BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRASARANA rugi, tapi staf dapat bonus

missbumblebee

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
3,639
Joined
Jun 24, 2009
Messages
3,639
Reaction score
19
Points
25
470x275x27be21ab915016f8eeb0df0c6e738561.jpg.pagespeed.ic.V0hDK1HFFn.jpg


Seperti juga beberapa syarikat berkaitan kerajaan yang lain, Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA) masih menerima bonus sehingga dua bulan gaji walau mengalami kerugian.

PRASARANA yang mengalami pertambahan kerugian dari RM367.12 juta pada 2009 kepada RM763.94 juta pada 2011, membayar bonus sebanyak sebulan setengah hingga dua bulan gaji pada kakitangannya.

Ia merupakan salah satu daripada 20 syarikat berkaitan kerajaan yang didapati merekod kerugian untuk tiga tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2011, menurut laporan Ketua Audit Negara 2012.

Selain itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd, Jambatan Kedua Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Cyberview Sdn Bhd dan Mimos Bhd turut membayar bonus kepada kakitangannya di antara setengah bulan hinggfa tiga bulan gaji.

Amanah Raya Bhd, sebaliknya, membayar imbuhan sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangannya.

Kesemua syarikat tersebut mengalami kerugian antara RM4.6 juta hingga RM763.94 juta pada 2011.

KTMB, Jambatan Kedua dan IWK mengalami kerugian untuk tiga tahun berturut-turut.

KTMB yang sering mencatat kerugian, bahagaimanapun memperbaiki rekod dengan mengurangkan jumlah itu dari RM372.01 juta pada 2010 kepada RM103.66 juta pada 2011.

Menurut Kementeri Kewangan, bonus tersebut dibayar walau syarikat tersebut mencatat kerugian memandangkan syarikat berkenaan mencapai indeks prestasi utama masing-masing.

Selain itu, kebanyakan syarikat itu juga dibentuk untuk memenuhi tuntutan sosial bagi membantu pembangunan dan bukannya demi keuntungan.

http://www.malaysiakini.com/news/242805
 
Bagi aku..staff prasarana semua miskin miskin..bermula dari bawah..maksud aku golongan miskin..so tak kisah la..nak bagi dorang ni bonus
 
KPI gomen paling lawak sekali...

Result KPI setiap pekerja lain-lain tapi dapat bonus sama-sama...

Baik tak payah buat KPI..
 
maknanya bukan setakat mas je kena usaha bagi untung.
syarikat-syarikat lain jugak.#:-S
 
bestnye. bos dorg mesti bgtau mcm ni:

"syarikat kita telah berjaya mencatatkan kerugian. semua kakitangan berhak mendapat bonus atas usaha kalian merugikan syarikat. diharapkan semua tingkatkan prestasi rugi ini dimasa-masa akan dtg.."

tu yg asyik rugi jer..:eek:
 
Lubuk duit bangsawan syarikat2 ni semua..
 
bestnye. bos dorg mesti bgtau mcm ni:

"syarikat kita telah berjaya mencatatkan kerugian. semua kakitangan berhak mendapat bonus atas usaha kalian merugikan syarikat. diharapkan semua tingkatkan prestasi rugi ini dimasa-masa akan dtg.."

tu yg asyik rugi jer..:eek:

syoknya mcm ni.....
 
Back
Top
Log in Register