BTC USD 84,499.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program perantis punb

johor takder ker..
 
alang2, ternampak bende ni aku nak kongsi sikit la pasal program yang berfaedah ni dalam usaha nak melengkapkan diri dgn knwledge, skil, n xperience dalam sesuatu industri sebelum mereka ni menjalankan perniagaan sendiri melalui OJT (On Job Training) bersama dgn usahawan2 PUNB di seluruh tanah air dalam pelbagai bidang yg di minati..

Terutama sekali sy ucapkan terima Kasih kerana berminat dengan skim-skim yang di tawarkan PUNB. Skim Prosper_siswazah / Siswazah Perantis PUNB adalah skim khas yang diwujudkan untuk menggalakkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan bumiputera dari golongan siswazah yang memiliki sekurang-kurangnya Sijil tahap 2 keatas yang diiktiraf oleh MQA dan berumur sebelum 33 ( Prosper Siswazah) dan 30 (Siswazah Perantis) tahun secara sepenuh masa..

Sila layari www.punb.com.my atau hubungi talian pertanyaan 03-27851477 atau talian am 0327851515 dan memohon untuk bercakap dengan pegawai bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PROSPER Siswazah / Siswazah Perantis atau sila hadir ke pejabat kami pada setiap ISNIN, jam 10 pagi di Tingkat 9 untuk mendengar taklimat mengenai semua skim PROSPER alamat di bawah :- (kalo korang dtg hr isnin, komfom korg akan jumpa aku punyo)

Sila daftar di :
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Jika anda berada di luar lembah klang, anda boleh mendaftar menggunakan e-borang yang ada di laman web PUNB dan kami akan menjemput anda melalui surat di alamat yang anda daftarkan apabila kami berada di tempat berdekatan anda.. nah aku bagi jadual program taklimat untuk bulan oktober..bulan puase je kami ni duk opis..


3 Oktober 2009 (Sabtu) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB -
Seremban, Negeri Sembilan
Masa: 9.00 pagi Dewan Theatrete Wisma Negeri (Aras Bawah),
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
TBC by Pn Noorhazreen Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan


8 Oktober 2009 (Khamis) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB - Kuala
Terengganu, Terengganu
Masa: 9.00 pagi Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu, Lot 1640
Jalan Hiliran, (Balik Bukit),
20100 Kuala Terengganu, Terengganu


8 Oktober 2009 (Khamis) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB - KL
Masa: 9.00 pagi Dewan PUNB, Tingkat 9, Blok 1B Plaza Sentral,
Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.


12 Oktober 2009 (Isnin) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB -
Kuantan, Pahang
Masa: 9.00 pagi Kompleks MARA Kuantan, Dewan PUSMA, Tingkat 3,
Jalan Gambut,25730 Kuantan, Pahang


15 Oktober 2009 (Khamis)Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB - KL
Masa: 9.00 pagi PWTC, KL



20 Oktober 2009 (Selasa) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB -
Kota Kinabalu, Sabah
Masa: 9.00 pagi Pusat Bimbingan Usahawan Negeri Sabah, Lot 9-11
,Blok A, Tingkat 2,Kompleks SEDCO, Kg Air,
Jalan Laiman Diki, 88837 Kota Kinabalu, Sabah


21 Oktober 2009 (Rabu) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB - Melaka
Masa: 9.00 pagi Pejabat MARA Melaka, Tingkat 6, Plaza
Usahawan,Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka


22 Oktober 2009 (Khamis) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB,KL
Masa: 9.00 pagi Dewan PUNB, Tingkat 9, Blok 1B Plaza Sentral,
Jalan Stesen Sentral 5,Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.


22 Oktober 2009 (Sabtu) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB - Kota
Bharu, Kelantan
Masa: 9.00 pagi Dewan Kenanga, Hotel Raudah Kota Bharu, Jalan
Maju, 15000 Kota Bharu, Kelantan


24 Oktober 2009 (Rabu) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB - Klang,
Masa: 8.00 pagi Laguna Square, Pulau Indah, Klang


24 Oktober 2009 (Sabtu) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB - Johor
Bahru, Johor
Masa: 9.00 pagi Institut Pembangunan Pengurusan Johor
(IPPJ),Tingkat 25,KOMTAR, 80000 Johor Bahru, Johor


31 Oktober 2009 (Sabtu) Taklimat Program Siswazah Perantis PUNB - Sg
Petani, Kedah
Masa: 9.00 pagi Hotel Swiss Inn Sg Petani, No 1, Jalan Pahlawan,
08000 Sg Petani, Kedah

Maklumat Tambahan:
* Masuk adalah percuma, peserta hanya dikenakan RM20 untuk Ujian Kesesuaian Keusahawanan PUNB

*Peringatan:
Siswazah adalah diminta untuk membawa:
1.Sijil asal kelayakan akademik tertinggi & salinannya
2. Dua Keping gambar berukuran passport
3. Satu salinan mykad

www.punb.com.my
 
Back
Top
Log in Register