Salam.
Nak kata bosan, xdelah jugak. Tapi saje nak sembang dengan korang. Tanya je la, apa nak tanya sama ada hal personal, atau hal berkaitan dengan Carigold.com (selagi aku masih pegang portfolio ni .. hehe). Kalau aku boleh jawab, aku jawab la. Kalau yg aku x boleh nak jawab, aku diamkan je
Sedikit mengenai aku; aku diperkenalkan dengan Carigold.com ni oleh seorang rakan dunia sebenar sejak akhir 2005. Pegang portfolio sebagai Mod Computer Section sebelum menjadi Administrator kemudiannya.
Dulu main HYIP (SolidInvestment.com

), tapi sejak HYIP jadi haram

) - aku xde lagi menceburkan diri dalam 'bisnes' atau perkara yang melibatkan pelaburan secara aktif. Kerja makan gaji je.
Sekarang ni, aku consider diri aku in'charge' secara aktif di ruangan CG Members Gathering & Activities. Antara section yang aku agak aktif ialah di ruangan Real Offline Business Discussion dan juga Historical, Myth, Legend. Lain-lain tu, secara biasa-biasa je la. Ada insiden, baru pergi.
Sehubungan dengan itu, kalau rasa-rasa ada cadangan yang boleh improve CG ni, cadangannya pula praktikal, sila la ajukan kat sini. Mana tahu boleh implemen. Kita tengok feasibiliti juga.
Sebagai contoh - katakan nak buat ruangan resepi. Bagi aku x berapa sesuai sebab more often than not, resepi tu ambil dan tampal dari tempat lain. Lepas tu, oleh kerana ramai forumer ialah lelaki, jadi perbincangan untuk resepi tu ialah kurang. Jadi kalau nak buat ruangan tambahan, kita mahu ruangan tersebut aktif.
Tu jelah kot, tengah2 malam buta ni?
Salam siaran.
BR zolympus
20090318/11:28PM GMT +2