BTC USD 82,468.8 Gold USD 4,171.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program keilmuan akubukandukun

as salam, TT tlg tgkkan saya jugak bleh ke?
zaman2 jahil saya dulu mcm2 ilmu saya amek, smpai duk kat makam 7 beradil dari 10mlm smpai 3-4 pagi, zikir sparring "Gerak". luka2 pon x terasa, ada lagi ke unsur2, jin2 kat badan ni? huhu

ok boss..nanti saya cek dan reply di email
 
Utamakan Ilmu Tauhid, Ilmu mengenal diri dan mengenal Allah & Ilmu syariat.
InsyaAllah terjauh dari syirik dengan pertolongan Allah.
 
Insyaallah amalannya tak berat utk diamalkan..ada antaranya kalimah yg sering kita ucapkan setiap hari..

QUOTE=akubukandukun;19254054]Yang berminat boleh email saya di [email protected]

insyaallah ramai wakil2 dari seluruh pelusuk Malaysia yg berdekatan dengan anda yg boleh anda refer utk pemahaman lebih lanjut disamping support group khas di FB dan juga whatapps..[/QUOTE]
 
Zikir adalah penyedar hati yang lalai dan pendorong kepada taubat



Zikir juga berperanan menyedarkan hati yang lalai. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, kemudian dia ingat kepada Allah, maka dia akan mengalami kesedaran jiwa (intibah). Dia akan menyedari kesilapan, dosa, keaiban dan kejahatan dirinya. Ini akan mendorongnya untuk bertaubat dan tidak lagi meneruskan atau mengulangi kesilapan yang telah lalu. Perkara ini dapat dilihat dalam firman Allah:



وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ



Maksudnya: Dan orang-orang yang apabila mereka telah melakukan perkara keji atau menzalimi diri mereka sendiri, lalu mereka ingat akan Allah, maka mereka terus meminta keampunan bagi dosa-dosa mereka, dan tiada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan mereka tidak meneruskan lagi apa yang telah mereka lakukan, sedangkan mereka itu mengetahui.[28]



Ayat ini dengan jelas memperlihatkan pengaruh atau kesan zikir ke atas orang yang melakukan dosa dan kesalahan. Dengan teringatkan Allah, seseorang itu mendapat kesedaran yang mendorongnya untuk beristighfar dan bertaubat. Sebaliknya orang yang melakukan kejahatan dan tidak ingat kepada Allah, maka dia tidak mahu bertaubat dan beristighfar kepada-Nya, kerana dia tidak merasai kesedaran tentang dirinya dan apa yang telah dilakukannya. Lantaran itu dia berterusan melakukan perbuatan yang jahat sehingga dia tergolong dalam golongan orang-orang yang fasiq sebagaimana firman Allah:



وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ



Maksudnya: Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang lupakan Allah, maka Dia (Allah) melupakan mereka terhadap diri mereka sendiri, mereka itulah orang-orang yang fasiq.[29]



Lupakan Allah itu akan menjadikan seseorang itu lupa akan dirinya sendiri dengan tidak mengingati dan menyedari kesalahan dan kesilapan dirinya. Dia akan terus melakukan kesalahan dan dosa dengan tidak bertaubat sehingga dia menjadi seorang yang fasiq.


[28] al-Qur’an, Surat Ali `Imran,134.

[29] al-Qur’an, Surat al-Hashr ,19.
 
Zikir adalah penghapus dorongan hawa nafsu

Zikir berperanan menghapuskan dorongan hawa nafsu jahat yang menguasai diri sehingga seseorang terdorong melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan suruhan agama. Ini terjadi apabila zikir menjadi teguh dan menguasai diri manusia, maka di kala itu dorongan-dorongan melakukan kejahatan akan terhapus. Berkait dengan persoalan ini Nabi s.a.w. bersabda:



سَبَقَ الْمُفْرِدُونَ قَالُوا وَمَا الْمُفْرِدُونَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْمُسْتَهْتَرُونَ فِي ذِكْرِ اللَّهِ يَضَعُ الذِّكْرُ عَنْهُمْ أَثْقَالَهُمْ فَيَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِفَافًا



Maksudnya: Sesungguhnya golongan mufarridun telah mendahului. Siapa mufarridun itu wahai Rasulullah?. Baginda bersabda: Iaitu mereka yang asyik dalam dhikrullah yang mana zikir itu telah meletakkan (meringankan/melepaskan) bebanan mereka, maka mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan ringan”.[30]



Mengenai hadis ini al-Dahlawi menjelaskan bahawa apabila nur zikir memasuki akal mereka (golongan mufarridun/orang-orang yang asyik dengan zikir) dan penumpuan kepada jabarut (sifat-sifat keagungan Allah) terukir dalam diri mereka, maka sifat kebinatangan akan terhalang, gelora keinginannya akan terpadam dan bebanan mereka (di akhirat) akan hilang.[31] Hilangnya bebanan mereka di akhirat ialah kerana terpadamnya keinginan nafsu yang menyuruh seseorang itu melakukan perkara kejahatan sehingga dia tidak berkeinginan dan berkecenderungan untuk melakukannya.

[30] Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, juz.12, hlm.23.

[31] al-Dahlawi, Hujjat Allah, hlm.616.

https://www.youtube.com/watch?v=CXnf9jOtnw0

Insyaallah amalannya tak berat utk diamalkan..ada antaranya kalimah yg sering kita ucapkan setiap hari..

Yang berminat boleh email saya di [email protected]

insyaallah ramai wakil2 dari seluruh pelusuk Malaysia yg berdekatan dengan anda yg boleh anda refer utk pemahaman lebih lanjut disamping support group khas di FB dan juga whatapps..
 
Back
Top
Log in Register