V3-MAX SWAT’Z HP2
Satu Jenama Produk Generasi Baru: Konsep Teknologi Jerman
【Ciri-ciri Keberkesanan – Penemuan Penyelidikan Revolusi】
Bagaimana SWAT’Z HP2 ini dapat mencipta keberkesanannya di tahap prestasi tertinggi?
Pasukan Penyelidikan Revolusi Teknologi dari Jerman telah menemui satu tenaga yang besar yangdapat membebaskan kuasa lajakan iaitu gabungan air dan udara. Oleh itu, mereka telah mencipta satu teknologi yang mengagumkan untuk menggabungkan antara kuasa tenaga dengan operasi enjin seperti satu revolusi baru teknologi. Energy Power Release Technology ini boleh mengubah lebihan baki petrol di dalam enjin seperti “TENAGA DIPERBAHARUI”. Apabila udara dan petrol disuntik di dalam enjin, teknologi ini dengan serta-merta mengukuh dan menstabilkan molekul udara dan petrol. Selain itu, lebihan baki petrol di dalam enjin dapat digunakan semula bagi mengelak sebarang pembaziran (seperti TENAGA DIPERBAHARUI). Hasilnya, keseluruhan proses dapat melakukan pembakaran yang sempurna di bawah teknologi ini. Dalam proses ini, anda akan menikmati kesan-kesan berikut tanpa ragu-ragu; Prestasi Kuasa Yang Kukuh, Sistem Tarikan Lebih Baik Dan Selamat, Menstabilkan Suhu Sistem Pendingin, Prestasi Sistem Brek Lebih Baik, Mengurangkan Sistem Berkomputer Enjin Dan Masalah Sistem Selekoh Kereta, Mengurangkan Kos Pembaikan, Pembakaran Petrol Yang Sempurna, Menstabilkan Sistem Penyaman Udara, Melanjutkan Jangka Hayat Timing Belt, Mengurangkan Kesilapan Dalam Sistem Pemanduan Dinamis, Melanjutkan Jangka Hayat Bateri Kereta, Tayar Dan Minyak Pelincir.
Teknologi Penyelidikan Dan Pembangunan Yang Betul
Membantu ANDA untuk menyelesaikan Masalah seperti berikut:
Kuasa prestasi enjin bergantung kepada pergabungan antara pelbagai bahagian dalam sistem kereta. Bahagian mekanikal juga penting untuk meningkatkan keseluruhan sistem dengan pemasangan bahagian yang sempurna dan pelarasan yang tepat untuk mencapai tahap prestasi yang terbaik. Dalam kepakaran teknikal, kebanyakan mekanik adalah kurang mahir dalam sesetengah latihan. Oleh itu, bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sahaja, tidak mampu menyelesaikan masalah mana-mana kereta dengan berkesan. Akibatnya, kereta itu tidak mampu untuk menghasilkan prestasi yang terbaik seperti belum habis servis lagi, kereta sudah dijalankan.
Hasil Penemuan Kumpulan Penyelidikan Teknologi dari Jerman ini; apabila Enjin Turbo di bawa ke tahap kelajuan yang tinggi dengan nisbah petrol yang tidak sama disuntik pada enjin. Ini boleh menyebabkan logam enjin akan lemah, mudah kemek, mengalami geseran yang teruk, kualiti molekul minyak akan rosak dan secara tidak langsung menjejaskan ke bahagian sistem kereta yang lain.
Jika nisbah petrol berada di tahap purata N / A Engine, sesetengah petrol tidak dapat menghasilkan pembakaran malah selebihnya akan bercampur dengan minyak enjin dan secara langsung akan menghasilkan kuantiti bahan kotor yang banyak dalam minyak enjin serta bahan asid yang sesetengahnya boleh menyebabkan geseran yang teruk dan logam enjin menjadi lemah. Akibatnya, prestasi kuasa enjin akan beransur hilang.
【Masalah Yang Sering Berlaku Pada Kereta】
Kebanyakan Masalah Kereta Yang ANDA hadapi:
Jika para pemandu salah pilih jenis Minyak Enjin, Minyak Transmisi, Petrol atau Diesel yang mempunyai pelbagai gred untuk penggunaan kereta mereka. Selain itu, pelbagai suhu darjah dari kawasan yang berlainan mungkin menyebabkan pertukaran saiz pada molekul minyak. Fakta-fakta di atas akan menjurus kepada perubahan yang cepat dan meningkatkan jumlah bahan kotor dan bahan asid dalam sistem kereta. Akibatnya, geseran pada enjin semakin teruk dan mungkin berlaku kehilangan kuasa prestasi kereta. Kemahiran memandu yang tidak baik akan menyebabkan litar pintas putus atau Program CPU enjin terganggu dan juga sistem transmisi. Akhirnya pemandu perlu berbelanja wang yang banyak untuk penggunaan minyak yang lebih banyak, membaiki prestasi kuasa enjin dan masalah mekanikal yang lain. Memang, mekanik akan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kerosakkan dengan menggunakan berbagai jenis produk atau barang ganti untuk meningkatkan keadaan kereta. Fikirkanlah, produk yang berbeza mempunyai fungsi yang berbeza, “Bergantung Pada Produk”. Jika anda tersilap pilih produk atau barang ganti yang sesuai untuk masalah kereta anda, prestasi normal kereta anda akan berkurangan dan kerosakan semakin bertambah.
PENYELESAIAN;
Apabila memasang SWAT’Z HP2, anda akan mengalami hasil yang segera dengan hanya dalam tempoh masa yang pendek. Masalah kereta yang seperti di atas akan berkurang ke tahap yang rendah. Kerana, kehebatan teknologi dari Jerman adalah kerana penyelidikannya yang tidak kompromi. Dengan menggunakan SWAT’Z HP2 ini, Pasukan Penyelidikan Teknologi dari Jerman akan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dengan lebih berkesan.
Soalan-Soalan Yang Kerap Ditanya
Boleh digunakan kepada Kereta Baru atau Kereta Terpakai untuk lebih daripada 2 tahun dan Ke atas.
S: Adakah SWAT’Z HP2 sesuai dipasang ke dalam kereta baru atau terpakai untuk lebih daripada 2 tahun dan ke atas?
J: Ini bukan satu produk pengubahsuaian enjin. Hanya perlu memasang SWAT’Z HP2 di bahagian potongan hos dan dalaman hos. Dengan serta-merta kesan prestasi kuasa enjin akan dihasilkan. Hanya ada satu jenis produk sahaja yang sesuai dipasang.
S: Adakah selamat untuk memasukkan Genuine Coolant bersama-sama dengan SWAT’Z HP2 pada masa yang sama?
J: Ya, ia adalah selamat digunakan. Apabila enjin telah tiba ke tahap maksima, ini akan mewujudkan kadar perbezaan kuasa, kelajuan dan prestasi kilasan.
S: Apakah manfaat kepada Enjin jika kita menggunakan Coolant dalam sistem kereta?
J: Satu faedah menggunakan Coolant ialah anda tidak perlu untuk mengisi semula air dari semasa ke semasa. Kerana Coolant mengandungi sejenis bahan kimia untuk mengurangkan tahap penyejatan.Inilah keutamaan Coolant.
S: Apakah akibatnya jika menukar air bersih dalam Radiator selepas memasang ?
J: Hasilnya akan menjadi lebih ideal, ini kerana SWAT’Z HP2 dan air bersih digabungkan dengan kuasa enjin untuk menghasilkan kuasa maksima. Secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan yang baik kepada sistem kereta.
S: Apa yang sepatutnya kita sedar jika kita menggunakan air bersih dan SWAT’Z HP2 serentak?
J: Sebagaimana yang kita tahu, air bersih tidak mempunyai sebarang campuran bahan kimia tambahan. Oleh itu, mengisi semula air dari semasa ke semasa adalah penting kerana proses penyejatannya sangat cepat.
S: Mengapa warna di tangki air bertukar menjadi warna kekuningan (warna berkarat) selepas memasang SWAT’Z HP2 ke dalam kereta terpakai untuk lebih daripada 2 tahun dan keatas?
J: Jika anda mengisi Coolant atau air ke dalam tangki air untuk dalam jangka masa tertentu,
memang dengan perlahan pengoksidaan berlaku dan bahagian dalam tangki air akan berkarat.Apabila anda pasang SWAT’Z HP2, dengan cepat ia dapat membersihkan bahagian dalaman yang berkarat dengan lebih berkesan.
S: Apa yang patut saya buat untuk soalan di atas?
J: Anda dinasihatkan supaya menukar air tangki dengan lebih kerap. Jika anda menukar dan mengisi air bersih pada hari ini, hari esok tangki akan berkarat semula. Anda harus menukar air berkali-kali sehingga seluruh tangki itu betul-betul bersih.
S: Apa yang akan berlaku pada kuasa prestasi enjin selepas selesai perkara di atas?
J: Anda akan berasa satu prestasi kuasa enjin yang besar, prestasi sistem tarikan yang selamat, sistem pendinginan yang stabil, prestasi sistem brek yang lebih baik, mengurangkan masalah sistem enjin berkomputer dan masalah sistem stereng kereta, mengurangkan kos pembaikan, pembakaran petrol yang sempurna, menstabilkan sistem penyaman udara, melanjutkan jangka hayat timing belt, mengurangkan kesilapan dalam sistem pemanduan dinamis, melanjutkan jangka hayat bateri kereta, tayar dan minyak pelincir.
S: Selepas memasang SWAT’Z HP2, saya berasa satu prestasi kuasa yang besar apabila berada di tahap kelajuan yang tinggi, tapi penggunaan petrol tetap tidak jimat. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?
J: Anda perlu mencari seorang pakar bagi menalakan semula sistem VALVE AJUSTMENT TYPE, CAM VALVE AJUSTMENT TYPE, ENGINE dan HYDRAULIC OPERATING TYPE dengan menggunakan minyak enjin yang betul dan bahan Bio-Fuel. Ini akan membantu anda untuk mengurangkan penggunaan minyak dan meningkatkan prestasi kuasa enjin. Jika anda menggunakan HYDRAULIC OPERATING VALVE, hasilnya lebih baik.
S: Bila kita pandu kereta dengan yang perlahan di bandar, saya tidak merasa apa-apa prestasi kuasa enjin dan penjimatan minyak. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?
J: Jika anda memandu sama ada kereta baru atau kereta terpakai dalam pekan atau bandar. Pasti jalan raya mesti sesak, dan sentiasa berhenti di depan lampu isyarat. Ini menyebabkan kepada penggunaan minyak yang lebih. Pada masa yang sama, penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai atau kemahiran memandu yang tidak baik akan menyebabkan penggunaan minyak yang banyak juga. Jika enjin anda fungsinya seperti biasa, jalan penyelesaiannya, cari seorang mekanik yang ada kelayakkan untuk membuat beberapa penalaan teknikal .
S: Mengapa tidak terdapat penjimatan petrol selepas memasang SWAT’Z HP2 pada peringkat awal?
J: Jika enjin mengandungi banyak bahan kotor dan bahan asid, ini akan menjurus kepada penggunaan minyak yang tinggi serta menyebabkan mampatan yang tidak cukup dan pelarasan nisbah dalam sistem kereta.
S: Berapa lama kita betul-betul boleh dapat rasakan hasilnya?
J: Paling cepat ialah dalam tempoh 10 minit. Biasanya, adalah di antara 10km hingga 100km. Paling perlahan adalah 100km atau lebih.