Update tentang PHDF
Assalamualaikum.
Pertamanya ingin saya nyatakan kat sini... memang dah lama tak masuk forum CG ni.....
Justru, memanglah banyak spekulasi yang timbul.... saya tak salahkan sesiapa pun jika timbul sebarang tanggapan.....
Di forum Hibah2006 pun saya memang lama tak masuk...
Insya Allah malam ni saya akan masuk forum rasmi PHDF akan update beberapa perkara / isu yang perlu rakan-rakan ketahui....
Sebagai makluman juga, skrg ni saya tak dapat gunakan Streamyx.... terpaksa guna Dial Up... Apakah sebabnya....? Nanti saya bagi tahu di forum rasmi ye.....
Untuk makluman juga, jika ada beberapa rakan yang menerima invitation YM dari saya menggunakan ID :
tokmat9988, janganlah risau ye.... itu memang saya kerana saya terpaksa membuat ID YM yang baru dek kerana terlupa password untuk ID : hibah_fx2006. Selepas kejadian kecurian pada 14 Mac, banyak password yang saya tukar.... dalam banyak2 password, ID hibah_fx2006 yang terlupa.....
Maaf lama tak update di thread ini dan terima kasih sekali lagi atas sokongan kalian....