Lama tak jumpa bro...

sihat ke?
Nak baca coretan saya tak?
Kisah Perihal Hutang...
Bacalah dengan pelan-pelan.
Pisang Emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas Peti,
Hutang sesama manusia WAJIB dibayar,
Hutang Budi di bawa mati.
*Amin Ya Rabbal Alamin.*
*Yang mana sahabat-sahabat saya di sini yang ada masalah berhutang itu, jika ada lebihan rezeki yang Allah berikan, Sentiasalah memohon Doa kepada Allah SWT, Tanamkan niat di dalam hati dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjelaskan hutang tuan/puan kepada mereka yang memberi anda hutang sebelum ini sehingga selesai.*
*Hargailah niat ikhlas sahabat anda dalam membantu dan mempermudahkan urusan anda di kala berada dalam kesempitan hidup...Susah sebenarnya nak mencari dan temui sahabat yang sanggup bantu anda di kala anda memerlukan bantuan terutama berkait dengan wang ringgit.*
*Permudahkanlah urusan orang lain sebagaimana orang lain mempermudahkan urusan kamu..*
*Tabiat Hutang akan membawa anda hidup dalam keresahan di malam hari dan penuh kehinaan di siang hari...*
*Hutang itu WAJIB dilunaskan selagi kamu masih hidup.. bila kamu sudah mati, tidak ada lagi wang ringgit yang boleh menggantikan hutang itu melainkan hanya dengan amalan kebaikan yang kamu lakukan semasa hidup sehingga selesai..
*Tidak cukup dengan amalan kamu , maka DOSA-DOSA si pemberi hutang akan dipikul oleh kamu sebagai ganti sehingga selesai hutang itu..*
*Sebagai seorang Islam,
Kita percaya adanya Hari Pembalasan dan AZAB yang Allah berikan di Hari Akhirat nanti, di kala itu Kamu akan dipanggil datang mengadap Tuhan kamu di Yaumul Hisab dengan status PENCURI.*
*Mohon sahabat2 seagama di sini,Tolong jangan ambil mudah/ringan & memandang remeh akan soal Hutang sesama manusia..*
*Jangan putus Berdoa kepada Allah SWT agar diberi jalan penyelesaian terbaik untuk membebaskan diri dari belenggu Hutang kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat akan setiap ungkapan rintihan setiap hamba-Nya.*