dell
Super Active Member
- Messages
- 8,659
- Joined
- Apr 29, 2007
- Messages
- 8,659
- Reaction score
- 247
- Points
- 83
Satelit Iran pantau askar Amerika Syarikat
Teheran guna teknologi canggih bagi pastikan kedaulatan tak tergugat
TEHERAN: Iran memantau pergerakan tentera Amerika dengan menggunakan satelit serta teknologi lain dan mampu menangkis jika Washington menyerang negara itu, kata seorang pegawai kanan tentera negara itu.
Dalam kenyataan yang diterbitkan akhbar Iran semalam, Yahya Rahim Safavi, Penasihat Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei, juga berkata pihaknya tidak meramalkan Amerika akan menyerang negara itu berikutan peperangan dan keadaan yang teruk di Iraq.
Washington menolak untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran jika usaha diplomasi gagal menamatkan program nuklearnya yang menurut Barat, bertujuan membuat bom nuklear, walaupun dinafikan negara itu.
Spekulasi mengenai serangan Amerika memuncak berikutan ulasan pemimpin Perancis yang berkata tindakan diplomatik yang lebih keras perlu dilakukan untuk mengelak kemungkinan perang dengan Iran.
"Iran kini mempunyai sistem perisikan dan roket yang kuat dan kami memantau pergerakan 'negara asing' dengan rapi, menggunakan teknologi satelit serta radar yang canggih. Jika mereka menceroboh ruang udara dan laut negara ini, kami akan bertindak balas," katanya.
Rahim berkata, kemungkinan untuk askar Amerika memulakan satu lagi peperangan adalah terlalu kecil kerana ia kini 'sibuk' dengan perang di Iraq serta Afghanistan dan perlu memberi tumpuan terhadap kedua-dua negara itu.
Hari ini industri roket Iran berada pada tahap yang amat baik. Amerika tidak boleh berdepan dengan keupayaan roket kami. Negara itu juga perlu tahu bahawa 200,000 askarnya di Iraq dan Afghanistan boleh menjadi sasaran Iran," katanya. � Reuters