BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Bandar Selamat di Sendayan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Jaafar (tengah) ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media, semalam.​

SEREMBAN - Bagi menjadikan Seri Sendayan sebagai sebuah bandar selamat, polis berusaha menjalinkan kerjasama dengan pemaju kawasan itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Yusof berkata, Sendayan merupakan salah satu tempat tumpuan pelabur asing dan pembangunan kian pesat di kawasan itu.

Beliau berkata, polis kini sedang merancang projek Bandar Selamat di Sendayan bagi mewujudkan keharmonian dan membanteras aktiviti jenayah.

"Pelbagai usaha pencegahan kita lakukan, termasuk mengadakan jalinan kerjasama antara polis dan pengawal keselamatan di kawasan perumahan, bagi mencegah jenayah.

"Selain itu, kita turut mengadakan sekatan jalan raya dan pemantauan melalui rondaan secara berkala di kawasan tumpuan.

"Alhamdulillah, dengan cara yang proaktif ini, kita dapat mengawal kegiatan jenayah di Seri Sendayan sehingga berjaya menurunkan 68 peratus kegiatan pecah rumah di kawasan perumahan di situ," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Jaafar berkata, kejayaan paling ketara apabila polis turut berjaya menurunkan 70 peratus kegiatan pecah rumah di siang hari, yang mana sebelum ini kerap berlaku, berikutan pemilik rumah bekerja di Kuala Lumpur.

Menurutnya, polis juga berharap kerjasama daripada pemaju untuk menggunakan segala kemudahan gajet yang ada di situ seperti kamera litar tertutup, bagi memudahkan mereka mengawal keselamatan.

"Kita yakin, dengan projek ini ditambah pula dengan perancangan strategi yang mantap, kita dapat mengawal jenayah di kawasan ini dengan lebih baik," katanya.
 
Back
Top
Log in Register