TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
JOHOR BAHRU: Program MyBeras, iaitu pemberian 20 kilogram (kg) beras kepada keluarga miskin akan dimulakan Mei ini kepada kira-kira 100,000 penerima, termasuk Orang Asli dengan peruntukan antara RM100 hingga RM120 juta
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata program yang diumumkan menerusi pengubahsuaian Bajet 2016 itu sepatutnya dimulakan bulan ini, tetapi ditangguhkan kerana pihaknya perlu menyemak senarai penerima bagi memastikan hanya mereka yang layak menerimanya
"Kita juga tidak mahu ada yang tercicir daripada menerima bantuan ini. Jadi, pelaksanaan program itu dijangka dimulakan Mei kerana kita juga tidak mahu ia dipolitikkan, terutama menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka pada April
"Setakat ini, dalam senarai penerima termasuk kira-kira 83,000 keluarga keluarga miskin tegar yang berdaftar dengan e-Kasih, selain tambahan penerima Orang Asli dan pekebun getah yang terjejas kesan kejatuhan harga bahan komuniti ini
"Kita menyasarkan keseluruhan kira-kira 100,000 orang akan menerima bantuan ini," katanya pada sidang media selepas bertemu Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Pertanian, di sini hari ini
Program MyBeras Bermula 1 Jun
KUALA LUMPUR, 16 Mei - Program MyBeras akan dilaksanakan pada 1 Jun, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman
Beliau berkata kementerian telah mengenal pasti sebanyak 95,528 penerima MyBeras pada bulan pertama yang terdiri daripada 83,294 ketua isi rumah di bawah golongan miskin tegar daripada senarai e-Kasih dan 12,234 ketua isi rumah daripada senarai eDamak yang diselaraskan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa)
"Proses pengedaran bantuan beras ini akan dilaksana oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui Pertubuhan Peladang Kawasan bagi penerima di Semenanjung, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah bagi negeri Sabah dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak bagi negeri Sarawak," katanya
Tajuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin mengetahui perkembangan terkini program MyBeras dan maklum balas yang diterima daripada masyarakat
Katanya program MyBeras itu akan membendung ketirisan subsidi kerajaan sekaligus memastikan hanya golongan yang layak menerima bantuan 20 kilogram beras percuma setiap bulan
Dalam pada itu, Tajuddin berkata seramai 1,680 belia telah menyertai Program Agroprenuer Muda yang menumpukan pembangunan usahawan muda sejak dilaksanakan pada 2014
Katanya sejumlah RM20 juta telah diperuntukan di bawah Program Agroprenuer Muda dalam bentuk pemberian geran berupa barangan, latihan dan kursus teknikal serta pengurusan kewangan termasuk penyediaan kertas rancangan perniagaan
Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan pinjaman kewangan kepada golongan agropreneur muda melalui Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) yang menawarkan pinjaman maksimum RM50,000 bagi projek baharu dan RM300,000 bagi membangunkan projek yang sedia ada
Tekun Nasional turut menyediakan pinjaman maksimum RM50,000 bagi projek baharu dan RM300,000 bagi membangunkan projek sedia ada, katanya