afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,296
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,296
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PRN Melaka: Wawasan jangan dahului keputusan PN
Yang Dipertua PAS Jasin, Kamaruddin Sedik, berkata setakat ini pengagihan kerusi belum dibincangkan secara rasmi dan belum ada kata putus. (Gambar Facebook)
Yang Dipertua PAS Jasin, Kamaruddin Sedik, berkata setakat ini pengagihan kerusi masih belum dibincangkan secara rasmi dan belum ada sebarang kata putus mengenainya.
“Wawasan tak perlu `over’ dan mendahului keputusan yang bakal dibuat. Serahkan kepada pucuk kepemimpinan PN untuk membuat keputusan.
“Jangan mendahului pucuk kepemimpinan PN, sebagai anggota baharu, saya nasihatkan Wawasan akur sahaja dengan keputusan yang bakal dibuat kelak,” katanya yang dipetik Berita Harian sebagai berkata.
Semalam, Naib Presiden Wawasan Abdul Rahim Thamby Chik dilaporkan berkata PN mungkin bertanding solo dengan meletakkan calon di semua kerusi pada PRN Melaka jika gagal mencapai rundingan dengan Barisan Nasional (BN).
Beliau yang juga bekas ketua menteri Melaka berkata, Wawasan akan bertanding di DUN Bemban dan Sungai Udang tanpa mengira sama ada wujud kerjasama dengan BN atau tidak pada pilihan raya itu.
Kedua-dua kerusi itu sebelum ini dimenangi Bersatu, yang kekal sebagai komponen PN tetapi kini berselisih dengan PAS, parti yang mempengerusikan gabungan berkenaan.
Penggal DUN Melaka berakhir pada 30 Dis ini.
