BTC USD 82,427.8 Gold USD 4,170.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying Program Dermawan Merapu - Dermawan.biz

program ni bukan derma lah...
kena cari 3 orang admin bayar rm 10
kita dapat rm 1 untuk seorang
pastu downline boleh dapat percuma
rm 10 je bro bukan banyak sangat pun

Apa punya prog ni bro....admin la cepat kaya. Ahli cepat jugak...cepat kayap:)) :)) :))
 
sian topic ni...kena edit lagi...huhuhu...
 
bagus jg idea u nih.. bg kt i RM10 sekarang leh x.. nnt u untung berlipat kali ganda tuhhhhh:) ..please

register dan promote habis-habisan program ini untuk mendapatkan hasil yang lumayan..
Klik dan daftar sekarang di
 
Program Randomizer

Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan "skim cepat kaya" & "program perjudian". Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu "menderma" dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut "menderma" (menjadi mangsa) ke dalam program ini.

Kepada siapa wang anda perlu di"derma"kan? Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga... kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib... kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi "mangsa" yang lain.

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=19422&page=6
 
Berita Hangat, ( Dermawan.biz ) Sudah Mula Nak Menzalimi Ahli Ahlinya

Salam. Pihak ELITE Money Manager Holding ( JHR ) mendapat aduan berkenaan sejenis aktiviti mendrma iaitu www.dermawan.biz.

Aduan ini sebenarnya di buat kepada pihak admin dermawan.biz. salinannya di berikan kepada kami untuk disebarkan.
Harap ahli ahli dermawan.biz yang lain berhati hati dan mula mengambil action sebelum terlambat
.

_________________________________________________________________
Aduan ( idnya di rahsiakan )

Assalamualaikum, Berikutan kenaikan terhad pengeluaran kepada rm 102.00, beberapa bantahan telah diterima, ini termasuklah beberapa kumpulan " dermawan " pakej rm 10.00 dan 60.00 merungut dan tidak mahu lagi berurusan dengan pihak dermawan.biz. Lebih kurang 63 ahli sekitar negeri johor sedang cuba memboikot dengan cara menghasut ahli lain supaya menyertai vemmabuilder.com sahaja kerana pulangan yang lebih baik serta modal yang sedikit. Antara rungutan mereka ialah, mereka menyertai dermawan.biz ialah untuk mencari pendapatan, mereka sendiri miskin, jadi bagaimana boleh di tafsirkan mereka pulak yang nak menderma, dat perkara lagi ialah " buat promosi sampai 2 jam perjalanan ( dekat dekat semua dah habis kontek ), pulangannya tak melebihi kos minyak dan makan, 2 jam perjalanan lebih kurang 110 Km. Ada juga sesetengah pihak meninggalkan terus dermawan kerana bagi pendapat mereka, dermawan dah tinggikan limitation had pengeluaran, nak lari la nie macam matrixclub.biz dulu.... pendapat ini menular dari johor sampai melaka dan negeri sembilan...berkemungkinan pihak admin dapat menilai penurunan penyertaan sebagai ahli di dermawan.biz. Oleh demikian saya dan rakan rakan memohon agar admin dapat menurunkan kembali had pengeluaran tersebut, yang buat dermawan nie bukan orang senang senang kebanyakannya orang susah, dulu kami boleh lah dapat 2 hari sekali rm 50.00 buat beli susu anak anak, belanja seharian, saya sendiri sekeluarga pun Demi Allah dah 4 hari tak makan nasi, asyik makan roti aje. Rakan rakan yang lain pun sama, tapi ok lah masih mampu beli maggi. anak saya umur 1 tahun 4 bulan dah 2 hari tak minum susu, pihak admin menyeru kami menderma, bagaimana kami nak menderma sedangkan kami pulak di zalimi.Isteri saya pergi kursus pun saya tak mampu nak bagi duit belanja, dengan hanya berbekalkan Rm 10.00 dia pergi kursus di Negeri Sembilan. Dalam Id isteri saya pada mulanya ada RM 58, gembiranya saya ketika itu , jadi ingat nak tebus, bila klik withdraw nampak had limit baru nyatakan hanya boleh keluarkan rm 102. sedihnya hanya tuhan yang tahu, saya hubungi orang kuat Dermawan.biz ( cikgu Shaari pakai merc c200 ), konon kononnya saya nak jual lah point tersebut, katanya dia tak ada duit, siap saya pulak di marahinya. Dulu masa dia datang Johor, dia cakap masuklah Rm 160.00, saya nak tolong nie, sebab ada ramai kat melaka nak masuk, setakat rm 1000 tu senang je, jadi saya usahakan juga Rm 160 tersebut , isteri saya pun masuk juga, jadi jumlahnya rm 300.00 lebih. yakin kat dia punya pasal. saya hanya dapat Rm 26.00, Isteri sapa pulak hanya Rm 4.00. Maka belanja kami rm 300.00 Untuk bulan ini dah merudum hangus, dan ini lah hasilnya, 4 hari tak makan nasi, anak 2 hari tak minum susu, isteri pergi kursus di Negeri Sembilan hanya berbekalkan Rm 10.00. Kayakah kami atau miskin kah kami?......... Di belakah kami atau di zalimi kah kami?.....Bukan saya saja alami nasib begini, ramai lagi rakan senasib. kami pohon agar pihak admin dapat menurunkan kembali had pengeluaran ke tahap biasa, atau kami hanya akan anggap dermawan memang betul seperti apa yang diheboh hebohkan, kami pun tak mahu lagi berurusan dengan dermawan.biz jika keadaan ini berterusan terus. di forum forum pun sudah banyak kelihatan orang memburukkan burukkan dermawan.biz. Ingatlah, tak semua ahli berdaftar orang senang senang, kebanyakannya orang susah dan miskin, gaji sebulan hanya rm 1000, rumah sewa rm 400.00 tgl rm 600.00, ikan sekilo paling murah 12.00, minyak lagi, makan minum lagi, blanja anak sekolah lagi. Nak solat pun tak khusyuk memikirkan anak anak tak makan, isteri tak makan
 
Last edited:
Salam. Pihak ELITE Money Manager Holding ( JHR ) mendapat aduan berkenaan sejenis aktiviti mendrma iaitu www.dermawan.biz.

Salinan aduan ini sebenarnya di buat kepada pihak admin dermawan.biz. salinannya di berikan kepada kami untuk disebarkan.

:( :( :(

kesiannya kat hamba Allah ni....kat anak dia yg kecik dan msh tatau apa2 tu lagi kesian....tuan tanah, blh pm sy bg id dia? at least kalau dpt bantu utk susu anak dia pun dh kira ok....

dermawan.biz....macam pnh dgr...tp x berani nak join pun.yg leader tu pun...pakai merc c series...takkan takde duit rm58 tu? apa lah....
 
Back
Top
Log in Register