BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: Kesepakatan Politik Mesti Diputuskan Secara Rasmi - Ab Rauf

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Melaka: Kesepakatan Politik Mesti Diputuskan Secara Rasmi - Ab Rauf​

ca8aecfa6deba41b0839454ebeea0a796a7997c70e694

3ac1eb033d4b02346fe062e6f98e5fb26a7997e91f931

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) yang juga Pengerusi BN Melaka menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri bagi Ogos 2026 dan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 peringkat Melaka, hari ini - Kredit gambar: Nursuraya Zulkifli

Sebarang kesepakatan politik melibatkan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu diputuskan secara rasmi dan tidak dibuat berdasarkan spekulasi atau perbincangan di media sosial.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi BN Melaka berkata sebarang rundingan kerjasama politik perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk aspek kekuatan, kelemahan dan kelebihan setiap parti sebelum keputusan dibuat.

Beliau berkata pihak yang mempunyai hasrat mewujudkan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka dialu-alukan untuk mengadakan rundingan, namun menegaskan tidak semestinya ia berakhir dengan pembentukan kerjasama.

"Tak semestinya rundingan itu dimuktamadkan menjadi rakan kongsi yang baik. Ia berdasarkan kepada banyak faktor untuk menjadikan seseorang (atau sesebuah parti) itu sebagai rakan kongsi kita.

"Jadi saya selalu tegaskan bahawa kita jangan buat rumusan dalam apa juga perbincangan yang tidak rasmi… kali ini kita ‘bernikah biar berkadi, biar bersaksi’," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini hari ini.

Terdahulu, Ab Rauf menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri bagi Ogos 2026 dan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 peringkat Melaka.

Ab Rauf, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata BN akan mempertahankan 21 kerusi dimenangi pada pilihan raya negeri yang lepas, manakala tujuh lagi kerusi boleh menjadi ruang untuk rundingan termasuk kemungkinan pertukaran kerusi.

PRN Melaka ke-15 pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada keseluruhan 28 kerusi, diikuti Pakatan Harapan (PH) lima, manakala Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi.

Mandat Kerajaan Negeri Melaka akan tamat pada 31 Dis ini.

 
Back
Top
Log in Register