*
Rekabentuk Ringkas, Kemas & Profesional
Rekabentuk memainkan peranan yang sangat penting dimana ia memberikan tanggapan pertama pelawat anda kepada anda. Sistem Kedai Online direkabentuk khas supaya ia ringkas dan senang digunakan. Kesemua elemen-elemen tersusun kemas dan juga profesional.
*
Variasi Warna
Sistem Kedai Online menyediakan pelbagai warna tema dan anda boleh memilih warna dan tema kesukaan anda
*
Paparan Produk Yang Berbeza
Anda boleh memaparkan produk anda secara "list view" ataupun "grid view". Ini akan memudahkan pelanggan anda dimana "list view" adalah untuk paparan ringkas dan padat manakala "grid view" adalah paparan beserta penerangan produk.
*
Tiada Had Produk
Sistem Kedai Online memberi kebebasan kepada anda untuk menambah seberapa banyak bilangan produk yang anda mahu. Tiada sebarang had untuk penambahan produk di dalam kedai online anda. Jadi, Sistem Kedai Online sesuai untuk semua samada anda adalah pengilang, pengedar dan sebagainya.
*
Urus Harga Dengan Bebas
Tanpa harga, produk tidak bermakna. Sistem Kedai Online menyediakan kemudahan untuk anda menguruskan harga produk dengan mudah. Cuma masukkan harga yang anda inginkan pada setiap produk. Diskaun juga boleh ditunjukkan dengan mudah, apabila fungsi 'harga tawaran' diaktifkan.
*
Penggunaan Kupon
Kupon adalah satu teknik pemasaran yang sangat efektif jika tiba musim ataupun perayaan tertentu dimana anda ingin memberi diskaun kepada pelanggan anda. Ini sudah tentu akan meningkatkan jualan. Sistem kupon Sistem Kedai Online juga sangat mudah diubahsuai dan juga sesuai untuk pelbagai jenis produk.
*
Imej Tambahan
Sistem Kedai Online membolehkan anda untuk mempamerkan imej tambahan bagi untuk setiap produk anda. Ini sangat penting untuk meyakinkan pelanggan anda. Mereka sudah semestinya ingin melihat gambar produk yang ingin dibeli pada setiap sudut yang berbeza.
*
Pembayaran Melalui Bank Tempatan
Terlalu sukar untuk mencari sistem kedai online yang mempunyai sistem pembayaran khas untuk bank tempatan. Dengan Sistem Kedai Online kami mengutamakan pembayaran melalui bank tempatan kerana orang Malaysia lebih suka membeli belah di Internet melalui bank tempatan seperti MayBank2u, CIMB Clicks dan sebagainya
*
Bukti Pembayaran Melalui Bank Tempatan
Jika pembayaran dilakukan menerusi bank tempatan, anda memerlukan bukti pembayaran dari pelanggan anda. Untuk menyelesaikan masalah ini, borang bukti pembayaran disertakan sekali semasa belian dibuat oleh pelanggan dan lengkap untuk proses penilaian dari Pihak Admin. Cukup mudah!
*
Kredit Kad & PayPal
Sistem Kedai Online juga menyokong pembayaran alternatif seperti PayPal dan juga kad kredit. Pembayaran melalui kaedah ini sudah menjadi satu trend di kebanyakan negara-negara maju. Dengan kemudahan sistem pelbagai pembayaran yang di sediakan denganSistem Kedai Online anda juga boleh memasarkan produk anda di peringkat global.
*
Menyokong NBePay(hanya dilakukan atas permintaan pelanggan)
Kami menyokong pernyataan 'perniagaan harus terus berjalan walaupun tanpa kehadiran anda'. Justeru, Sistem Kedai Online mengintegrasikan NBEPay, satu payment gateway yang banyak digunakan di Malaysia, ke dalam sistemnya. Jika diaktifkan, tiada lagi keperluan untuk anda menyemak satu persatu bayaran pelanggan..
*
Mesra Pelanggan
Tidaklah wujud bisnes tanpa pelanggan-pelanggannya. Sudah semestinya, tiap antara kita berhak mendapat layanan terbaik ketika membeli belah barang keperluan kita. Ia boleh dilihat dengan Niagakit sentiasa cuba memastikan perjalanan membeli belah yang lancar.
*
Maklum Balas Secara Terus
Dengan 'Review Produk Ini', keyakinan bakal pembeli anda pasti meningkat, terutamanya setelah melihat testimoni bekas pelanggan anda. Tidak selesa dengan review, bekas pelanggan anda juga boleh mengundi berapa bintang yang sesuai untuk produk anda
*
Urus Jualan Anda Dengan Teratur
Antara aspek yang kritikal dalam sesebuah perniagaan adalah pengurusan. Sistem Kedai Online mempunyai ruangan khas untuk anda mengurus setiap jualan dan juga traksaksi di kedai online anda supaya mudah untuk rujukan anda dan pelanggan anda kelak.
*
Rekod & Kaji Jualan Anda
Perniagaan bukanlah semata-mata tentang menghabiskan jualan. Mengkaji hasil jualan juga amat penting. Tidak perlu lagi pening bagaimana mengkaji hasil jualan dengan fungsi 'Laporan Jualan' dalam Sistem Kedai Online Kami pasti anda juga sukakan fungsi 'Jualan Terlaris' seperti kami.
*
Penetapan Kos Penghantaran Fleksibel
Kos penghantaran merupakan sesuatu yang amat kritikal dalam sesebuah perisian ecommerce. Sistem Kedai Online menawarkan penetapan kos penghantaran yang amat fleksibel di mana anda boleh menetapkan kos penghantaran mengikut berat, kuantiti ataupun secara tetap.
*
Mesra SEO
Sebut saja bisnes Internet, tidak boleh tidak mesti menyentuh tentang SEO. Kedai online seperti Sistem Kedai Online yang mesra SEO, sudah tentu menjadi pilihan ramai. Apa tidaknya, SEO amat membantu menghebahkan kedai dan produk anda kepada umum.
*
Ruangan "Featured Products"
Kami menyediakan ruangan "featured products" supaya anda boleh menonjolkan product anda yang terbaru ataupun yang paling hangat di pasaran. Anda juga boleh menggunakan ruangan ini untuk di musim perayaan ataupun jika anda memberi diskaun hebat kepada pelanggan anda.