BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis perkahwinan cecah RM40 juta, Taylor Swift bina ‘istana’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Majlis perkahwinan cecah RM40 juta, Taylor Swift bina ‘istana’​

photo-output-4-scaled.jpeg


Majlis perkahwinan cecah RM40 juta, Taylor Swift bina ‘istana’

LALUAN ke Madison Square Garden, New York ditutup tiga hari sebagai persediaan majlis perkahwinan penyanyi, Taylor Swift dan pemain Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL), Travis Kelce.

Pasangan sensasi itu dikatakan bakal mengadakan majlis makan malam esok (waktu tempatan) dihadiri 100 tetamu disusuli resepsi yang membabitkan kehadiran 1,000 jemputan pada 3 Julai iaitu sehari sebelum Hari Kebangsaan ke 250 Amerika Syarikat.

Antara selebriti terkenal yang bakal menyerikan majlis perkahwinan mereka ialah Gigi Hadid, Cara Delevingne, Selena Gomez dan Zoe Kravitz selain rakan sepasukan Kelce daripada Kansas City Chiefs.

Lebih menghangatkan spekulasi apabila timbul desas-desus menyatakan Stevie Nicks, Tim McGraw, Ed Sheeran dan Paul McCartney akan membuat persembahan istimewa pada acara tersebut.

Menurut laporan, semua tetamu dikatakan perlu menandatangani perjanjian kerahsiaan dan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit sepanjang acara berlangsung.

Pada masa sama, pemenang Anugerah Grammy itu dilaporkan memilih merakam majlis perkahwinannya hanya untuk simpanan peribadi.

Dia didakwa sudah menolak beberapa tawaran  bernilai jutaan dolar daripada pihak televisyen yang ingin menyiarkan majlis itu secara langsung serta ingin mendapatkan hak penyiaran eksklusif.

Portal hiburan TMZ turut mendakwa arena serbaguna ikonik di tengah Manhattan itu ditata rias dengan hiasan mewah termasuk pembinaan replika istana.

Difahamkan, sejak beberapa hari lalu, orang ramai dan media dilihat berkumpul di luar lokasi selepas beberapa trak serta kru membawa masuk pelbagai kelengkapan.

Menjadi antara majlis perkahwinan selebriti berprofil tinggi, bakal pengantin juga dikatakan tidak lokek membelanjakan lebih RM40 juta bagi keseluruhan majlis membabitkan acara dua hari itu.

Sumber mendakwa tempahan venue bertaraf dunia itu mencecah RM1 juta sehari, belum termasuk makanan, logistik serta perbelanjaan lain terutama baju pengantin.

Begitupun, Pengerusi Metropolitan Transport Authority, Janno Lieber berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan perkahwinan tersebut, namun menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Ini kerana katanya, kesesakan dijangka bakal berlaku memandangkan permit penutupan jalan ke gelanggang NBA (National Basketball Association) itu sudah diluluskan pihak berkuasa tempatan.

Namun, kedua-dua wakil personaliti popular itu tidak mengesahkan sebarang kenyataan walaupun berita mengenai persiapan hari bersejarah mereka rancak diperkatakan terutama di media sosial.

Ketika ini jet peribadi Swift, 36, dilaporkan sudah mendarat berhampiran New York manakala Kelce pula dilihat beberapa kali berjoging di sekitar Manhattan.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani turut mencuit perhatian apabila memuat naik video di media sosial yang secara berseloroh menyebut ‘ada individu menyewa Madison Square Garden untuk berkahwin’ sekali gus menguatkan andaian ramai.

Terdahulu, Swift dan Kelce yang menjalin hubungan cinta pada September 2023 mengumumkan pertunangan pada Ogos tahun lalu. – HIBGLAM
==============================
Alamak, sakan betul Taylor Swift buat wedding sampai tutup jalan. Majlis out of this world! Tapi yerlah, RM40 juta bajet buat istana kan… malas2 nak fikir beza ekonomi kita dgn dia. 😅 #takpahamminggu

 
14263803828677141-408397.jpg

14263803828677141-408398.jpg

14263803828677141-408399.jpg


Kos keselamatan majlis perkahwinan Taylor Swift dianggarkan cecah RM680,000

NEW YORK: Kos kawalan keselamatan bagi majlis perkahwinan penyanyi terkenal, Taylor Swift, dengan pemain Amerika NFL, Travis Kelce, dilaporkan boleh mencecah lebih AS$160,000 (kira-kira RM680,000), menurut portal hiburan TMZ.

Memetik sumber kanan Jabatan Polis New York (NYPD), TMZ melaporkan pihak polis sedang membuat persiapan untuk menempatkan puluhan detektif dan anggota polis di dua acara yang dikatakan berlangsung di Madison Square Garden (MSG), iaitu sesi raptai pada Khamis dan majlis perkahwinan pada Jumaat.

Laporan itu mendakwa lebih 70 detektif dari beberapa balai polis di seluruh New York City dijangka bertugas sepanjang dua acara berkenaan. Mereka dikatakan akan bekerja syif selama 8.5 jam dengan kadar bayaran antara AS$80 hingga AS$90 sejam (kira-kira RM350 hingga RM400), menjadikan anggaran kos melebihi AS$95,000 (sekitar RM417,000).

Selain itu, lebih 50 anggota polis lain dilaporkan akan ditempatkan di sekitar Madison Square Garden bagi mengawal keselamatan dan pergerakan orang ramai. Kebanyakan mereka dikatakan anggota baharu yang akan bekerja selama sembilan jam dengan kadar bayaran sekitar AS$70 sejam (RM310), membabitkan kos tambahan dianggarkan AS$63,000 (RM276,000).

TMZ turut mendakwa pegawai kanan NYPD akan terbabit dalam operasi berkenaan, sekali gus menjadikan keseluruhan kos kawalan keselamatan polis dianggarkan melebihi AS$160,000. Bagaimanapun, perancangan penugasan itu masih boleh berubah.


Laporan terdahulu turut menyebut anggota polis di kawasan berkenaan sudah dimaklumkan mengenai kemungkinan kehadiran ramai peminat Taylor Swift, atau dikenali sebagai Swifties, sekiranya majlis itu benar-benar diadakan di MSG.

Madison Square Garden terletak di atas Penn Station, antara hab pengangkutan paling sibuk di Amerika Syarikat. Kehadiran orang ramai dalam jumlah besar dijangka meningkatkan cabaran kawalan keselamatan dan pengurusan trafik di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, Taylor Swift dan Travis Kelce belum mengesahkan laporan mengenai tarikh atau lokasi majlis perkahwinan mereka. – AGENSI

Artikel Utusan Sarawak
 
Back
Top
Log in Register