Setiap orang Islam, baik lelaki mahupun perempuan, wajib menuntut ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri,keluarga, agama dan akidahnya. Baik yang berkenaan dengan ilmu-ilmu agama mahupun yang berkenaan dengan ilmu pengetahuan umum.
Syaikh Ibnu 'Athaillah mengatakan seperti berikut :
"Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan cahaya dalam dada dan dapat menyingkapkan tutup dari hati."
Allah meninggikan darjat orang-orang yg berilmu itu daripada orang-orang yang tidak berilmu sebagaimana firmannya dalam surah Al-Mujadalah ayat 11. "Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yg diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat."
Adapun yg dimaksudkan oleh ayat di atas adalah orang yang dengan ilmunya itu mengakui akan kebesaran dan keagungan Allah sehingga ilmunya itu menjadikannya seorang yg takut untuk melanggar ketentuan2 atau larangan Allah. Syaikh Ibnu 'Athaillah mengatakan, bahawa sebaik-baik ilmu adalah yang menyebabkan seseorang takut kepada Allah.
"Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (Diriwayatkan oleh Muslim)
Manakala ahli hikmah pula mengatakan :
"Ilmu itu lebih berharga daripada harta. Kerana ilmu itu menjaga kamu, sedangkan harta, kamu yang menjaganya."
Ilmu itu lebih utama daripada harta, sebagaimana yang dinyatakan oleh Abi ibn Abi Thalib, yang bermaksud :
1. Ilmu itu warisan para Nabi, sedangkan harta itu adalah warisan Qarun, Syidan dan Firaun.
2. Ilmu boleh memelihara pemiliknya, sedangkan harta pemiliknya yang memeliharanya.
3. Orang yang berilmu ramai kawannya, sedangkan orang yang beharta ramai musuhnya.
4.Ilmu tidak boleh dicuri orang, sedangkan harta boleh dicuri orang.
5.Orang yang berilmu akan mendapat syafaat di akhirat kelak, sedangkan orang yang berharta akan di hisab.
6. Ilmu melembutkan hati pemiliknya, sedangkan harta mengeraskan hati tuannya.
7. Orang yang berilmu biasanya mengaku dirinya sebagai hamba, sedangkan orang yang berharta ada yang menganggap dirinya tuhan.
renung2kan..selamat beramal
Assalamualaikum...
Tempoh pengurangan mahar keilmuan sebanyak 25% telah berakhir semalam.
Dalam pada masa itu saya mendapat request agar dilanjutkan tempoh pengurangan mahar kerana ada yg sedang mengumpul2kan menyediakan mahar.
Baiklah, untuk merealisasikan permintaan tersebut..Bermula hari ini pengurangan 25% hanya diberikan bagi sesiapa yg hendak membuat pembayaran penuh mahar keilmuan.(RM350-25% = RM262.50)
Manakala yang ingin membuat 2 atau 3 kali bayar maharnya tetap RM350 keseluruhannya.
Berminat boleh terus email saya di
[email protected] atau pm di carigold dan boleh juga di
http://akubukandukun.proboards.com
Sekian Terima Kasih.