BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pripyat - Bandar Yang Mati Akibat Letupan Reaktor Nuklear

p07_square_sm.jpg
 
p14_square_sm.jpg
 
p34_carnival_sm.jpg
 
ade game psal tmpat ni,game hape tah return of pripayat,ramai kne radiasi jd zomba(mamat ni msti pngaruh dvd neh)haha
 
hebat gak kesan nuklear ni ya!!! malaysia nak buat jugak ker
 
pix_gal0

GAMBAR fail 2007 menunjukkan keadaan rumah yang kosong di bandar Pripyat berdekatan loji nuklear Chernobyl yang boleh dilawati mulai 2011.


Ukraine izin pelancong asing ingati tragedi terburuk nuklear pada April 1986

KIEV (Ukraine): Sesiapa yang mahu memahami dengan lebih mendalam bencana nuklear terburuk dunia boleh mengunjungi loji Chernobyl mulai tahun depan.

Mulai 2011, Ukraine merancang membuka zon tertutup atau zon eksklusif sekitar reaktor Chernobyl kepada pelawat yang mahu belajar mengenai tragedi itu lebih suku abad lalu.

Keputusan Kerajaan Ukraine mengenai perkara itu disiarkan Kementerian Keadaan Kecemasan, kelmarin. Reaktor Nombor 4 Chernobyl meletup pada 26 April 1986 yang menyebarkan radiasi ke kawasan yang luas di utara Eropah.

Tragedi berkenaan menyebabkan beratus-ratus ribu orang di kawasan dicemari radiasi itu dipindahkan termasuk di Ukraine, Belarus dan Russia.

Sehingga hari ini, masalah kesihatan penduduk rantau itu yang ada kaitan dengan pencemaran radiasi terus dilaporkan.

Zon eksklusif itu meliputi kawasan 48 kilometer dari reaktor yang meletup dan mencatat tahap pencemaran tertinggi. Ia menyebabkan semua penghuni dipindahkan dan kawasan itu menjadi tempat larangan dengan semua bentuk kunjungan adalah diharamkan.
Pada hari ini, kira-kira 2,500 petugas masih berada di loji berkenaan untuk mengendalikannya bertujuan mengurangkan pendedahan radiasi.

Beratus-ratus penduduk juga sudah pulang ke kampung mereka berdekatan kawasan berkenaan, walaupun kerajaan melarang.

Malah, ada juga beberapa firma mengadakan pakej lawatan ke kawasan larangan itu, tetapi kerajaan menganggapnya kegiatan haram dan tidak menjamin keselamatan sesiapa yang pergi.

Jurucakap kementerian berkenaan, Yulia Yershova, berkata pakar sudah merangka beberapa laluan yang selamat untuk mereka yang mahu ke sana, tetapi tidak memberitahu tarikh kunjungan bermula.

“Ada tempat yang boleh dilihat jika mengikut laluan berkenaan dan jangan berpecah daripada pelan asal. Memang ia suatu kisah yang menyedihkan,” katanya.

Ketua Program Pembangunan PBB (UNDP), Helen Clark mengunjungi loji Chernobyl itu Ahad lalu dan menyokong rancangan kerajaan kerana ia boleh memberi pelajaran penting mengenai keselamatan nuklear, selain memberi hasil kewangan.
 
144_Pripyat_amusement_park_cars_01.jpg


145_Pripyat_amusement_park_cars_02.jpg
 
Last edited:
ade penghuni cam 30days night tak nih? :(
 
Back
Top
Log in Register