BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prihatin! Taylor Swift, Travis Kelce derma RM110 bilion

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Prihatin! Taylor Swift, Travis Kelce derma RM110 bilion​

taylor-swift.jpeg

TAYLOR Swift dan suami menyumbang RM110 bilion kepada lebih 20 pertubuhan amal sekitar Amerika Syarikat beberapa minggu sebelum mereka berkahwin.

Prihatin! Taylor Swift, Travis Kelce derma RM110 bilion" MAJLIS perkahwinan di Madison Square Garden dikatakan mencecah kos RM82 juta, pasangan sensasi Taylor Swift, Travis Kelce tidak melupakan insan memerlukan.

Pasangan pengantin baharu itu dilaporkan menyerahkan sumbangan berjumlah RM110 bilion kepada organisasi kebajikan terpilih beberapa minggu menjelang majlis kahwin mereka.

Wang berkenaan diagihkan kepada lebih 20 pertubuhan amal yang terdiri daripada pengelola badan kebajikan tempatan di sekitar Amerika Syarikat.

Ini termasuk bank makanan, badan kebajikan kanak-kanak selain organisasi pendidikan muzik di New York, Rhode Island dan Kansas City.

Antara penerima sumbangan ialah Food Bank For NYC, City Harvest, Children’s Mercy Hospital, Feeding America dan Dolly Parton’s Imagination Library.

Semalam, penyanyi pop itu bergelar isteri kepada bintang National Kelce juga pemain profesional Football League (NFL) dalam majlis perkahwinan eksklusif di venue ikonik di tengah New York.

Berhari-hari menjadi tajuk utama akhbar, perkahwinan pasangan terbabit digelar media antarabangsa sebagai ‘perkahwinan diraja Amerika’ dengan kemewahan serta kawalan keselamatan ketat.

Diraikan 1,000 tetamu terdiri daripada artis ternama selain bintang sukan tersohor pada 4 Julai lalu, sehari sebelumnya 100 jemputan terpilih pula diundang memeriahkan majlis makan malam di lokasi sama.

Tetamu makan malam raptai termasuk keluarga serta rakan artis seperti Selena Gomez, Gigi Hadid, Bradley Cooper, Jack Antonoff dan Lena Dunham dimanjakan dengan cenderamata eksklusif bertatahkan permata.

Untuk resepsi pula, Page Six melaporkan setiap jemputan menerima kotak baldu hitam yang diukir dengan inisial ‘TT’ merujuk kepada Taylor dan Travis.

Di dalam kotak tersebut terdapat gelas champagne eksklusif yang bertatahkan berlian sebagai cenderamata mewah.

Begitupun, sehingga kini gambar pengantin serta suasana hari bersejarah itu belum dapat dilihat di mana-mana platform selepas jemputan dilaporkan perlu menandatangani dokumen kerahsiaan.

Terdahulu, Swift dan Kelce mula menjalin hubungan pada 2023 sebelum mengumumkan pertunangan pada 2025. – KOSMO! ONLINE
==============================
Haa, tengok la, dorang ni mewah2 tapi tetap prihatin kan. Suka2 je bagi derma RM110 bilion. Err bukan kelebihan sendiri sahut kesihatan. Tapi Taylor Swift ni announce kat IG lain mcm skit, bila la nk post pic kawin tu. 🙊

 
Back
Top
Log in Register