BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prioriti Jasmin, Shashi

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image%2B(5).jpeg

BERTUAHNYA berada bumi Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan perayaan, malah hari ini seluruh kaum India meraikan sambutan Hari Deepavali.

Sama seperti sambutan perayaan kaum lain, Deepavali juga tidak kurang hebat dan meriahnya. Tidak ketinggalan juga di kalangan selebriti tempatan yang meraikan perayaan ini dengan penuh makna.

Menurut pelakon cantik, Jasmine Michael, yang lebih dikenali sebagai Jasmin ini, setiap kali perayaan, dia akan memastikan masa itu adalah bersama keluarga.

"Tahun ini saya dapat cuti dua hari untuk meraikan Deepavali. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya akan menghabiskan masa selama dua hari ini bersama keluarga sahaja.

"Kebiasaannya pada pagi raya, kami mandi minyak dan sembahyang di kuil. Selepas itu, kami akan menonton rancangan istimewa di televisyen dengan memakai baju baharu. Selalunya tetamu tidak akan datang pada hari raya pertama.

"Hari pertama adalah 'vegetarian day' di mana makanan kami hanya berasaskan sayur-sayuran sahaja seperti tosai, idli, capati dan puri.

Ibu saya akan masak kerana dia adalah tukang masak yang terbaik untuk kami sekeluarga," katanya yang keluar menziarahi keluarga di hari kedua perayaan.

Bagi pelakon dan pengarah, Shashitaran pula, rumah mertuanya akan menjadi lokasi sambutan secara besar-besaran setiap kali perayaan sejak beberapa tahun lalu.

"Selepas sembahyang, kami berangkat beramai-ramai ke rumah mertua saya yang sememangnya berada di kawasan yang berdekatan.

"Di situ, kami sarapan dengan tosai dan berkumpul dengan sanak saudara. Pada hari ini, ibu mertua saya akan menjadi chef buat kami semua dengan menyediakan masakan istimewa termasuk kari kambing yang hanya akan dibuat ketika Deepavali sahaja.

"Pada hari seterusnya pula, kami akan membuat dua pilihan sama ada menziarahi keluarga ataupun bercuti. Namun, pada tahun ini kami memilih untuk bercuti ke Ipoh," katanya lagi.

Jelas pelakon filem Estet ini, walaupun dunia semakin canggih dan berada di arus kemodenan, namun dia adalah penganut yang berpegang kuat kepada tradisi keluarga.

"Setiap kali perayaan, kami akan mandi minyak dan ianya wajib untuk lelaki. Bukan musim perayaan sahaja, malah mandi minyak ini sering dilakukan dan disarankan agar dibuat setiap minggu.

"Bukan sahaja dijadikan tradisi, malah mandi minyak ini dipercayai boleh mengawal emosi dan tekanan. Kalau orang itu pemarah, amat baik untuk mengamalkannya.

"Saya juga sering mengamalkan mandi minyak dan ia memberi banyak aura positif buat saya," kata Jasmin yang bakal muncul dalam drama sempena Deepavali di TV2.

Bertanya kepada Shashi pula, walaupun kehidupan keluarganya lebih menjurus ke arah kemodenan, namun nilai-nilai tradisi tetap diterapkan dalam kehidupan anaknya yang sedang meningkat usia.

Malah, berbicara dengan pengarah terkenal di Kollywood (industri perfileman Tamil) ini, Kakigosip begitu teruja kerana kecekapan menggunakan Bahasa Melayu amat memuaskan!

"Saya boleh berbahasa Melayu, Tamil dan Inggeris malah ada kalanya saya 'rojak' dua daripadanya. Namun, anak saya lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris untuk berbicara.

"Ia amat merisaukan saya kerana lambat laun dia akan lupa budaya, bahasa dan adat Tamil sekiranya tidak dipraktikkan. Tapi, bila bercakap dengan ibu bapa saya, boleh pula dia berbahasa Tamil.

"Walaupun saya tidak menolak kemodenan, namun penting untuk kita mengenali serta mengikut tradisi kaum. Untuk generasi akan datang, mereka perlu didedahkan dengan tradisi sebenar agar ianya tidak hilang di makan zaman," katanya yang baharu sahaja selesai menghasilkan filem Tamil.

http://www.cari.gold/2014/10/prioriti-jasmin-shashi.html
 
Back
Top
Log in Register