BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prestasi BHIC semakin baik

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
BOUSTEAD Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) mengumumkan prestasi lebih baik bagi suku pertama tahun ini, dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM0.8 juta berbanding kerugian selepas cukai RM28.1 juta dalam suku sama sebelum itu.Namun, perolehan dalam suku pertama 2014 menurun kepada RM64.2 juta disebabkan pengenalan perolehan yang menurun daripada beberapa projek pembinaan.

Pengarah Urusan BHIC Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berkata, suku pertama tahun ini adalah tempoh mencabar dengan syarikat sekutu dan usaha sama BHIC yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih serta operasi untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, merekodkan kerugian.

Namun, beliau berkata, penambahbaikan dalam kejuruteraan berat membolehkan BHIC mengekalkan trend keuntungannya.

Menurut BHIC, beberapa kontrak baharu diperolehi selain projek pembaikan dan baik pulih (MRO) sedia ada dijangka menjadi penjana utama pendapatan untuk kumpulan itu tahun ini, terutama bagi segmen kejuruteraan berat.

Sementara itu, Ahmad Ramli berkata, BHIC akan dapat manfaat kontrak tiga tahun bernilai RM220 juta yang ditandatangani Mac lalu bagi penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Kami positif terhadap kontrak RM9.6 juta ditandatangani Januari lalu dengan pelanggan di New Zealand untuk rekaan dan pembinaan bot penarik di pelabuhan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register