TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Jika sebelum ini kisah kediaman peminjam wang dibaling cat merah oleh 'ah long' kerana tidak melunaskan pinjaman, namun kali ini premis 'ah long' pula yang menerima nasib sama
Kejadian tersebut berlaku di premis Pemberi Pinjam Wang Berlesen di Jalan Mamanda 7, Taman Dato Ahmad Razali, Ampang, dekat sini kira-kira pukul 4.45 pagi semalam
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu namun pihaknya tidak menemukan sebarang petunjuk
“Tiada kerugian dilaporkan dan tiada saksi yang nampak kejadian ini berlaku. Hasil siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga gagal mengesan apa-apa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini
Bagaimanapun katanya, siasatan tidak akan diteruskan kerana kekurangan petunjuk
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/premis-ah-long-dibaling-cat-merah-1.397269