BTC USD 83,024.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program keilmuan akubukandukun

Q:selepas ijazah dan wirid wajib selain dari panduan yg diberi sewaktu ijazah, bagaimana cara untuk murid lebih mendalami keilmuan tersebut?[/B]
A:Sesuai dgn peredaran zaman dan teknologi, saya akan terus membimbing anda semua yg akan dikumpulkan di group FB saya, disana boleh diadakan sessi soal jawab,tunjuk ajar teknik2 dan rumus2 tertentu mengikut keperluan, sessi latihan praktikal akan juga saya berikan dengan memberi tugasan contohnya merawat patient dan saya akan lihat tahap keberhasilannya dan nasihat2 bimbingan agar saudara dpt menguasai keilmuan ini..kira mcm study e-pjj la ni...

Di group FB nanti akan saya berikan bonus keilmuan2 lain sebagai bekalan tambahan utk anda.jangan risau bimbingan adalah berterusan..selagi hayat dikandung badan..selagi sihat walafiat sy akan pantau anda semua dan berikan apa yg sy tau secara berperingkat. :)cgrock

Semalam seorang lagi warga cg dah buat confirmation..insyaallah esok pengisiannya...
manakala rakan2 yg telah mengambil keilmuan sebelum ini Alhamdulillah telah menunjukkan peningkatan yg sgt baik..ada yg sudah mampu melihat menembus alam ghaib walau belum habis wirid wajibnya...:)cgrock
 
Last edited:
Question and Answer

Q:Keilmuan ini sesuai syariat dan tidak menggunakan jin?
A:Ya, Sesuai syariat dari Asma ul usna dan Ayat dari surah di Al-quran dan semestinya tiada unsur2 melibatkan jin.

Q:Ada pantang apa2?
A:Yup,segala yg ditegah dan dilarang oleh ISLAM itu sendiri.

Q:Adakah akan memudaratkan jika mengamalkannya?
A:Tidak,Semakin Sering anda berzikir semakin bertambah energynya dan pahala pun dpt insyaallah.


Q:Saya seorang perempuan, bolehkah saya belajar?
A:Boleh, terbuka untuk semua yg beragama islam lelaki atau perempuan,tua atau muda.

Q:Berapa lama Wirid@zikirnya dan perlu puasa ker?
A:Wirid sekitar 15-20 minit jer lepas isyak dan tak perlu puasa..tapi kalau nak puasa sunat boleh lagi bagus.

Q:Selepas ijazah adakah terus boleh digunakan dan adakah sy menjadi murid tuan?
A:Selepas ijazah@pengisian(ditransfer energy keilmuan) anda perlu wirid selama 11 hari utk menambahkan dan menyatukan tenaga yg ditransfer oleh guru dengan diri anda.Selepas 11 hari boleh digunakan utk keperluan apapun seperti dipanduan yang akan diberikan.Ya, Secara Automatik anda menjadi murid sy selepas diijazahkan dan sekiranya ada apa2 boleh rujuk pada saya permasalahan atau pertanyaan apapun sebagai bimbingan.

Q:Kenapa perlu ada Mahar?
A:Mahar disini sebagai menghargai sesuatu keilmuan,ilmu kalau bagi percuma org takkan hargai dan akan buat sambil lewa.Macam Sendiri bayar yuran..tentulah belajar sungguh2 dan nak dpt result yg bagus.

Q:Kemana mahar disalurkan?
A:Selain sebagai tanda penghargaan keilmuan, beberapa bahagian dari mahar tersebut akan disalurkan ke anak yatim,masjid,madrasah dan golongan yg perlu dibantu seperti rakyat palestin di GAZA.

Q:Berapa lama boleh pandai dan adakah kemampuan pengamal keilmuan ini sama?
A:Proses pembelajaran berterusan,dan anda akan tahu dengan sendirinya nanti kerana batin akan menjadi tajam dan daya laduni yg ada akan mampu membantu anda menyelesaikan apapun masalah atau hajat anda.Tahap kemampuan berbeza mengikut individu itu sendiri yg mengamalkannya..apa yg saya beri sama utk semua org.Insyaallah jika diamalkan dalam setahun anda sudah mempunyai kekuatan keilmuan yg mantap.

Q:Apakah manfaat lain keilmuan ini?
A:Antaranya anda mampu melihat benda bertuah/berisi/aura dengan mata terbuka.Juga boleh melihat aura orang/keilmuannya. Mampu memagar rumah,kenderaan,kedai dll..dari serangan halus,ghaib maupun nyata.melariskan dagangan, mempercepatkan org membayar hutang,mempercepatkan jodoh dan banyak lagi manfaat yg akan diketahui dengan ujicuba dalam menyelesaikan atau mendapatkan sesuatu hajat.


Q:Kenapa perlu ada pengisian?kenapa ilmu ini tak terus di zikirkan saja?
A:Pengisian disini bermaksud sessi transfer energy yg ada dari seorang guru ke murid sekitar 20%-30%.Jadi untuk melengkapkan dan menyatukan keilmuan tersebut, murid harus wirid selama 11 hari utk menjadikan tenaga keilmuan tersebut full 100% dan menyatu dengan murid serta boleh digunakan terus mengikut keperluan sesuai di panduan yg diberikan nanti.Kalau taknak pengisian pun tiada masalah..maka murid boleh bermula wirid dgn 0% energy dan utk mencapai kekuatan energy 100% mengambil masa yg lebih lama sekitar 21-41hari atau boleh memendekkan hari dengan menambah jumlah wirid dengan lebih banyak.pilihan ditangan anda.

Q:selepas ijazah dan wirid wajib selain dari panduan yg diberi sewaktu ijazah, bagaimana cara untuk murid lebih mendalami keilmuan tersebut?
A:Sesuai dgn peredaran zaman dan teknologi, saya akan terus membimbing anda semua yg akan dikumpulkan di group FB saya, disana boleh diadakan sessi soal jawab,tunjuk ajar teknik2 dan rumus2 tertentu mengikut keperluan, sessi latihan praktikal akan juga saya berikan dengan memberi tugasan contohnya merawat patient dan saya akan lihat tahap keberhasilannya dan nasihat2 bimbingan agar saudara dpt menguasai keilmuan ini..kira mcm study e-pjj la ni...

insyaallah bakal ada pengisian hari ini dan esok.Beberapa warga cg dah membuat confirmation.
Semoga bermanfaat ya.:)cgrock
 
As salam TT..sy nak tanya apa maksd tt ada yg dapat melihat menembusi alam ghaib??? mgkin tt blh bagi contoh...
 
As salam TT..sy nak tanya apa maksd tt ada yg dapat melihat menembusi alam ghaib??? mgkin tt blh bagi contoh...
contoh mcm mana yer?yg dpt dilihat ialah alam jin yg mempunyai pelbagai rupabentuk yg tak terfikir dik akal yg normal.namun keilmuan ini bukanlah utk itu semata2..yg utama mendekatkan diri pada Allah..seterusnya kemampuan yg dpt nanti anggap sebagai bonus atau ikhtiar menyelesaikan sesuatu masalah atau hajat.
:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register