena adapter true parallel, yang beli kat lowyat tu belum tentu boleh pakai)
Contoh: http://www-user.tu-chemnitz.de/~heha/bastelecke/Rund um den PC/USB2LPT/ul-16.htm.en

Kemudian beli kereta mainan paling murah yang dijual (kat giant ada jual dalam RM25-30), leraikan remote control. Dalam remote control tu ada 2 joystick yang disambung kepada dua set H-Bridge (model kereta yang murah akan pakai h-bridge, model yang mahal akan pakai potentiometer). satu H-bridge untuk gerakkan depan-belakang, satu lagi untuk kiri kanan.
untuk memahami H-bridge boleh searh google.

Sebenarnya h-bridge ini adalah suis semata-mata, nak terangkan fungsi h-bridge ni susah melalui ayat-ayat, maka eloklah leraikan dulu remote control tu dan lihat bagaimana gerakkan joystick akan trigger setiap H-bridge.

Lepas tu baca dan fahami artikel nie: Panduan Asas Kawalan Komponen / Peranti Menggunakan Komputer Peribadi (PC)

Dalam contoh artikel di atas, komputer digunakan untuk trigger penyalaan LED (melalui perallel port), apa yang perlu dilakukan adalah gantikan LED dlm contoh diatas dengan transistor (contohnya transistor NPN, BFY51). Transistor ni kemudiannya perlu disambung kepada h-bridge tu tadi. Sejumlah 4 transistor diperlukan. Bagai mana nak disambung? Boleh buat carian google "transistor switching","transistor as switch", dan seangkatan dengannya

Selesai disambung, kena fahami pula teknik pengaturcaraan dan cara mengunakan DLL yang dikenali sebagai inpout.dll (juga boleh dirujuk di artikel di atas).

Kemudian perlu tulis perisian (sama ada dalam VB, MS Excel dsb) untuk capture keyspress event / keydown event(juga boleh di google) dan output keyspress event / keydown event tersebut ke parallel port.

Selesai semua di atas barulah kereta tersebut boleh dikawal dengan komputer.


Kunci rekaan ni kena rajin menyelongkar, mengodek, dan trial and error.. maaf kerana agak sukar untuk berikan segala butiran terperinci di sini.
 
nk kawal keta tu dgn manual...skrg dh dpt dh software yg control keta (gerakkan depan, belakang, kiri, kanan)...cuma skrg x tau nk smbg laptop ke keta tu...ad ape2 alat x bro?

pasal camera tu dh beli...wayerless camera..dy bagi wayer yg smbg ke tv je..so tya ad x converter av ke usb atau vga...satu lg software utk view gambar tu kat laptop...tq


oo..aku guna ni TT utk view av wireless FPV jet.
http://www.lelong.com.my/easycap-dc...pture-adapter-card-X310860-2007-01-Sale-I.htm

harap mbantu...
 
Boleh tapi kena guna sistem penguat frequacy yg tinggi...

Dulu masa projek group final exam...kitaorg ada buat,...untuk 200meter punya kekuatan kawalan frequancy 80dbi, 6 channel splitter, guna teknologi walkie talkie...kuat dah tu..

Kereta tu siap ader kamera lagi....berapa kitaorang habis..,siap beli kereta RC lagi = RM$800

Kereta tu bergerak ikut programming langtitue & altitude yg kita masukkan secaa logaritma...x..y factor punya basic module

jauh gak tu leh control kete tu...bleh trangkan sket x bro psal programming yg diguna...
 
Back
Top
Log in Register