BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Merakyatkan Seni Budaya Di Pantai Robina Meriah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
BUTTERWORTH, 17 Dis -- Program Merakyatkan Seni Budaya mampu mengangkat martabat seni dan budaya bangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata berkata program itu juga boleh menjadi wadah perpaduan dalam mengeratkan lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di negeri itu.

"Saya melihat warisan budaya ini adalah satu aset yang amat berharga dalam mengekalkan jati diri bangsa terutama ketika berhadapan dengan era globalisasi," katanya semasa berucap merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya 'Sentuhan Remaja' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar di sini pada Sabtu.

Turut hadir bersama lebih 1,000 penduduk ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar Datuk Jahara Hamid.

Pelbagai program menarik berlangsung mulai pukul 8 pagi hingga 11 malam antaranya pertandingan kugiran remaja dan bola sepak pantai.

Selain itu, pertandingan permainan tradisional antaranya congkak, galah panjang, dam aji dan batu seremban turut diadakan.
 
Back
Top
Log in Register