BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program penjenamaan semula Petron Malaysia selesai

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Petron


PETRON Malaysia telah berjaya menyelesaikan program penjenamaan semula dan proses menaik taraf sebanyak lebih daripada 550 rangkaian stesen runcitnya.

Syarikat induknya, Petron Corporation yang berpangkalan di Filipina telah melabur lebih AS$600 juta untuk mengambil alih kepentingan majoriti dalam Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (PMRMB), dan juga, pemilikan Petron Fuel International Sdn Bhd dan Petron Oil (M) Sdn Bhd.

Petron Malaysia, yang terdiri daripada tiga syarika tersebut, dalam satu kenyataan hari ini, memberitahu berikutan program pengembangan yang berterusan dalam negara ini, pelaburan syarikat itu dijangka akan mencecah lebih AS$1 bilion dalam beberapa tahun lagi.

Pengerusi PMRMB Ramon Ang berkata pencapaian terpenting dalam menjayakan program penjenamaan semula yang memakan masa kurang daripada tiga tahun dan lebih awal daripada jadual itu, akan meletakkan batu asas untuk pengembangan yang berterusan dalam pasaran Malaysia.

"Stesen kami menjelmakan maksud jenama kami - produk inovatif, perkhidmatan yang cemerlang, kerjasama yang kukuh dan perkhidmatan pelanggan yang prihatin," katanya. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register