Programming ni orang computer science buat, orang IT buat, orang engineering pun buat..
aku dulu masa matrix layan C++.. amik degree, layan C, pastu baru C++ and PROLOG... Masa aku final year, aku amik upah buat assignment budak engineering, Guna VB, belajar sendiri.. Lepas grad, dapat keje ngan fakulti aku. Aku kena mengajar C++, java, PHP & assembly language.. pastu aku tukar keje, aku guna VB.Net, C# pulak.. Kemudian aku tak buat programming 3 tahun.. Sekarang buat programming suka2 je..
Untuk language, bagi aku guna la yang kita suka, baru hati happy..
lama gila tak dengar orang sebut PROLOG...
setiap bahasa ada falsafah dan konsepnya sendiri
C - High Level yang cuba untuk tak jauh dari assembly, makanya powerful (dari segi memanipulasi sistem) tapi bila masuk tahap kerumitan yang tinggi (dalam memodelkan masalah) ia agak terhad.
C++ - C yang Object Oriented.
Java - Cross platform, berasaskan dari C++ (makanya object oriented)
VBasic - Mudah, ringkas, nak buat apa pun cepat (tapi tak power, hampir semua 'control' yang dibina untuk dipakai dalam VBasic dibuat menggunakan C/C++) dan perlahan jika tuntutan prestasi adalah tinggi.
Python - Pantas kerana librarynya yang penuh dgn penyelesaian kerana falsafahnya adalah "setiap masalah harus hanya ada satu penyelesaian iaitu yang terbaik". Maka bagi kebanyakan masalah sudah disediakan penyelesaian.
Ruby - mudah dan cepat sama macam Python, tapi Ruby lebih baru. Bila ada pulak Ruby on Rail (RoR) ia jadi lagi mudah macam VBasic, tapi on lower level (lebih baik).
PHP - sama macam C++ tapi untuk server side Web application, beza hanya pada API dan library, ia pada pada scripting language.
Cobol - Bahasa lama untuk bisnes.
Prolog - Untuk AI dan Matematik
bla bla bla....
tapi bahasa yang paling gempak adalah
Brainf*ck
sepatutnya di peringkat sekolah di ajar sekurang-kurangnya C... jangan diajar VBasic (terlalu managed & high level) atau Basic (dialek yang terlalu am) atau bahasa lama macam Fortran (obsolete) jadi pelajar boleh nampak mekanismke komputer low level dengan bahasa high level.
semua orang boleh dapat manfaat... siapa manusia yang tak pernah jumpa masalah yang rumit (matematikal)?
siapa kata kejuruteraan tak perlu programming....
lebih mudah bagi jurutera untuk berkata-kata kepada komputer daripada menerangkan masalahnya dan jalan penyelesaian kepada programmer. maksudnya kalau ada kira-kira, kira sendiri lagi senang dari suruh orang kirakan, baik structural engineer, mechanical, bla bla bla. Kalau elektronik lagi la...
mechanical engineer pun sama juga... kalau dah buat automation tu lebih mudah diorang sendiri yang programkan komputer dari suruh programmer atau budak elektronik, tak payah menyusahkan orang lain.
budak bisnes pun patut belajar programming.