TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
LONDON, 9 Sept -- Program Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang bertujuan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan vokasional negara, akan dimulakan 2013, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu diambil bagi menyokong agenda transformasi ekonomi negara dalam menghasilkan tenaga mahir dan terlatih.
Ini kerana walaupun sektor pengajian vokasional telah lama diwujudkan, ia masih belum menepati kehendak kerajaan dalam membangunkan sumber manusia terlatih, katanya.
"Sebagai contoh kita hanya melahirkan 10 peratus daripada keperluan industri dalam bidang vokasional. Kita mahu meningkatkannya kepada 20 peratus, sama seperti negara maju," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Jumaat.
Terdahulu, Muhyiddin yang berada di sini dalam rangka lawatan kerja empat hari ke United Kingdom bermula semalam, melawat sebuah daripada institusi pendidikan fesyen terkemuka dunia, London College of Fashion, University of the Arts London dan mengadakan perjumpaan dengan pengetua kolej itu, Prof Frances Corner.
Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun kurikulum baru itu hanya akan bermula dua tahun lagi, persediaan perlu dibuat mulai sekarang terutama daripada segi infrastruktur, tempat, latihan, penyediaan guru-guru yang berkemahiran selain aspek kewangan.
Untuk itu, katanya kerajaan akan menubuhkan Majlis Vokasional Kebangsaan yang dianggotai wakil industri dan kerajaan untuk merangka dasar yang diperlukan dalam menghasilkan tenaga mahir yang memenuhi kehendak pasaran.
"Kita akan kenal pasti wakil yang sesuai dulu, antaranya Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia yang akan mewakili pelbagai jenis industri untuk duduk bersama," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata menerusi kurikulum baru itu, pendidikan vokasional akan dimulakan seawal menengah rendah iaitu Tingkatan Satu dan boleh dilanjutkan sehingga peringkat diploma.
"Kita juga akan menjalinkan kerjasama dengan pihak industri berhubung penempatan pelajar untuk latihan dalam menghasilkan tenaga manusia yang terlatih dan memenuhi kehendak industri," katanya.
Muhyiddin berkata menerusi kurikulum baru itu, aspek akademik akan dikurangkan manakala praktikal dan latihan akan ditambah untuk meningkatkan tahap kemahiran pelajar.
"Dengan ini kemahiran anak-anak kita akan meningkat umpamanya berkaitan sektor pembuatan seperti pengeluaran bahan makanan, bahan logam, sektor perkhidmatan seperti peruncitan (sehingga) kepada perkhidmatan perkapalan," katanya.
Mengulas mengenai lawatannya ke universiti itu, Muhyiddin berkata ia membuka jalan kepada satu kerjasama strategik antara kolej itu dengan agensi-agensi berkaitan untuk mempromosikan industri fesyen Malaysia.