afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PRN Melaka: BN terbuka rundingan, tukar kerusi, kata Zahid
Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, rundingan mesti diadakan dengan jujur dan ikhlas, serta berlandaskan prinsip bahawa kerusi yang dimenangi oleh sesebuah parti harus dihormati.
Beliau berkata, prinsip asas rundingan tersebut adalah kerusi yang dimenangi mana-mana parti mesti dihormati dan tidak diserahkan begitu sahaja kepada rakan politik, seperti yang ditegaskan oleh Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh.
“… tetapi perundingan boleh dilakukan untuk ‘swap’ atau pertukaran kerusi asalkan jumlah kerusi itu sama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Kebudayaan Rungus di Kudat, lapor Bernama.
Zahid sebelum ini pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan kesemua 21 kerusi DUN Melaka yang dimenanginya pada PRN 2021.
Beliau berkata, pertukaran kerusi melibatkan negeri-negeri lain yang dikuasai parti masing-masing juga boleh dirundingkan, asalkan pertukaran itu dilaksanakan secara seimbang.
“Prinsip kami adalah bahawa tidak mustahil kalau pintu itu terus terbuka untuk perundingan tetapi jangan buka seluas-luasnya, (dan) jangan tutup pintu itu serapat-rapatnya,” katanya.
Semalam, Presiden PAS Hadi Awang berkata, Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PAS telah memulakan perbincangan awal dengan BN berhubung kerusi yang akan ditandingi pada PRN Melaka kelak.
Beliau dilaporkan berkata, perbincangan itu akan mengambil kira hakikat bahawa BN tidak menang sebarang kerusi Parlimen di Melaka pada PRU 2022.
Timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man turut berkata semalam, beliau yakin sebarang masalah berbangkit dapat diselesaikan secara baik.
“Apa yang penting adalah kerjasama antara BN dan PN diteruskan,” katanya merujuk kepada pakatan tidak rasmi antara kedua-dua gabungan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.