BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Profesional kewangan Islam diperlukan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KUALA LUMPUR 31 Mac - Agensi akreditasi kewangan, Finance Accreditation Agency Bhd. (FAA), mengunjurkan Malaysia memerlukan seramai 56,000 tenaga mahir dan profesional bagi sektor perkhidmatan kewangan Islam menjelang tahun 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif FAA, Dr. Amat Taap Manshor berkata, keperluan tenaga pakar dalam bidang berkenaan adalah sejajar dengan agenda nasional bagi menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam rantau ASEAN dan rantau lain di seluruh dunia.

Menurut beliau, bagi merealisasikan perkara berkenaan, pihaknya kini sudah merangka pelbagai perancangan dalam mencari bakat baharu demi menjadikan misi berkenaan dapat dicapai serta dikekalkan melalui program akreditasinya.

Ujarnya, setakat ini pihaknya telah bekerjasama dengan bank gergasi tempatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan di samping universiti awam dan swasta negara supaya mereka memilih untuk mendapatkan pentauliahan akreditasi berkenaan.

“Dengan adanya akreditasi ini mereka akan lebih diyakini oleh pelbagai pihak berkepentingan di luar sana, malah pelajar jurusan kewangan di institusi pengajian tinggi juga berpeluang untuk mendapat pengalaman yang lebih praktikal dengan industri perkhidmatan kewangan Islam ini.

“Setakat ini Malaysia masih lagi kekurangan tenaga profesional bagi sektor berkenaan walaupun permintaan terus menunjukkan peningkatan yang positif,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar FAA di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Bersama FAA, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Sarala J. Marimuthu; Pengarah Perhubungan Korporat dan Strategik, Molly Jagpal dan Pengurus Perhubungan Korporat dan Strategik, Dinesh Ranawaka.

FAA merupakan agensi yang menawarkan pensijilan akreditasi bagi mengiktiraf program pembelajaran dalam sektor perkhidmatan kewangan dan akan sentiasa memastikan program berkenaan mempunyai kualiti, berstruktur tepat dengan pengetahuan bersesuaian dan relevan untuk keperluan industri.

Sejak penubuhannya pada tahun 2012, FAA juga telah menghasilkan pelbagai produk sebagai garis panduan program akreditasi seperti FAA Learning Standards (FLS) yang meliputi perbankan Islam, takaful, perbankan, pasaran modal, insurans dan pasaran modal Islam.

Sehubungan itu, Amat Taap berharap pada tahun 2017 agensi akreditasi berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi program pembangunan bakat sektor kewangan untuk semua entiti perniagaan, perbankan dan juga kerajaan.
 
Back
Top
Log in Register