BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Program Ibadah Korban tahun 2025 (1446 Hijrah) - Selamat Hari Raya Aidiladha

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
934a7861180bb4886a7b3ec5f7b463a86835b3b3b0108


Individu atau organisasi berhasrat melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha perlu mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) termasuklah memastikan ternakan korban mempunyai Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) yang sah.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata langkah berkenaan bagi memastikan haiwan ternakan terbabit sihat dan bebas daripada sebarang penyakit terutamanya penyakit zoonotik bagi menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat.

Beliau berkata semua pihak terlibat perlu memastikan sebarang pergerakan ternakan mempunyai permit Pemindahan Ternakan dan Permit Sembelih Luar (PSL) daripada JPVNS sekiranya melaksanakan penyembelihan di luar rumah sembelih yang dilesenkan.

"Sekiranya semua syarat dan peraturan dipatuhi, individu atau organisasi terlibat digalakkan berdaftar dalam sistem e-qurban yang dipantau oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Kerajaan negeri mahu pastikan aktiviti penyembelihan dapat dijalankan lebih teratur dengan mendapatkan khidmat penyembelih bertauliah," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Wanita dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata bekalan daging lembu dan haiwan korban daripada penternak tempatan di negeri ini pada tahun ini mencukupi.

"Di Negeri Sembilan tiada masalah bekalan lembu, setakat ini tiada aduan berkaitan harga lembu korban terlalu mahal dan meningkat berbanding tahun lepas. Harga julat seekor lembu tahun ini antara RM4,500 hingga RM6,500 seekor bergantung kepada saiz dan berat," katanya.

 
1f3691885caea453fb488e9da3cae9966843d9b947531

bcacdddcc9d11d306108caf17fb917276843d9cfa014c

3c5dc78dd3283187f6976e58b3c096036843d9e49d659

Ahli kariah berganding bahu semasa melakukan tugas-tugas melapah dan memotong daging korban sebelum diagihkan kepada orang ramai pada majlis sembelihan binatang qurban di pekarangan Surau Al-Mahabbah Desa Indah, Nilai hari ini.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerjasama erat dan penglibatan aktif komuniti, termasuk ahli kariah Surau Al-Mahabbah, Taman Desa Indah di sini, memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaan ibadah korban tahun ini melibatkan 45 ternakan berjalan lancar.

Pengerusi Surau Al-Mahabbah Mohd Erwan Tahir, 42, berkata semangat dan komitmen hampir 500 penduduk di sini membolehkan ibadah korban melibatkan 31 lembu dan 14 ekor kambing diselesaikan hanya dalam tempoh dua jam, bermula 8.30 pagi tadi.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sejak empat tahun lepas, penyertaan amat menggalakkan, kami menguruskan lebih 30 ternakan korban, dan tahun lepas mencatat jumlah tertinggi, iaitu 53 ekor.

"Tahun ini, kami hadkan kepada sekitar 45 ekor sahaja dan penyertaan ditutup dua minggu sebelum Aidiladha bagi memastikan kelancaran urusan. Proses korban hari ini diketuai lima penyembelih bertauliah termasuk saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh dua jam, kesemua ternakan telah disembelih sebelum kerja-kerja menyiat, melapah dan memotong dilakukan secara gotong-royong.

Mohd Erwan berkata kelainan pada tahun ini adalah penglibatan kanak-kanak lelaki seawal usia lapan tahun hingga 15 tahun, bertujuan memberikan pendedahan tentang kefahaman sebenar ibadah berkenaan.

"Tahun ini, kanak-kanak membantu dalam urusan penyembelihan kambing, mereka menumbangkan dan memegang haiwan itu. Kami mahu mendidik mereka supaya mengenali ibadah korban sejak kecil, berani memegang haiwan dan tidak takut melihat darah.

"Remaja berusia 17 tahun ke atas turut aktif membantu melapah dan memotong daging lembu. Hampir setiap tahun mereka bersama-sama turun padang," katanya.

 
b9e5f731b5125bfffbf73632d48e18956843e873cdd8d

d00f7bb925b098c35e8287d49d3967a26843e88181b03


Jika di Malaysia masyarakatnya lebih sinonim dengan masakan rendang bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, berbeza pula keadaannya bagi komuniti Islam di Kemboja yang lebih dikenali dengan hidangan “Kaw Leng Phnom” atau Lembu Naik Bukit.

Hidangan itu yang dimasak menggunakan periuk berbentuk bukit dengan cara masak yang unik bukan sekadar juadah istimewa Aidiladha, tetapi turut mencerminkan semangat kolektif komuniti Islam minoriti di Kemboja dalam menunaikan ibadah korban.

Hasanah Tambi, 36, ketika ditemui semasa program Kembara Qurban Kemboja 2025 di Kampung Keh di sini berkata ia merupakan antara hidangan paling dinantikan bagi menjamu keluarga sempena perayaan yang mengenang pergorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

“Hidangan ini cara masaknya daging perlu dipotong nipis-nipis dan daging akan diperap dengan telur, sos tiram dan garam dan periuk istimewa itu perlu dipanaskan atas api, panaskan dan tuangkan minyak ke atas bukit periuk dan masak di situ.

“Ini biasanya memang hidangan yang kami masyarakat kemboja akan nikmati sempena perayaan ini dan sangat seronok apabila dapat tahu akan ada aktiviti korban yang akan diadakan di kawasan kampung kami ini,” katanya yang merupakan seorang guru di Maahad Imam As-Shafiee di sini hari ini.

Kembara Qurban Kemboja 2025 merupakan inisiatif kemanusiaan dipelopori Bank Rakyat bersama Rakan Strategik dalam menyantuni komuniti Islam antarabangsa.

Mudir Maahad Imam As-Syafiee Zakaria Adam, 40, berkata daging daripada sebanyak 46 ekor lembu yang dikorbankan menerusi program berkenaan dapat memberi manfaat kepada lebih kurang 20,000 penduduk beragama Islam di Kampot.

Beliau berkata kesudian rombongan kemanusiaan itu untuk hadir ke Kemboja sekali gus membuktikan tali persaudaraan yang utuh di antara Malaysia dan Kemboja.

 


cayalah lepas bersih punyalah orang ramai mau berebut🤣
 


Negara
Lembu ‘serang’ motosikal sebelum kena sembelih


PETALING JAYA – Suasana di sebuah kawasan penyembelihan kecoh seketika apabila seekor lembu bertindak agresif sehingga merempuh dan menjatuhkan beberapa buah motosikal yang berada berhampiran haiwan tersebut.

Dalam satu perkongsian video yang tular di Facebook, haiwan berkenaan kelihatan ‘naik angin’ dan enggan memberi kerjasama meskipun beberapa individu cuba menenangkannya.

Lebih menghiburkan, orang ramai yang berada di situ hanya mampu berdiri cuak dan terpaku, tanpa sempat menyelamatkan motosikal masing-masing yang menjadi mangsa amukan lembu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap kejadian itu sebagai pengajaran, malah ada yang sempat berseloroh.


“Bukan dia dikorbankan. Dia korbankan motorsikal awak,” seloroh seorang pengguna.

“Pandai lembu tu..mesti dalam hati berbisik..alang-alang aku nak kena korban..apa kata, aku bagi manusia berkorban dengan aku dihari mulia ni,” ujar Miss Azura.

Artikel : Kosmo online
 
Lembu mati jatuh perigi

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi tadi selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung Sireh.

Dalam kejadian jam 12.30 tengahari itu, lembu berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Bharu.

APM menerusi kenyataan di Facebook berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah APM Kota Bharu menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari menerusi talian MERS 999.

“Bertindak segera atas maklumat berkenaan, seorang pegawai dan lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bersama aset logistik APM.

“Setibanya di lokasi, pasukan APM mendapati seekor lembu korban sudah mati selepas terjatuh dalam telaga,” katanya

Beliau berkata, anggota operasi kemudiannya berjaya mengangkat lembu menggunakan peralatan khas dan teknik penyelamatan yang bersesuaian.

“Meskipun lembu berkenaan tidak dapat diselamatkan, operasi yang dijalankan tamat dengan jayanya tanpa sebarang insiden kecederaan atau risiko keselamatan kepada anggota pasukan,” katanya.

Artikel : Buletin Tv3
 
Lembu korban lari masuk masjid


Sungai Petani: Seekor lembu jantan yang sedang menunggu giliran untuk disembelih di Masjid Al Mutaqqin Taman Ria di sini terlepas dan masuk ke dalam ruang masjid sebelum berjaya ditangkap tidak lama kemudian.

Anak qariah masjid berkenaan, Zyareff Syarzryll b Zulkiffli, 28, berkata, kejadian berlaku 10.30 pagi tadi ketika Aidiladha, hari ini.

Katanya, ketika itu mereka anak qariah masjid yang terbabit dalam penyembelihan hari ini sedang dalam proses melapah lembu keenam yang selesai disembelih.

"Mungkin lembu ketujuh itu nampak kami ramai di situ, ia terus melarikan diri sehingga masuk ke ruang masjid dan keluar semula di perkarangan masjid berkenaan.

"Kira-kira 20 anak qariah masjid yang turut serta dalam penyembelihan hari ini terus mengejarnya tetapi ada juga yang ditanduk lembu berkenaan.

"Bagaimanapun tiada kecederaan yang dialami dalam kalangan kami," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zyareef, mereka terus mengejar lembu itu sebelum lembu itu jatuh dekat parit berhampiran masjid berkenaan.

Katanya, mereka berjaya mengikat tali pada lembu itu dan ikat di tiang lampu untuk mengelakkan ia lari.

"Kami terus panggil imam masjid untuk sembelih di situ juga kerana tak boleh bawa ia ke tempat sembelihan kerana takut ia lari sekali lagi.

"Lembu itu akhirnya berjaya disembelih dan dilapah tetapi kejadian ini agak unik bagi kami kerana terpaksa mengejar lembu dengan jumlah yang ramai," katanya.

Zyareef berkata, hari ini jumlah keseluruhan lembu yang dikorbankan adalah sebanyak lapan ekor yang bermula pada jam 9.30 pagi tadi.

Katanya, dia tidak menyangka video yang dirakam dan ditular di media sosial turut mendapat perhatian ramai.

"Sebelum ini saya terbabit dalam misi penyembelihan korban di luar negara termasuk Nigeria dan Afrika kerana terbabit dalam pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Amal Malaysia ,tetapi tahun ini saya tak pergi.

"Tak sangka pula dapat melihat kejadian seperti ini, lembu lari sebelum disembelih," katanya.


Artikel : Harian Metro
 
Lelaki meninggal dunia selepas sembelih lembu korban


Manjung: Seorang lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai gotong-royong penyembelihan lembu korban sempena Aidiladha di Kampung Sungai Rumput, Kampung Sitiawan di sini, semalam.

Radzuan Nanyan, 50, dikatakan rebah di kawasan padang kampung berkenaan yang menjadi lokasi ibadah korban dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, lelaki itu mulanya dilaporkan pengsan sejurus selesai penyembelihan lembu ketiga sebelum dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Seri Manjung.

"Dia pengsan di tempat kejadian selepas gotong-royong penyembelihan lembu ketiga itu sebelum disahkan meninggal dunia di hospital," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian disebabkan serangan jantung, dengan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, lelaki itu terbabit secara aktif dalam gotong-royong ibadah korban yang membabitkan beberapa lembu di kawasan kariah itu.

Dalam rakaman video tular, penduduk kampung dilihat memberikan kerjasama penuh bagi membantu urusan membawa lelaki itu ke hospital menaiki ambulans sebaik insiden itu berlaku.


Artikel : Harian Metro
 
e0b14ff7d379814e2f85269f15c7afab6844f8cc6e770

Kredit: Pertubuhan Saham Akhirat Perak Percuma

Seorang lelaki meninggal dunia semasa menyertai aktiviti gotong-royong penyembelihan lembu sempena Aidiladha di Kampung Sungai Rumput, Kampung Sitiawan dekat Lumut semalam.

Mangsa dikenali sebagai Radzuan Nanyan, 50, dilaporkan pengsan di sebuah kawasan padang di lokasi ibadah korban tersebut dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa disahkan mengalami serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata pihaknya kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan orang ramai membantu urusan membawa lelaki itu ke hospital menaiki ambulans sebaik insiden itu berlaku.

 
Back
Top
Log in Register