BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PR mahu batalkan GST

kami tidak sokong GST kerana kami dari golongan yang berpendatan rendah...nak makan tak cukup, lagi nak bayar GST....saya cadangkan GST hanya dibayar oleh mereka yang menyokong BN aje.:))
 
ALOR SETAR - PR akan membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika berjaya membentuk kerajaan melalui petisyen keputusan PRU13 yang akan dikemukakan nanti.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berbuat demikian kerana mendakwa kerajaan BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan GST dengan kadar terlalu tinggi.

Beliau berkata, pelaksanaan GST secara tidak langsung memberi bebanan kepada rakyat di negara ini, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Sistem ini adalah sistem demokratik yang hanya bagi tahu arahan dan tidak menghormati orang lain. Kami akan terus lawan. Bila kita perintah, kita akan batal GST,” katanya pada Himpunan Black505 di Kompleks Pas Kedah Batu 9, di sini, malam kelmarin.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendakwa, rancangan menaikkan kadar GST dari empat kepada tujuh peratus akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang seperti baju, kasut dan makanan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, Malaysia mampu meraih sumber pendapatan sehingga RM27 bilion setahun jika GST dilaksanakan pada kadar tujuh peratus.

Kadar itu merupakan kadar yang sama dengan Singapura. Dalam pada itu, hanya terdapat dua negara di Asia Tenggara yang masih belum melaksanakan GST, iaitu Malaysia dan Myanmar.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/pr-mahu-batalkan-gst-1.162929

macam mana nak batalkan.. sedangkan cukai GST masih belum dilaksanakan lagi.. kenapa berbelit sgt abg nuar oooiii
 
kami tidak sokong GST kerana kami dari golongan yang berpendatan rendah...nak makan tak cukup, lagi nak bayar GST....saya cadangkan GST hanya dibayar oleh mereka yang menyokong BN aje.:))

GST masih belum dilaksanakan lagi... apa dah!! kenapa kuat sgt nak melatah nie..
 
Dalam pada itu, hanya terdapat dua negara di Asia Tenggara yang masih belum melaksanakan GST, iaitu Malaysia dan Myanmar.


Maknanya negara lain di Asia Tengara dah lama melaksanakannya ....

:)):)):))
 
Akhirnya, org yg perkenalkan cadangan GST bersuara... Maka senyum jelah... Hehehe...
 
Baik ckp BN dah laksanakan GST , 50% mulai hari ni... , haaaa baru gempak, beli sabun mandi seketul RM2.50 + GST jadi = RM3.50 , baru realllll....
pastu pakat ramai2 kondem BN kat sini, hahahaha, kita semua dah kena GST 50% mulai hari ni.. hahahaha...
 
setuju setuju setuju

tak pangkah dacing , tak boleh terima BR1M, mana boleh org undi pakatan rakyat terima BR1M, haram... ibarat ayam yg memakan dedak yg ditaburkan oleh tuannya.
 
Dalam pada itu, hanya terdapat dua negara di Asia Tenggara yang masih belum melaksanakan GST, iaitu Malaysia dan Myanmar.


Maknanya negara lain di Asia Tengara dah lama melaksanakannya ....

:)):)):))
isk tak boleh banding2kan dgn negara org...
nanti kena halau lak kat Kak Listen

kalau MSia dan Mynmar laksanakan ...oleh itu?!
 
Back
Top
Log in Register