BTC USD 84,948.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pro & Kontra Cukai GST - Dr. Zaharuddin Abd Rahman

jaws_am

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
29,959
Joined
May 29, 2008
Messages
29,959
Reaction score
12,420
Points
631
Perkongsian berkaitan dengan Pro & Kontra GST

Video nih menerangkan tentang pendapat dari 2 pihak iaitu pihak yang menyokong GST dan juga pihak yang membantah.

Tempoh video 30 minit ++

Pengulas : Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Website beliau : http://zaharuddin.net/

http://www.youtube.com/watch?v=EZ0q623dHac

Aku list sikit point2 penting dalam video..

Pihak Membantah GST
- hadis berkaitan cukai, pemungut2 cukai ditempatkan di neraka.
- cukai sepatutnya dikenakan keatas kekayaan
- orang yg x mampu terpaksa kena GST
- konzep zakat.. sesuatu yang dikenakan terhadap lebihan
- melebarkan jurang orang kaya dan orang miskin
- GST one-off spike (Naik harga) Inflasi meningkat (kuasa membeli kurang)
- kerajaan gagal membuktikan pengurusan hasil negara dibelanjakan dengan baik (rasuah,menipu,tiris,tidak integriti)
- GST semua barang/pembekalan/service akan dikenakan cukai kecuali yang dinyatakan..

Pihak yang menyokong GST
- hadis berkaitan cukai bagi salah guna sahaja. tidak bagi kerajaan yang membantu rakyat. :">
- 135 Billion dari 230 Billion datang dari cukai pendapatan. Cukai membantu dalam pembangunan ekonomi.
- belanjawan malaysia defisit.
- menambah baik sst dimana, harga barang tetap tinggi tetapi kerajaan mendapat cukai yang sedikit.
- tidak boleh bergantung kepada sumber pendapatan minyak sahaja.
- kerajaan membantu brim, kurang 1 mata untuk cukai pendapatan, bantuan elektrik bawah 200Kw x kena gst, cukai koperat dikurangkan.
- Eazy complaint untuk sebarang aduan GST. :">
- benchmark senarai harga /panduan senarai harga
- menambah pendapatan negara SST 17Billion - GST 27Billion - GST 2016 32Billion. Bagus untuk kerajaan
- akan datang CGT untuk orang2 kaya..
- bantuan kerajaan.. mara,ptptn,tekun,felda,felcra,perikanan dll

Kesimpulan pendapat peribadi Dr

nanti aku update lain
 
ulasan uzar ni kena dengar dan paham betul2...
kalau tak nnti mesti salah paham...
walhal dia tak menyebelahi mana2 pun..
nampak mcm menyokong tapi menghentam..
 
Panjang jgk huraian...
Jap nak dgr dan fahami betul2...
Tp yg hamba faham, asalnya cukai ni mmg haram sbgmana haramnya makanan yg haram melainkan ada dalil khusus menjadikan ianya halal...contoh dharurat...
 
benda yang haram,xyahlah nk di halalkan.. masa zaman nabi dl ade ke panel syariat ni utk niaga..zaman skrg je di wujudkan oleh pihak kapitalist untuk halalkan benda2 yang haram ni.. Kononnya patuh syariah lah.. Padahal mereka semua di bayar untuk menghalalkan sesuatu.. Ingatlah, ko carilah apa2x hujah pun, ko boleh tipu ALLAH ke???
 
senang je nak paham... dalam islam kena adil dan tidak boleh menindas orang lain..

agak2 gst menindas orang lain x... ketika pemimpin kaya raya..

sendiri pun bole pk
 
benda yang haram,xyahlah nk di halalkan.. masa zaman nabi dl ade ke panel syariat ni utk niaga..zaman skrg je di wujudkan oleh pihak kapitalist untuk halalkan benda2 yang haram ni.. Kononnya patuh syariah lah.. Padahal mereka semua di bayar untuk menghalalkan sesuatu.. Ingatlah, ko carilah apa2x hujah pun, ko boleh tipu ALLAH ke???

Zmn Khulafah Ar-Rasyidin, Zmn Sahabat dlu pn xde sistem cukai ni...
Tgk zmn Umar, apabila beliau menjadi Khalifah, beliau telah memecat gabenor yg mengambil zakat dari penduduk Yaman, bahkan memenjarakan pemerintah yg sblm memerintah sblm beliau yg mengenakan cukai keatas rakyat...:-?
 
tiada salahnya jika cukai dibelanjakan ke jalan yang betul, ini tak tengok sabah negeri fixed deposit bn tapi jalan di pendalaman teruk dan hanya boleh dilalui oleh kerbau
 
tiada salahnya jika cukai dibelanjakan ke jalan yang betul, ini tak tengok sabah negeri fixed deposit bn tapi jalan di pendalaman teruk dan hanya boleh dilalui oleh kerbau

:p Masalahnya dari dlu lg rakyat yg susah makin susah...katanya cukai ni nk bantu rakyat, tp dh lbh 50 tahun mcm tu jgk:(scam
 
yang sebenarnya.... GST dilaksanakan pada tahun ini jugak pasal Negara kita mengalami population 30 juta. dan 3 juta daripadanya merupakan bangsa asing. indon myanmmar Nepal Pakistan negro etc etc
untuk pengetahuan semua warga asing sudah melebihi populasi kaum india di Negara kita sebanyak 2 kali ganda. dan mereka tinggal sekitar 50% untuk mengatasi kaum cina di Negara kita.


mereka mereka ini membeli beras di pasaraya , menggunakan lebuhraya kita , membayar harga minyak sama dengan kita jadi ini semua menambah perbelanjaan dan maintance ini semua akan bertambah dari masa ke semasa...

pada masa yang sama jumlah pembayar cukai di Malaysia hanya 1-2% daripada total population. ini menyebabkan kutipan cukai tidak seimbang dengan expenses yang dikeluarkan. dan cara terbaik untuk mengatasi perkara ini ialah

GST. kerajaan cuma perlu "Cukai" kilang dan pengeluar di Malaysia dan secara automatic kilang dan pengeluar akan "mencukai" kepada orang bawah.
didalam dunia niaga tiada niaga yang menggunakan duit mereka sendiri. semuanya duit bank , hutang sana sini. etc etc
 
Isunya satu pemerintah malaysia bukan orang Islam berkuasa mutlak untuk beri kata putus...Yang Islam sama Islam pun susah nak bersatu hati....menghentam kaw2 kalau yang buat tu musuh kalau geng sendiri backup kaw2 walaupun salah...katakanlah semua yang haram itu haram dan yang halal itu halal ..tiada kompromi walaupun kroni atau musuh..
 
Back
Top
Log in Register