BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program CNBC digugur selepas kaitan Taib didedah

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
03148d60288d895c62ea29c745f7791a.gif


Berikutan pendedahan oleh laman sesawang Sarawak Report yang mendakwa ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayar RM15 juta kepada sebuah firma perhubungan awam antarabangsa bagi membersihkan imejnya, badan penyiaran berita global CNBC telah menggugurkan rancangan World Business.

“Memandang keseriusan soalan yang ditimbulkan minggu lalu, CNBC dengan segera menjalankan siasatan ke atas FBC dan amalan perniagaannya serta mengambil keputusan menarik terus rancangan 'World Business',” menurut laman webnya yang memetik kata naib presiden pemasaran dan komunikasi CNBC Charlotte Westgate.

CNBC adalah antara badan penyiaran berita antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC Media Ltd, sebuah firma perhubungan awam yang berpangkalan di Britain yang didakwa menerima bayaran jutaan ringgit daripada ahli politik BN supaya imej mereka kelihatan hebat di luar negara.

Mereka termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Badawi dan Taib Mahmud, dakwa Sarawak Report.

Amalan itu, jika dibuktikan betul, adalah jelas bercanggah dengan peraturan penyiaran antarabangsa.

"Membenarkan slot berita dibeli dengan cara demikian - menipu jutaan penonton yang mempercayai mereka menyaksikan rancangan yang tidak memihak - adalah kesalahan serius mencabuli undang-undang penyiaran, di mana badan penyiaran seperti syarikat induk CNBC di Amerika, iaitu NBC akan dipertanggungjawabkan,” kata portal berita itu dalam laporan terbarunya.

224afea8eb3fad7b7905e138a23eeee5.jpg


Menurut portal anti-Taib yang dibiayai oleh wartawan Inggeris Clare Rewcastle Brown (kiri), yang juga adik ipar kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, BBC yang juga menyiarkan program yang diterbitkan oleh FBC belum memberikan reaksinya.

"Bagaimanapun adalah dipercayai mereka juga telah melancarkan siasatan berhubung aktiviti FBC.”

Selain daripada CNBC dan BBC, CNN juga dilaporkan telah menyiarkan beberapa rancangan seumpama itu yang diterbitkan oleh FBC, termasuk beberapa wawancara dengan Najib oleh presiden syarikat itu John Defterios, dakwa portal itu lagi.
http://www.malaysiakini.com/news/171941
 
banyak sangat skandal taib mahmud ni..
 
Najib yg guna FBC ni & APCO, bayar juta2 dah, sebelum dia recommend kepada Taib Mahmud....
 
Back
Top
Log in Register