auks said:
nak tanya skit
ada plan yg kerugian titanggung peserta dan ditanggung penganjur
camana tuh, pikir negatif jap, kalo loss camana
satu lagi adakah kalo time trade tuh trader takkan gabungkan modal dari dua plan ni, satu plan satu trading ke, just nak tau. kalo gabung aku tak nampak beza nya, hanya pada jaminan dan pulangan.
apa makna "Yuran Keahlian dan Kos Operasi : Sehingga 10% semasa penyerahan awal belian." 10% nilai dari modal ke camana. kureng paham
Bro Auks dan rakan2....
Sebab tu kami wujudkan 2 pelan / kaedah.
Mudharabah & Murabahah....
Peserta kena bijak memilih pelan yg dirasakan benar2 dia berani ambil risiko...
Berhasrat ambil yg tinggi risiko atau rendah risiko...
Kalau High Risk (Mudharabah)... Peratus Peserta Tinggi iaitu 75% tetapi kerugian Peserta tanggung...
Maknanya, pada bulan ke 4 nanti kita lihatlah modal yg ada bagi peserta yg ambil high risk ni...
Jika ditakdirkan tidak loss....
Alhamdulillah... kami kembalikan sehingga 90% kepada mereka...
Kalau Low Risk (Murabahah)... Peratus Peserta rendah sikit iaitu 60% tetapi kerugian ditanggung Pemegang Amanah.
Maknanya pada bulan ke 4 nanti peserta akan menerima 90% capital biarpun kami mengalami loss....
Mudahan jangan loss terlalu banyaklah ye....
Lagi pula kami ada back up fund....
Apabila sampai masa kami nak masukkan belian peserta ke platform,
Saya akan umumkan jumlah belian bagi :::
Pelan Mudharabah : USD.....
Pelan Murabahah : USD.....
Kedua-duanya akan kami gabungkan....
Sebab itulah kita beri pilihan sama ada peserta nak ambil Mudharabah atau Murabahah.....
Tentang Isu Yuran Keahlian & Kos Operasi 10% ni memang kami kenakan pada awal pembelian, tetapi peserta tak perlu membuat penambahan duit.
Contoh : Beli 1 unit. Hanya perlu bayar USD250.00 juga.
Kami akan potong 10% daripada $250.00 = $250.00 - 10% = $25.00
Tetapi untuk pengiraan sasaran kami 80% adalah berdasarkan kepada nilai belian $250.00 juga.
Sebab itulah, kami kembalikan 90% daripada nilai belian pada bulan ke 4...
Saya harap penerangan ini telah menghuraikan kekusutan.
Thanx...
