Quote kat bawah ni aku pinjam dari thread lain, utk renungan bersama
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)
Kadang-kadang, kita perlu muhasabah diri sendiri, adakah dengan mengutuk sahaja dapat mengubah keadaan sesuatu. Adakah cukup usaha kita untuk memberi kekuatan kepada Islam. Bak kata pepatah, adakah kita seperti ayam, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi?